Monday, April 25, 2011

Menanam Cip Dalam Otak Manusia...Boleh Ke?!!

Assalamualaikum,
Ustaz, apa hukumnya menanam cip dalam otak manusia untuk meningkatkan kadar keupayaan berfikir manusia?


Jawapan:
Alhamdulillah dan solawat serta salam atas junjungan Baginda SAW. Wa ba’du
(Soalan ini dilontarkan dan sudahpun dijawab oleh seorang Ustaz mengatakan ia adalah harus. Berikut adalah pandangan saya)


Saya bersetuju dengan pandangan Ustaz …… yang mengatakan al-ashlu fil asy ya' al-ibahah hatta shorrofathu ad-dalil 'an zhalik. Dan sekarang persoalan yang dikemukakan adalah isu yang baru yang perlu istidlalkan daripada al-Quran dan Hadith.
Saya berpandangan perbuatan tersebut adalah TERLARANG (sekurang-kurangnya makruh). Dalil:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (at-Tiin:4)
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. [an-Nisa’:120]
Dalam tafsir al-Qurthubi (2/2050),Ibn Kathir (1/556) dan beberapa kitab tafsir yang lain membahagikan 3 pendapat berkenaan mengubah ciptaan Allah.
1)      Seperti yang dinyatakan dalam makna zahir.
2)      Mengubah fungsi sesuatu dengan menjadikan sebagai bahan sembahan.
3)      Mengubah hukum asal (tahlil al-haram au tahrim al-halal).
Hadith
Di sana ada banyak hadith yang melarang mengubah ciptaan Allah antaranya :
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA berkata Allah SWT melaknat orang yang
1)      mentatu ataupun orang yang minta ditatukan kulitnya,
2)      orang yang menyambung rambutnya (dengan rambut orang lain) dan orang yang minta disambungkan.
3)      Orang yang merenggangkan giginya untuk tujuan kecantikan yang mengubah kejadian asal kejadian Allah.            
(riyadhus solihin min hadith sayyidil mursalin lil Imam an-Nawawi)

Rujukan: Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam (Thesis MA di Fakulti Darul ‘Ulum, Universiti Kaherah) Oleh al-Fadhil Ahmad Dahlan bin Salleh.
AKAL DAN CIP
Dalam buku Reader’s Digest, Making The Most Of Your Brain menyatakan semasa dilahirkan jumlah sel-sel otak mencecah 100 bilion dan setiap sel pula mempunyai 1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain.
Apabila individu mencecah umur 20-75 tahun lebih kurang 50,000 sel otak mati setiap hari. Jumlah ini adalah amat sedikit sekiranya dibandingkan dengan jumlah sel yang ada dalam otak manusia dan ia tidak akan menjejaskan sudut intelek manusia walaupun dengan peningkatan umur.
Mengikut Kajian Otak UCLA, potensi otak adalah tidak terbatas. Ia mempunyai kekuatan untuk mencipta,menyimpan dan mempelajari apa jua yang dikehendaki oleh manusia.
Dr Ivan Yefremov, tokoh akademik dari Rusia otak kita mampu untuk menghafal satu set ensiklopedia daripada A-Z, mampu mempelajari 40 bahasa dan mampu menamatkan berpuluh-puluh kursus-kursus yang dianjurkan oleh berpuluh-puluh kolej.
 (7 Formula Individu Cemerlang Dr Danial Zainal Abidin)
Dari itu, apakah cip yang kita ingin tanamkan dalam otak kita mempunyai kekuatan seperti ini?
TINGKATKAN KUALITI OTAK MELEBIHI CIP
1)      Peter Russel dalam bukunya The Brain Book mengatakan otak manusia akan beroperasi 7 kali lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.(pen-sujud)
2)      Win Wenger dalam bukunya How to Increase Your Intelligence mengatakn cara untuk meningkatkan keupayaan otak ialah dengan melakukan upside down activities. (Pen-sujud).
3)      Meditasi (‘islami’ iaitu solat yang khusyu’) mampu untuk mengawal tekanan dan menjadikan seseorang itu tenang dan ceria. Ini adalah pendapat Dr Herbert Benson dalam bukunya The Relaxation Response.
4)      Dr Gregg Jacobs dari Fakulti Perubatan Harvard mengatakan semasa bermeditasi aktiviti di bahagian frontal Lobe (yang bertugas merancang, perasaan dan kesedaran)akan tidak aktif dan aktiviti di parietal Lobe (penerimaan maklumat dan emmberi kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan. Otak ketika ini menjadi pasif seolah-olah sedang bersatu dengan alam semesta.
5)      Dan banyak lagi. Maklumat tambahan boleh di dapati di dalam buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin dan buku Solat and Science (satu projek yang dilakukan oleh 3 orang Pensyarah UM dan diterbitkan oleh INTEL MEDIA PUBLICATION)
Dan banyak lagi. Boleh dirujuk dalam buku yang disebut.Masalah kita yang sebenar ialah tidak menerokai kekuatan otak kita bukan kerana otak@akal kita lemah.
PERBANDINGAN
Kenapa saya mengatakan perbuatan tersebut TERLARANG bukan haram. Ini kerana hukum terlarang membawa thalab at-tark yang boleh diihtimalkan samada HARAM  LIZATIHI atau HARAM LIGHAIRIHI atau boleh membawa kepada MAKRUH atau MAKRUH TAHRIMI (yang boleh kita aplikasikan pandangan mazhab Abu Hanifah dalam masalah ini) atau HARAM.

Pada yang mengatakan harus barangkali akan mempertimbangkan dari sudut MASLAHAH.
Di sana perlu untuk diberikan penekanan bahawasanya maslahah terbahagi kepada 3:
1) MASLAHAH MU’TABARAH:Sekiranya menepati arahan nash dan kehendak maqasid an-nushush.
2)  MASLAHAH MULGHAH: Sekiranya bercanggah dengan nash atau maqasid asy-syariah.
3) MASLAHAH MURSALAH: Tidak bercanggah dengan nash atau maqasid syariah. Ia bergantung kepada ijtihad mujtahid.

      Pada maslahah Mursalah terbahagi kepada 2 bahagian: 
  • Maslahah Mursalah muhaqqaqah /muakkadah: iaitu kemaslatahan yang PASTI akan diperolehi sekiranya dilaksanakan perkara tersebut.
  • Maslahah Mursalah ghair muhaqqaqah /muakkadah: iaitu kemaslahatan yang TIDAK PASTI akan diperolehi sekiranya dilaksanakan perkara tersebut.
Dari itu, penanaman cip ke dalam otak berada pada maslahah mursalah yang mana. Pastinya BUKAN maslahah Mu’tabarah, mungkin bukan maslahah Mulghah kerana tiada dalil yang mengatakannya haram dan besar kemungkinan ia berada dalam Maslahah Mursalah.
Cumanya, adakah kita boleh confirmkan SECARA PASTI bahawasanya dengan menanam cip itu tidak akan ada side effect dan ia PASTI akan menguatkan akal kita?
Dalam satu artikel dalam majalah ASIAWEEK tahun 2004 @ 2005 (salah satu tahun) mengatakan bahawasanya manusia dianugerahkan kekuatan akal yang sama,Cuma yang membezakan ialah cara ‘mengasahnya’ dan menggunakannya.

Sekiranya beralasankan untuk menguatkan kekuatan akal, siapakah yang menciptakan cip tersebut? Bukankah akal dan otak manusia.
Wallah a’lam
Saya memohon teguran daripada pada syuyukh ilmi sekiranya ada salah dan silap dalam pandangan saya ini. Semoga majlis ilmu ini akan meriah.

Al-Faaqir fi al-‘ilm
Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh

No comments:

Post a Comment