Wednesday, June 29, 2011

Bersih 2.0 :Perang Psikologi UMNO

Hari Ini saya membaca suratkhabar Utusan MelaNO (Melalut UMNO).
Loya ada, menyampah ada.
Sakit hati ada, geram pun ada.
Yang pastinya sedetik gembira pun tidak menyinggah di hati saya apabila membacanya.

MUHYIDDIN YASSIN DAN PERANG PSIKOLOGI.

Menarik.

Hari ini Muhyiddin yassin bercakap tentang perang psikologi dengan laporan yang berbunyi[1]:

      1.            Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan terjebak dengan perang psikologi yang dilancarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memenuhi impian pembangkang ke Putrajaya.

      2.            Tindakan Kit Siang menguar-uarkan kononnya pembangkang akan menguasai 11 negeri dalam pilihan raya umum akan datang, sebenarnya hanya permainan psikologi untuk membentuk fikiran rakyat agar menyokong mereka.

      3.            “Itu perang psikologi. Mereka mahu membentuk persepsi dalam fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia mainkan psikologi menang...sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan.

“Kita tidak akan terjebak kerana yang penting kita harus percaya pada rakyat bahawa dasar perjuangan BN masih relevan.

‘‘Kita telah mula sejak sekian lama dan melangkah ke depan dengan transformasi politik dan ekonomi, ini semua akan memberi impak yang besar... ini yang dibimbangi oleh Kit Siang,”

      4.            Hakikatnya pembangkang yang merasa bimbang bahawa peluang untuk menawan Putrajaya akan terbantut kerana trend pilihan raya kecil menunjukkan kemenangan akhir-akhir ini mula berpihak kepada calon BN.
      5.            “Mereka (pembangkang) menang di beberapa tempat tetapi kalah di beberapa tempat. Mereka rasa bimbang “laluan ke Putrajaya” ini akan terbantut, jadi mereka buat perang psikologi, yakin rakyat tidak akan terjebak dengan dakyah dilemparkan namun tidak akan mengambil mudah terhadap pelbagai andaian yang dibuat oleh ahli politik veteran itu.

      6.            

Tuesday, June 21, 2011

HUKUM DEMONSTRASI BERSIH 2.0

Hukum Demonstrasi Bersih 2.0 : Antara yang Mengharuskan dan Mengharamkan






PENDAHULUAN


Untuk makluman pembaca semua, ini adalah penulisan separa ilmiah dengan hanya sekadar menjawab ringkas beberapa tohmahan dan pandangan yang penulis rasakan kurang tepat,lalu penulis memberikan pandangan penulis beserta hujah untuk pertimbangan pembaca. Sekiranya ingin dibuat perbandingan secara ilmiah dari kalangan ahlinya, penulis mengirakan tulisan ini bukanlah gambaran yang tepat untuk maksud yang tersebut.
Penulis bagi setiap kenyataan akan berusaha untuk memberikan rujukan dan informasi daripada sumbernya yang utama..[1]


 Penulis menfokuskan penulisan ini hanya pada perkara yang berkait dengan BERSIH sahaja. Sungguhpun begitu, masih banyak lagi tohmahan dan pandangan di luar sana yang penulis rasakan perlu untuk dijawab, namun untuk keperluan yang mendesak dan segera, penulis luncurkan terlebih dahulu untuk bacaan awal pembaca sekalian. Sekurang-kurangnya hanya untuk mengubat kerisauan di hati terhadap pandangan yang tidak pasti berkenaan dengan demonstrasi ini.



Monday, June 20, 2011

ADAKAH ADUAN ORANG YANG DI ROGOL DI ANGGAP QAZAF?






Semata-mata mengadu bahawa dia di rogol tidak boleh di anggap qazaf, kerana antara syarat menjatuhkan hukuman qazaf, mestilah terdapat aduan daripada pihak yang di dakwa berzina (maqzuf). Maka dalam kes ini, pendakwa yang mendakwa dia dirogol tidak boleh di anggap qaazif قاذف kerana tidak terdapat pengaduan (دعوى) daripada pihak maqzuf. – fiqh islami wa adillatuh. J 6 m/s 84.

Oleh itu, perbicaraan dalam kes dakwaan rogol ini mestilah melalui perbicaraan biasa, iaitu البينة على المدعي واليمين على من أنكر, bukan berkehendakkan kepada empat orang saksi sebagaimana penyaksian kes zina dan qazaf. Ini kerana, dakwaan zina tertumpu kepada si penzina (dan tiada kes penganiayaan), sedangkan dakwaan rogol adalah untuk menuntut hak yang di rogol kerana melibatkan penganiayaan. Nas mengsabitkan saksi seramai empat orang hanyalah dalam kes zina dan qazaf. Dan kedua-duanya berkehendakkan empat orang saksi kerana ia tidak melibatkan penganiayaan kepada si pendakwa. Berlainan dengan dakwaan mencuri, merompak dan lain-lain yang memadai dua orang saksi atau bukti-bukti lain seperti sumpah, pengakuan dan qarinah kerana ia melibatkan penganiayaan bagi pihak pendakwa.

Jadi dalam kes aduan rogol ini, ia melibatkan dua perkara: 1: aduan dia di aniayai, jadi ia memerlukan kepada bayyinah biasa (saksi @ pengakuan @ qarinah). 2. tuduhan berzina kepada si perogol, jadi ia memerlukan kepada 4 orang saksi yang adil. Jadi aduan terhadap penganiayaan ini mesti di dahulukan kerana ia merupakan hak hamba, sedangkan dakwaan qazaf, merupakan hak allah dan hamba secara bersama, dan ulama  khilaf samada ia hak hamba melebihi hak allah atau sebaliknya. Dalam masalah qadha’, hak hamba mesti di dahulukan berbanding hak allah secara mutlak.

Jadi berpandukan kepada ini, saya berpandangan, dalam kes aduan rogol ini tidak memerlukan kepada empat orang saksi sebagaimana dakwaan zina dan qazaf.  Oleh itu, saya melihat terdapat perbezaan dalam kes “seseorang yang menuduh seseorang lain berzina dan si pendakwa tidak teraniaya” (kes qazaf) dan “seseorang yang menuduh orang lain berzina dan si pendakwa teraniaya” (dalam kes aduan rogol). Dalan kes pertama, yang menuduh bukan bertujuan menuntut hak pembalasan terhadap penganiayaan keatasnya, dan kes kedua si pendakwa ingin menuntut hak pembalasan tersebut.

Oleh itu, kes rogol ini boleh di buktikan melalui dua orang saksi atau pengakuan daripada si perogol, atau qarinah. Dan dalam kes ini, qarinah adalah perkara penting kerana ia melibatkan kesuburan syara’ itu sendiri. Si pendakwa mesti di periksa samada ia masih dara atau tidak, bila kali terakhir ia melakukan persetubuhan (melalui pemeriksaan doctor), melalui DNA (jika ia dianggap bukti di sisi islam) dan seumpamanya. Jika segala dakwaan bergantung kepada saksi tanpa melihat kepada qarinah, maka banyak kes penganiayaan akan berlaku sebagaimana kata Ibnu qayyim
من أهدر الأمارات والعلامات في الشرع بالكلية، فقد عطل كثيرا من الأحكام، ووضع كثيرا من الحقموق. –الطرق الحكمية صـ 100.

Untuk membuktikan qarinah, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan harus tahanan reman dan mengirhab si tertuduh supaya mengaku. (Fikru al sami j 1 m/s 160.)

Terutamanya jika kita  melihat, yang mengadu adalah seseorang yang pemalu dan seorang yang iffah, jauh untuk melakukan dakwaan kerana ia melibatkan maruah dan harganya dirinya sendiri. Berlainan jika yang mendakwa seorang yang sebaliknya. Dan yang menentukan semua ini adalah qadhi yang bijaksana. Oleh itu, taqnin lebih baik bersifat umum daripada di perincikan (kecuali dalam keadaan tertentu).

Jika terbukti ia di rogol, maka tertuduh samada di hokum sebat @ rejam kerana berzina, atau ta’zir kerana melakukan kekerasan dan paksaan (jika zina tidak dapat di sabitkan kerana ia memerlukan empat orang saksi.) atau di kenakan bayaran (mahar) kepada yang di rogol.

Jika dalam masa yang sama (masa pendakwaan rogol di jalankan), tertuduh membuat dakwaan bahawa ia di tuduh berzina (dakwaan qazaf), maka perbicaraan qazaf mesti di tangguhkan sehingga perbicaraan kes dakwaan rogol selesai. Ini kerana, syarat bagi yang di tuduh dalam kes qazaf mesti seorang yang muhsan. Dan ini tidak dapat di buktikan sehingga kes dakwaan rogol ini selesai. Jika dia di dapati bersalah dalam kes rogol ini (walaupun bukan melalui empat orang saksi), maka ia di anggap tidak muhsan dan aduan qazafnya tertolak. Jika tidak akan berlaku sebaliknya, iaitu jika dia di dapati tidak bersalah, kemudian ia membuat aduan qazaf, maka jika sabit kesalahan, orang yang di dakwa di rogol tersebut akan menerima hukuman qazaf (samada dengan dakwaan sarih atau ta’ridh).

Disini juga timbul beberapa perkara yang perlu di lihat secara lebih teliti, adakah Rasulullah saw menjatuhkan hukuman qazaf kepada Hilal b. Umayyah ketika dia menuduh isterinya berzina dengan Syarik b. Samha’?  Jika di lihat kepada tuduhannya kepada isterinya, mungkin ia boleh di anggap sebagai lia’n (di syariatkan bersempena ayat yang di turunkan selepas peristiwa ini). Tetapi jika di lihat kepada tuduhan zina yang di lemparkan kepada syarik (secara tidak langsung, kerana aduan adalah antara hubungannya dan isterinya), sepatutnya ia di kenakan hokum had qazaf. Adakah di jatuhkan hukuman qazaf kepadanya? Saya tidak pernah menemui hadis yang menunjukkan ia di kenakan hukuman qazaf kerana tuduhan zina kepada syarik. Ini boleh di andaikan samada: kerana tidak ada aduan daripada syarik sendiri, atau kerana yang di tuduh secara langsung adalah isterinya, atau kerana tuduhan itu ialah kerana pencerobohan terhadap haknya (isterinya). Jadi berbeza dengan tuduhan dua orang yang berzina atau orang lain berzina tanpa ada kaitan dengan haknya.

Jika di lihat kepada andaian pertama, maka yang mendakwa di rogol tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf, sebagaimana dalam kes ini, semata-mata aduan rogol tanpa ada empat saksi tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf. Jika di lihat kepada andaian kedua, maka ia tidak boleh di jadikan hujah, kerana qazaf samada secara sarih atau ta’ridh. Jika di lihat kepada andaian ketiga, maka ia mempunyai persamaan dengan aduan rogol, iaitu kerana aduan terhadap pencerobohan haknya. Maka ia tidak memerlukan kepada 4 orang saksi sebagai mana aduan kes zina yang membawa kepada hukuman kerana ia melibatkan dakwaan dan pengaduan terhadap haknya sendiri. Maka andaian pertama dan ketiga lebih dekat kepada qias. Ini adalah qaedah sibr wa taqsim yang masyhur. Jika di sana terdapat dalil dan nas lain yang menyatakan Hilal bin Umayyah di jatuhkan hokuman qazaf kerana menuduh Syarik sama, maka sibru wa taqsim ini terbatal.

Oleh itu, pengtaqninan perlu di lihat daripada sudut yang banyak, supaya berada pertengahan antara ifrat dan tafrit. Atau dengan kata lain, supaya perempuan yang di rogol akan terbela, dan perempuan yang tidak bertanggungjawab tidak mudah melakukan tuduhan untuk pekenakan mana-mana lelaki yang tidak di sukai. Sebagaimana ijtihad sahabat tentang tasyrik antara adik beradik sebapa dan seibu sebapa adalah bercanggah dengan harfiyyah al-nas, tetapi ia bertepatan dengan maslahah syara’ dan maqasid syariyyah. Begitu juga kes ini, walaupun pada zahir nas menunjukkan bahawa si pendakwa rogol boleh menerima hokuman qazaf, tetapi ia juga mesti di lihat daripada maslahah syara’ dan maqasid syariyyah sendiri di dalam pengsyariatan qazaf. 


Zaharuddin Mohamad

Thursday, June 16, 2011

Kiamat Sudah Dekat?

Berkenaan isu Matahari Masuk Fasa Abad Ke-17 di dalam Kosmo! Online.


Ini bukan berkenaan dengan filem tetapi berkenaan persoalan yang dilontar dan dipanjang-panjangkan dalam internet. Begini bunyi persoalannya:
Cuba kira… 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
Dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika dok bagi tahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…

Friday, June 10, 2011

Jawapan Kepada Khalid Nordin Isu Kafir Mengkafir

KAFIR-MENGKAFIR:  DIA DATANG LAGI

Kafir-mengkafir. Gambar hiasan. 


“Keluar lagi isu kafir mengkafir nie”

“Itulah letihnya berlawan dengan UMNO ni. Pimpinannya pun, rasanya……. Ish malas nak sebut la. Takde sesiapa pun yang meniupkan api kekafiran. Tiba-tiba sendiri mengaku ni apa ke hal?” Saya membebel sendirian.

Bermonolog.

“Rasa kalau nak menjawab secara ilmiah pun, rasa tak berbaloi. Tak jawap, ramai pembaca baca suratkhabar ni. Hadooiii…… UMNO UMNO” mengeluh sendirian.

Hari ini (10 Jun 2011) keluar muka hadapan suratkhabar perdana berfikrah UMNO, Berita harian bertajuk “PAS kena minta maaf”

Berikut adalah antara isi ucapan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Pantai Timur pada 9 Jun 2011[1]:

1.   PAS yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi menggantikannya kepada negara kebajikan sewajarnya meminta maaf kepada UMNO kerana sering menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.

2.   PAS patut minta maaf kepada UMNO sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara kebajikan.

3.   Malah, selama ini pun mereka menyerang UMNO dengan mengatakan semua yang kita buat tidak betul dan siapa yang tidak ikut mereka adalah kafir.

4.   Rakyat jangan sesekali terpedaya kerana sudah jelas PAS adalah sebuah parti politik yang akan menghalalkan apa saja cara untuk kepentingan politiknya.
Gelihati pun ada. Geram pun ada.

Dalam banyak-banyak ahli politik UMNO, penulis merasakan Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi[2] adalah ahli politik bijak berbanding semua yang lain.

Walaupun berlainan ideologi, walaupun ada yang penulis tidak bersetuju dengan beliau tetapi penulis melihat beliau  berpolitik berasaskan hujjah, berdasarkan kualiti produk dan tawaran…barulah ada kualiti memimpin.

Ini dok main politik mengungkit, politik mengugut, politik lucah…….


Thursday, June 9, 2011

PAS dan Negara Berkebajikan

PAS DAN NEGARA BERKEBAJIKAN (Siri 1)



“Tak habis-habis lagi UMNO ni. Ada jer yang tak kena. Bila nak buat hudud, dikatanya tak boleh buat sebab ini hudud ala PAS bukan ajaran Islam[1], bila kita nak bincang, duduk bermuzakarah pasal isu hudud ni…tak nak pulak[2]” seorang sahabat saya, Asri membebel. Sambil tangannya membelek-belek suratkhabar UtusanMalaysia.

“Aku tak faham la dengan UMNO ni. Diorang nak apa sebenarnya?” tambahnya lagi. Sambil menghempas suratkhabar yang dibacanya.
Dia ni memang panas baran sikit orangnya.

“Hang tak faham?...Tak faham?.... Aku…..lagi tak faham.” Sabri, rakan sepengajian dari utara mengajuk salah satu dialok dalam rancangan Senario.
“Bila PAS nak buat Negara Islam, bising juga, tak izinkan buat[3] disuruhnya gugurkan[4], tak mampu buat la[5],[6], diperalat la[7], memperalat la[8], mengarut la[9] tak relevan la[10], nanti hak orang melayu akan dinafikan la[11] Bila nak bincang[12], tak nak pulak[13]buat muzakarah pula sesama diorang je[14] pastu kata PAS tersepit la[15], keseorangan la… Hai… gegham aih . Kalau dah UMNO, memang UMNO juga” Sabri yang duduk di sebelah kiri saya membuat luahan rasa.

“Sekarang ni bila nak buat negara berkebajikan,bising juga” tambahnya lagi sambil menghirup air kopi Radix yang ditempahnya.

Tuesday, June 7, 2011

Bersenilah dalam Rejab


Sebagaimana yang dijangka, dengan kedatangan bulan ini maka pastilah frequent asked question (FAQ)  samada berbentuk verbal ataupun bertulis akan memenuhi ruang soalan selepas kuliah ialah
“Ustaz, boleh tak puasa bulan ni?”Tanya si A.
“Ustaz, ada ustaz tu kata puasa penuh pada bulan ini bid’ah dan berdosa, betul ke? Tanya 
si B
“Pelik ye, sudah hampir berpuluh tahun kita hidup tetapi setiap kali tibanya Rejab, persoalan boleh tak puasa bulan ini, bid’ah ataupun tidak dan pelbagai lagi masih lagi ditanya. Pelik bin ajaib lagi, setiap tahun soalan itu akan timbul di tempat yang sama dan orang yang sama” jawab saya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Samada kita menjadikan ia agenda adat untuk bertanya sebab tidak ada orang bertanya dalam sesi soal jawab kuliah atau semasa sesi santai selepas kuliah, tetapi perbuatan ini perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Bagus untuk bertanya, sangat digalakan, silakan.. tetapi sekiranya soalan itu soalan yang sama dari orang yang sama hampir setiap tahun, ia bukanlah tindakan yang  bijak”

Namun, tidak mengapa..tanyalah, insyaallah  akan dijawab oleh para ustaz dengan kadar ilmunya.

Pada pertanyaan itu barangkali akan memberikan ketenangan.

Meraikan

Setiap individu bernama muslim sewajarnya menjadikan dirinya sebagai penda’wah dalam menangani sebarang perkara, bukan sebagai hakim yang hanya membetulkan dirinya sahaja, orang lain semua disalahkannya.

“Bid’ah dan berdosa sekiranya puasa bulan ini secara berterusan. Nabi tidak pernah puasa macam tu. Dosa-dosa ini boleh bawa ke neraka” pesan seorang ustaz ini.

Kuat nadanya.

‘Sentot’ (bahasa kampung penulis yang bermaksud terasa lemah secara mengejut) mak cik pencen yang baharu bersemangat untuk upgrade ibadatnya. Sebelum ini seorang manusia yang bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran, hari ini aku nak puasa pun tak boleh.

“Habis tu macamana?” seorang datin mengeluh. Rambutnya mengembang di hadapan dengan tudungnya di bahagian belakang kepalanya.

Ala-ala seorang menteri gitu….

Dalam situasi masyarakat yang semakin kurang untuk berpuasa sunat, dalam atmosfera hiburan adalah kiblat kehidupan… tiba-tiba ada individu yang mengenepikan seni dalam menyampaikan hukum, dalam berda’wah. Kekhuatirannya ialah kebanggaan individu tersebut menyampaikan hukum tetapi masyarakat terasa gundah dengan jawapannya.

Bersenilah.

Bersenilah dalam berda’wah.

Pada seni itu ada tarikan.

Pada seni itu boleh memberikan ketenangan.

Berapa ramai manusia tanpa mengira agama dan latarbelakang boleh bersatu pada titik MAHER ZAIN.

Kerana seni suaranya dan lagunya.

Berapa masyarakat dunia boleh melekat dan bersatu pada titik IMAM MUDA terbitan ASTRO
Kerana pendekatan kemodenannya.

Dan berapa ramai pula orang boleh melekat dan bersatu pada titik seorang ustaz, penyampai agama?

Ada jawapan……?

Kerana kehilangan seni itu…

Teranglah agama dengan penuh kesopanan dan kelembutan.
Penanya soalan itu adalah pelanggan bagi seorang penda’wah. Justeru, untuk mendapatkan pengi’tirafan MQA, ISO dan pelbagai lagi, bagaimanakah cara yang sepatutnya kita menyantuni pelanggan?

Hati yang diisi dengan keinsafan agama itu sukar menerima ‘kekerasan’ dan hukuman tanpa alasan.

Adakah sukar untuk mengatakan

“Makcik, larat ke makcik nak puasa penuh 3 bulan berturut-turut. Kesian makcik nanti. Kalau makcik nak puasa juga, saya ada cadangan untuk puasa yang lebih baik dari itu, mak cik puasa sehari dan berbuka sehari…buatlah macam tu. Nabi Daud puasa macam tu..ok tak”

Berikan informasi yang pelanggan perlu, bukan apa yang kita tahu semuanya dimuntahkan.


Pandangan Ketua Ulama’ Sedunia

Penulis luncurkan untuk bacaan pembaca sebagai makluman asas berkenaan hukum berpuasa pada bulan Rejab. Metod terjemahan yang penulis buat adalah terjemahan bebas (yang bermaksud tidak terjemah setiap perkataan, hanya menterjemah maksud-maksud utama sahaja)

Puasa pada bulan Rejab ini sah bahkan digalakan. Tetapi tidak ada dalil yang menyatakan Nabi SAW berpuasa penuh sebulan. Paling banyak Nabi SAW berpuasa selain bulan Ramadhan ialah bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa penuh.

Bulan-bulan yang lain Nabi SAW berpuasa dan berbuka. Maka yang terbaik, ikutilah sunnah ini. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.

Dilampirkan matan Sheikh Qaradawi yang penulis rujuk.[1]

لم نتعرض لصيام رجب في الحديث الذي سمعه الأخ منا، وإنما قلت فيه بأنه من الأشهر الحرم، والصيام في الأشهر الحرم مقبول ومستحب، على كل حال. ولكن لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه صام شهرا كله، سوى رمضان. وكان أكثر ما يصوم في شهر شعبان، ولكن لم يكن يصومه كله، وهذه هي السنة النبوية في ذلك… فإنه كان يصوم ويفطر في سائر الشهور، وكما ورد "كان يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم" فما يفعله بعض الناس من صيام رجب كله، كما كنا نرى ذلك في الأرياف من قبل، فقد رأيت بعض الناس يصوم رجب وشعبان ورمضان والأيام الستة من شوال، ويسمونها "الأيام البيض" وبعد ذلك يفطر، ويكون عيده في اليوم الثامن من شوال… وتكون حصيلة صيامه هذه الشهور الثلاثة والأيام الستة المتواصلة، لا يفطر إلا يوم العيد. وهذا لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة ولا عن السلف الصالح. فالأولى صيام أيام وإفطار أيام، لا التتابع في الصيام.
وكل خير في اتباع من سلف  وكل شر في ابتداع من خلف
 فمن أراد الاتباع، وأراد الثواب الكامل، فليتبع النبي صلى الله عليه وسلم، ولا يصم رجب كله ولا شعبان كله. فهذا هو الأولى. وبالله التوفيق




[1]http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=8247&version=1&template_id=225&parent_id=17

Sunday, June 5, 2011

Professional Menang, Ulama Tersingkir

PROFESIONAL MENANG, ULAMA’ TERSINGKIR

Itu adalah tajuk utama berita Mingguan Malaysia hari ini.
“kumpulan Pro Anwar kuasai PAS”…. Tajuk kecilnya.

Barangkali juak-juak UMNO sekarang bersukaria meraikan kejayaan mereka membuat reverse psychology  kepada penyokong dan pendokong PAS sudah berjaya.
Akhirnya Ulama’ tidak dilantik lagi.
Huh…Jauh  panggang dari api.

Tak perlulah berangan anda berjaya. Kami punyai sikap yang jelas terhadap kamu.
Sudah terang lagi bersuluh apakah sikap UMNO terhadap Ulama’, namun kenapakah menghampiri  Muktamar PAS kali ini UMNO begitu ghairah menyokong kepimpinan Ulama’?

Megambil semua kenyataan-kenyataan untuk menyokong supaya kepimpinan Ulama’ (dengan maksud UMNO) dikekalkan…

MENARI MENGIKUT TARIAN MUSUH

Namun, tidak dinafikan di peringkat segelintir ahli yang menari dengan tarian UMNO.
Kedengaran..
“Eh, takpe ke Abang Mat naik Jadi Timbalan Presiden?  Nanti kalau Tok Guru Haji Hadi keluar negara sapa yang akan ganti untuk menjawab bagi pihak PAS?” Bunyi si A yang tidak beriman dengan UMNO.

“Abang Mat memang la diakui dia tu hebat, aktivisme dia tu memang dahsyat la…. Itu memang tiada keraguan…. Tapi, boleh ke dia bagi pengisian agama kat kita? Dalil-dalil dia ingat ke?” Kata si B yang bermusuh dengan Utusan Malaysia.

“Naib-naib Presiden semua bukan Ulama’? Aduhh…. Macamana nie? Betul la diorang tu menerima tarbiah dari PAS, dari ulama’-ulama’ kita, tapi….. aduuuhh. Takpe, nanti kita minta supaya Presiden menggunakan kuasa yang dia ada untuk melantik pemimpin-pemimpin yang berstatus ulama’” Kata si D yang sangat anti dengan perangai UMNO yang suka mengadu domba tu….