TUJUAN KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuat penilaian semula terhadap pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan judi bola. Adakah pandangan beliau selari dengan Islam atau sebaliknya.
LATARBELAKANG ISU
Tun Dr Mahathir berpandangan bahawasanya judi ini hanyalah dilarang untuk orang Islam sahaja namun tidak dilarang dalam agama lain. Dari itu, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia haruslah meraikan kepelbagaian ini. Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh seorang yang berugama Islam tidak boleh untuk mengharamkan judi bola ini hanya kerana Islam mengharamkan perjudian. Maksud kenyataan ini boleh didapati dalam akhbar The Sun bertarikh 1 Jun 2010 pada halaman 2 atau boleh melayari laman sesawang http://www.thesundaily.com pada carian bertajuk Haram only applies to Muslims: Dr M.
Selain itu, Tun Dr Mahathir juga tidak menafikan bahawa cukai bagi perjudian ini akan membantu kerajaan Malaysia untuk menguruskan belanjawan Negara.
KAEDAH PENULISAN
Penulisan ini akan memberikan fokus kepada beberapa seperti berikut:
1. Tidak membahaskan isu ini secara ilmiah. Penulis hanya akan memberikan pandangan-pandangan yang bagi penulis adalah paling tepat.
2. Penulis akan berikhtiar agar setiap fakta yang diberikan akan disediakan sumber rujukan untuk dirujuk oleh pembaca.
3. Penulis akan melihat isu ini dari sudut kepelbagaian agama dan kemajmukan rakyat Malaysia. Agama-agama dominan di Malaysia akan dirujuk sebagai bahan perbincangan asas.
4. Rujukan penulis kebanyakan bersifat maya atau daripada laman-laman sesawang kerana ruang waktu untuk penulisan ini tidak banyak. Tetapi penulis akan menyediakan laman sesawang yang sahih, bukan daripada blog-blog peribadi insyaallah.
1. Tidak membahaskan isu ini secara ilmiah. Penulis hanya akan memberikan pandangan-pandangan yang bagi penulis adalah paling tepat.
2. Penulis akan berikhtiar agar setiap fakta yang diberikan akan disediakan sumber rujukan untuk dirujuk oleh pembaca.
3. Penulis akan melihat isu ini dari sudut kepelbagaian agama dan kemajmukan rakyat Malaysia. Agama-agama dominan di Malaysia akan dirujuk sebagai bahan perbincangan asas.
4. Rujukan penulis kebanyakan bersifat maya atau daripada laman-laman sesawang kerana ruang waktu untuk penulisan ini tidak banyak. Tetapi penulis akan menyediakan laman sesawang yang sahih, bukan daripada blog-blog peribadi insyaallah.
MAKSUD JUDI
Kamus Dewan Bahasa (dan Pustaka) edisi keempat menerusi laman sesawang mereka mentakrifkan judi seperti berikut:
1. Permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan[1]
Judi mempunyai beberapa jenis antaranya:
Judi tikam ekor: taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda
Judi tikam ekor: taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda
Judi wawei : sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang
Judi karan: sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi)
Judi juga mempunyai sama maksud dengan taruh atau taruhan. Dalam Kamus Pelajar edisi laman sesawang memberikan maksud taruh atau taruhan sebagai:
- wang yg dipasang ketika bermain judi;
- sesuatu yg dipertaruhkan.
- perihal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar.[2]
Secara ringkasnya judi ialah suatu jenis pertaruhan antara dua atau beberapa pihak melibatkan sebarang perkara yang bernilai untuk tujuan-tujuan tertentu. Dari itu, perjudian Bola Sepak Piala Dunia sekiranya ia melibatkan pertaruhan sesuatu yang bernilai untuk mendapat keuntungan daripadanya, maka ia adalah judi.
“What is haram in Islam should apply only to Muslims.” Tun Dr Mahathir, the Sun 1 June 2010 page 2
JUDI DALAM ISLAM
Sepengetahuan penulis, tiada Ulama yang berbeza pandangan berkenaan perkara di atas. Larangan di dalam al-Quran dan hadis sangat jelas pemahamannya. Sebagai contoh Allah berfirman (dalam ayat yang dinasakhkan hukumnya. Diambil ayat ini hanyalah sebagai contoh)
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا.......
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya….
(al-Baqarah: 219)
Mantan Sheikh al-Azhar, al-Marhum Sheikh Syed Thantawi menghuraikan maksud al-maisir di dalam kitabnya at-Tafsir al-Wasith 1/384-385 dengan mengatakan bahawasanya al-maisir adalah daripada perkataan al-Yusr (اليسر) iaitu bermaksud mudah. Ini kerana dengan menyertai perjudian, mereka akan mendapat duit dengan mudah. Ataupun berasal daripada perkataan (يسر) yang membawa maksud menyembelih.
Manakala manfaat yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah manfaat dunyawiyyah (keduniaan) kepada si pengamal judi. Dia akan mendapat hasil tanpa perlu melalui usaha yang sepatutnya.
Selain ayat di atas, Allah juga memberikan peringatan perngharaman judi ini dalam ayat yang lain
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ* إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ}
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. *Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? al-Maidah: 90-91)
Penulis tidak berhajat untuk menghurai panjang tentang status judi dalam Islam kerana ia sudah termasyhur lagi termaklum walau bayi di dalam kandungan keharamannya.
“We have many different races in this country. We cannot stop people from taking what to them is not haram, (but) for us is haram,” he said at the Perdana Leadership Foundation here.
Tun Dr Mahathir, The sun 1 June 2010 page 2
STATUS JUDI MENGIKUT AGAMA-AGAMA
HINDUISM
Sebenarnya dalam agama Hindu, perjudian ini adalah dilarang sebagaimana Islam mengharamkannya berdalilkan kepada beberapa asas di bawah. Dalam buku suci agama Hindu Rig Veda Buku 10 HYMN 34 ayat 3 menyebut:
My wife holds me aloof, my mother hates me’. The wretched man finds none to comfort him. As of a costly horse grown old and feeble, I find not any profit of the gamester (gambler-pen).[3]
Dalam buku The Laws of Manu For the 21th Century Compiled dan edited by Pt. Sri Rama Ramanuja Acharya dalam perkara yang ke-47 menyebut seperti berikut:
516. Gambling and betting let the government ban from the realm; those two vices cause the loss of the princely estates. Gambling and betting amount to open theft; the king shall always exert himself in suppressing both [of them]. 9:221-222.
517. When inanimate [things] are used [for staking money on them], that is called among people gambling [dyuta], when animate beings are used [for the same purpose], one must know that to be betting [samahvaya]. 9:223.
518. Gamblers, dancers and singers, cruel people, people belonging to an heretical sect, those following forbidden occupations, and sellers of spirituous liquor, one should instantly banish from the town. 9:225.
519. On every person who addicts himself to that [vice] either secretly or openly,the magistrate may punish according to his discretion. 9:228.[4]
KRISTIAN
Dalam Bible tidak menyebutkan dengan jelas berkenaan pengharaman Judi ini[5]. Namun beberapa prinsip asas dalam Kristian menunjukan bahawasanya mereka juga mengharamkan judi. Antaranya dalam Buku Genesis 3: 19 mengatakan
“By the sweat of your brow you will eat your food until you return to the ground, since from it you were taken; for dust you are and to dust you will return."
Ia dikirakan dilarang kerana dengan berjudi manusia tidak akan dapat memperhambakan diri kepada tuhan dengan sebaiknya bahkan akan menjadikan mereka hamba manusia. Mereka terpaksa berhutang, keluarga porak peranda ,amanah kerja tidak dijaga dan pelbagai masalah lagi.
Dalam Buku Ephesians 4: 28 pula menyebut bahawa tuntutan bekerja dalam Kristian ialah memungut hasil dari tangan sendiri, bukan dengan tanpa usaha.
He who has been stealing must steal no longer, but must work, doing something useful with his own hands, that he may have something to share with those in need.
Manakala dalam Buku Matthew 7: 12 pula menyebut prinsip larangan berjudi dalam Kristian
So in everything, do to others what you would have them do to you, for this sum up the Law and the Prophets.
BUDDHISM
Buddha mengatakan bahawasanya berjudi ini merupakan aktivi tt yang tiada kemahiran[6] Manakala dalam Buku Sutta Pitaka Nigha Nikaya Pathika Nagga 8. Singala Suttam perkara 3 menyebut tentang berjudi seperti berikut:
"What are the six channels for dissipating wealth which he does not pursue?
(a) "indulgence in intoxicants which cause infatuation and heedlessness;
(b) sauntering in streets at unseemly hours;
(c) frequenting theatrical shows;
(d) indulgence in gambling which causes heedlessness;
(e) association with evil companions;
(f) the habit of idleness.
Manakala dalam huraian dalam perkara di atas, dijelaskan seperti berikut:
"There are, young householder, these six evil consequences in indulging in gambling:
(i) the winner begets hate,
(ii) the loser grieves for lost wealth,
(iii) loss of wealth,
(iv) his word is not relied upon in a court of law,
(v) he is despised by his friends and associates,
(vi) he is not sought after for matrimony; for people would say he is a gambler and is not fit to look after a wife. [7]
RUMUSAN
Jelas di sini bahawasanya tiada agama di Malaysia yang menghalalkan (atau mengizinkan) judi. Jadi, bagaimana mungkin Tun Dr Mahathir boleh mengeluarkan kenyataan bahawa berjudi di kalangan orang bukan Islam tidak haram atau tidak dilarang (maksud haram sendiri ialah terlarang). Dalam penulisan di atas, saya hanya menumpukan kepada 4 agama utama di Malaysia iaitu Islam (60.4%), Buddhism (19.2%), Kristian (9.1%) dan Hinduism (6.3%) tanpa melihat agama-agama lain yang tidak dominan iaitu sebanyak 4.9%[8].
TIDAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI AGAMA
Kiranya ada orang berhujjah “ Tetapi kita harus untuk menghormati rakyat Malaysia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama. Mereka ada hak untuk berjudi”
Kita menjawab dengan jawapan yang sangat ringkas.
Sesuatu yang disepakati umum bahawa perlembagaan atau undang-undang di dalam sesebuah negara digubal mengikut persepakatan dan persetujuan kebanyakan (majotiri). Sekiranya majoriti sudah sepakat terhadap sesuatu, perkara maka semua orang ( yang minoriti yang tidak bersetuju pun) dikira bersetuju dengan perkara tersebut.Begitulah sifat prinsip demokrasi yang Malaysia pegang. Persetujuan ramai adalah didahulukan walaupun perkara itu dilarang dalam agama, pada manusia yang berkiblatkan demokrasi, berimankan barat.
Nah, sekiranya dihitung jumlah penganut agama-agama di Malaysia maka jumlahnya ialah 95.9% dan semua agama-agama di atas melarang perjudian sebagaimana yang telah kita bincangkan tadi. Maka, apakah masih lagi wajar untuk mengambil jumlah orang yang tidak beragama yang tersangatlah minoriti (iaitu tidak dapat dikenalpasti 1.5% dan tiada agama 0.8%)[9] sebagai alasan untuk menghalalkan perjudian.
Last week, Mahathir had expressed the view that sports betting had to be legalised to control the industry. He noted that if sports betting were not legalized, it would still go on illegally.
Tun Dr Mahathir, thesundaily.com 31 May 2010
Kenyataan ini adalah berbeza dengan arahan Allah Ta’ala bagi manusia yang memegang tampuk kuasa di atas muka bumi ini. Firman Allah Ta’ala
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(al-Hajj: 41)
Ataupun yang lebih menjadi kekhuatiran penulis ialah manusia lebih suka mencipta alasan-alasan daripada melakukan apa arahan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Beralaskan perkataan yang dilihat logik seperti
“Kita terpaksa mengamalkan riba di dalam negara kita kerana sistem ini menjadi pengamalan satu dunia.”
“Kita terpaksa meluluskan lesen judi ini kerana ia adalah hak asasi manusia. Agama mereka tidak menghalang perjudian”
Tanpa ada sebarang usaha dalam tempoh berpuluh tahun orang Islam memegang kuasa di negara ini, maka alasan tersebut hanyalah tinggal alasan. Dikhuatiri lagi kalau-kalau ia hanyalah ungkapan di bibir sahaja yang tidak selari dengan hati. Allah ada menungkapkan manusia yang mempermain-mainkan arahan-Nya dengan satu amaran yang keras
وَلَقَدْ مَكَّنَّاهُمْ فِيمَا إِنْ مَكَّنَّاكُمْ فِيهِ وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَا أَبْصَارُهُمْ وَلَا أَفْئِدَتُهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. (al-Ahqaf: 26)
Ini merujuk kepada beberapa situasi dalam negara sebagai contoh isu Carlsberg Cawangan Malaysia. Kerajaan Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang melarang orang Islam daripada memegang apa-apa jawatan dalam organisasi arak tersebut sebagaimana kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang terhadap PATI, pelacuran, mengetatkan peraturan poligami sebagaimana yang berlaku pada YB Dato’ Bung Mukhtar Radin[10] dan sebagainya. Namun yang jelas ada umat Islam yang memegang jawatan di dalam organisasi tersebut dan tiada tindakan atau undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka. Disebutkan nama-nama yang berkaitan:
- Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J.,S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc
- Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.
- Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N., J.S.M., S.M.J., K.M.N.[11]
Padahal kuasa untuk meluluskan atau tidak permohonan mana-mana organisasi terletak di bawah kerajaan negeri dan pusat.
Begitu juga isu berkaitan pemegang saham dari kalangan umat Islam dalam syarikat arak di luar negara yang melibatkan Dato’ Mirzan bin Tun Dr Mahathir dalam Syarikat San Miguel Corporation yang yang berpengkalan di Filipina (dari 2009-2010[12] dan meletakkan jawatan pada tahun tersebut tanpa memberikan apa-apa alasan[13]) menjalankan perniagaan arak dan lain-lain[14]
Pada pembaca setia Harian Metro tentu tahu berkenaan iklan Sport TOTO dan 4D semakin bercambah di dalam akhbar tabloid yang diminati ramai itu. Hakikatnya kerajaan Malaysia melalui kuasa mutlak yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri untuk bertindak melalui Akta 301 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akhbar 1984 berkenaan sebarang perkara berkaitan dengan percetakan.
Namun, setakat artikel ini ditulis, tiada tindakan yang diambil oelh pihak berwajib bagi menangani isu judi dalam akhbar.
Syarikat Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Taikun Tan Sri Vincent Tan, di samping menguruskan perniagaan hartanah,pendidikan, makanan dan kewangan juga menguruskan perjudian[15] antaranya SPORTS TOTO[16]. Dan yang melengkapkan lagi kerjasama pihak berkuasa dalam meluluskan perkara ini ialah keterlibatan rakyat Malaysia beragama Islam sebagai pemegang saham. Berikut adalah nama-nama Pengarah dalam BERJAYA Group Berhad[17]:
- Dato’ Ismail bin Osman
- Tan Sri Datuk Abdul Rahim bin Haji Din
- Dato’ Suleiman bin Mohd Noor
- Adam bin Bachek
Dan juga nama Pengarah Eksekutifnya seorang muslim[18]:
- Dato' Azlan Meah Bin HJ Ahmed Meah
Dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas juga merupakan muslim:
- Dato’ Hj Md Yusoff @ Mohd Yusoff Bin Jaafar
- Mohd Zain Bin Ahmad
- Dan penama bagi nombor 2 dan 3.
Di samping itu, ada tokoh ternama juga dinamakan terlibat dalam anak syarikat BERJAYA Group ini (iaitu Global Empires yang bertanggungjawab berkenaan pelaburan (setakat tahun 2000)), antaranya ialah:
- Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Setiausaha Agung UMNO sekarang)
- Dato’ Dr. Tengku Rethwan bin Tengku Mansor
Selain itu, BERJAYA Group juga mempunyai anak syarikat yang menguruskan berkenaan peniagaan khususnya 7-Eleven iaitu Convenience Shopping Sdn Bhd. Beberapa tokoh ternama negara juga dinamkan terlibat (setakat tahun 2000). Mereka ialah:
- YAM Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
- YAM Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Tuanku Ja’afar
- YAM Tunku Tan Sri Imran ibni Tuanku Ja’afar
- YAM Tunku Nadzaruddin ibni Tuanku Ja’afar
- YAM Tunku Jawahir binti Tuanku Ja’afar
- YAM Tunku Irinah binti Tuanku Ja’afar[19]
Penulis tidak berhajat untuk membincangkan secara ilmiah tentang hukum orang Islam bernaung di bawah syarikat yang menguruskan pelbagai perniagaan antaranya judi tetapi mereka tidak terlibat dalam perniagaan judi tersebut, sebaliknya menguruskan peniagaan lain. Berkenaan perkara itu, mungkin satu kertas kerja lain harus ditulis untuk membincangkannya. Yang menjadi keutamaan pemerhatian penulis ialah keterlibatan tokoh-tokoh terbabit yang boleh memperlihatkan kerjasama baik kerajaan dalam ‘menghalalkan’ judi di Malaysia ini. Dan seterusnya memperlihatkan ketidakseriusan pihak yang bertanggungjawab untuk mengapuskan perjudian di Malaysia sebaliknya tetapi memberikan alasan-alasan tertentu.
Hakikatnya yang penulis ingin tekankan di sini ialah keupayaan untuk mengubah dan membetulkan keadaan terbuka luas di hadapan mata cuma peluang itu tidak digunakan oleh pihak yang berwajib.
Penulis amat berharap kepada mana-mana pemegang jawatan yang melibatkan hukum hakam agama agar berbangga dan berusaha agar syariat Islam di Malaysia didaulatkan. Kita punyai kuasa, kita sudahpun punyai peraturan di dalam al-Quran, ikutlah insyaallah akan berbahagia.
Speaking at the 5th Malaysian Conference on Healthy Ageing, he did not deny that the tax revenue would help to fill government coffers. Tun Dr Mahathir, the Sun 1 June 2010 page 2
NEGARA DAPAT MANFAAT
Tanpa menafikan, sekiranya sesebuah negara itu berdiri di atas prinsip kapitalism iaitu kerajaan yang teguh berdiri untuk menjana keuntungan daripada rakyat dan bukan sebagai from people, to people and to serve people maka cukai judi akan pastinya menguntungkan kepimpinan negara tersebut.
Dilaporkan pada tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah mengutip cukai perjudian sebanyak RM1.2 bilion. Ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu berkenaan ke manakah duit itu dibelanjakan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan ia digunakan untuk projek pembangunan dan kos pengurusan Negara.[20]
Namun, prinsip pengurusan kenegaraan dalam Islam tidak sebegitu. Islam menekankan, apa-apa yang dilarang dalam Islam dan mana-mana agama tidak boleh diluluskan sama sekali. Ini kerana, setiap agama akan mengajarkan kebaikan kepada penganut agama mereka. Maka, judi dilarang dalam semua agama, sewajarnyalah diharamkan.
Islam menekankan bahawa sesebuah negara itu boleh berdiri teguh dari pelbagai aspek dengan kukuhnya pegangan agama dari kalangan rakyatnya. Berikut disenaraikan secara ringkasbeberapa keburukan perjudian yang sedang membarah di Malaysia ini:
- Memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak termasuk boleh membahayakan nyawa. Semakin ramai rakyat di Sydney menolak perjudian ini.[21] Kajian juga menunjukan bahawa 60-70% orang yang terlibat dengan perjudian lazimnya akan terlibat juga dengan dadah, dan alkohol.[22] Kepada para pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesan berjudi kepada kanak-kanak dan remaja, boleh melayari laman sesawang ini http://pactoregon.org[23]
- Membuang masa, mengurangkan bajet keluarga dan akan menggalakkan kecurian.[24]
- Boleh mambawa kepada kes bunuh akibat daripada krisis runahtangga. [25]
- Boleh memberikan kesan yang negative kepada kesihatan. Kajian di US mendapati 73% kaki judi merupakan kaki alkohol, 38% merupakan penagih dadah, 60% bergantung kepada nikotin, 50% mempunyai masalah emosi, 41% menghadapi masalah kerisauan melampau, 61% ada masalah personaliti dan banyak lagi. Pada pembacca yang ingin mengatahui lanjut boleh melayari laman sesawang http://www.mja.com.au[26]
- Kadar jenayah akan meningkat di tempat yang mempunyai organisasi perjudian.[27]
PENUTUP
Penulis dengan ini menyeru kepada semua pihak khususnya pihak yang berwajib agar berusaha mendaulatkan syariat Islam di muka bumi Allah ini. Janganlah menuhankan diri di atas bumi Allah ini. Janganlah berdolak dalik mencari alasan untuk tidak mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Ingatlah peringatan Allah buat manusia yang bercakap mulutnya tidak seperti hatinya….
Dan juga dengan tujuan Dia hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang munafik yang dikatakan kepada mereka: Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu). Mereka menjawab: Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang). Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. (Ali-‘Imran: 167)
Orang-orang "A`raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya) (al-Fath: 11)
Sebarang pandangan sila kemukakan ke ulamakselangor@gmail.com
4 Jun 2010 2.30 pagi
[1] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=judi
[2] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taruh
[3] http://www.hinduwebsite.com/sacredscripts/rig_veda_book_10.asp
[4] http://www.srimatham.com/storage/docs/manu-smriti.pdf
[5] http://christianity.about.com/od/whatdoesthebiblesay/f/isgamblingasin.htm
[6] http://buddhismatoz.com/g/Gambling.html
[7] http://buddhism.sansayan.com/tipitaka/sp/dn/dnp8.php
[8] https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html
[9] Ibid.
[10] http://www.mmail.com.my/content/36750-kinabatangan-mp-jailed-one-month-polygamy
[11]http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf
[12]http://investing.businessweek.com/businessweek/research/stocks/people/person.asp?personId=8340255&ticker=AHBH:MK&previousCapId=2206826&previousTitle=LAFE%20CORP%20LTD
[13] http://www.abs-cbnnews.com/business/04/26/10/mahathir-quits-san-miguel-board-0
[14] http://www.sanmiguel.com.ph/Content.aspx?MID=0&coid=1&navID=12
[15] http://www.berjaya.com/overview_gaming.htm
[16] http://www.berjaya.com/subsiframe5.htm
[17]http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c4825698a00291407/$FILE/BGroup-Cover-Contents-Definitions-%20Part%20A,%20B%20&%20C%20-%20Appendix%20I%20&%20II.pdf
[18] http://www.berjaya.com/directors.htm
[19]http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c4825698a00291407/$FILE/BGroup-Cover-Contents-Definitions-%20Part%20A,%20B%20&%20C%20-%20Appendix%20I%20&%20II.pdf
[20] http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=71503
[21] http://www.dailytelegraph.com.au/news/nsw-act/gambling-with-a-childs-life/story-e6freuzi-1111112260111
[22] http://pactoregon.org/news-061120-MarottaKids.html
[23] http://pactoregon.org/facts-childeffects.html
[24] http://thestar.com.my/fightcrime/resources/story.asp?file=/2006/3/11/resources/20060316165242&sec=resources
[25] http://www.couriermail.com.au/news/queensland/what-pushed-susan-falls-to-kill-her-husband/story-e6freoof-1225875687657
[26] http://www.mja.com.au/public/issues/189_03_040808/tho10541_fm.html
[27] http://www.pactoregon.org/news-071004-crimerate.html
No comments:
Post a Comment