Tuesday, May 31, 2011

Kenaikan Tarif Elektrik

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Kenyataan Isu.

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

RESPON MENTERI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus daripada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.[1]
Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.[2]

"Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan,"
"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung,"[3]

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.[4]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata "Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70),"


Kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45).

Sehingga akhir 2010, Petronas telah menyalurkan kira-kira RM131.3 bilion dalam subsidi gas kepada kedua-dua sektor kuasa dan bukan kuasa.

"Ini merupakan pengurangan sebanyak RM1.58 bilion,”.[5]

Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan Isnin.[6]

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semua sektor dalam negara perlu bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik kerana kadar baru yang akan dikenakan merupakan realiti harga sebenar akibat kenaikan bahan api di pasaran dunia ketika ini.

"Mereka menerima kenaikan tersebut, asalkan tidak terlalu tinggi dan program kerajaan bagi mengurangkan subsidi perlu dilakukan secara berperingkat agar tidak memberi impak mengejut kepada operasi pengeluaran,"

Peserta industri juga telah dimaklumkan kepentingan pelarasan subsidi yang dilakukan kerajaan demi membendung agihan yang tidak adil dan penggunaan yang tidak terkawal.[7]

PEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKAN HARGA

Yang pastinya ini bukan keputusan yang hanya dibuat oleh syarikat swasta tetapi melibatkan keputusan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional. Lihat kenyataan di bawah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengumumkan keputusan kerajaan mengenai struktur harga baru bagi gas yang yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri.[8]

Manakal dalam Berita Harian pula menyebut “Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.[9]

PANDANGAN

Artikel ini hanyalah satu tulisan dan bacaan ringan untuk pembaca awam sebagai respon segera terhadap isu ini.

ISU 1

Kalau diperhatikan hampir semua kenyataan berbunyi

“untuk merasionalisasikan subsidi”,
“untuk mengimbangi kuasa beli pasaran”,
“untuk mengurangkan subsidi agar kerajaan dapat memberikan fokus kepada pembangunan rakyat” dan pelbagai ayat manis lagi yang akan menambahkan penyakit pengguna.

Satu kenyataan yang dibuat oleh  ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia[10] Yeah Kim Leng 

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, TETAPI mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang[11], ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna,"

"Ia mungkin tidak signifikan namun ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan,"[12]

Penulis melihat nampaknya pemikiran orang cina seperti ini lebih islamik berbanding kerajaan sedia ada.
Penulis tidak mengatakan bahawasanya kerajaan tidak boleh menaikan harga elektrik sampai bila-bila. Sekiranya keadaan itu terpaksa, melihat kepada trend kenaikan kos bahan api dunia, penulis mengirakan wajar untuk berlaku kenaikan, tetapi kenaikan itu haruslah mempunyai asas yang kukuh dan jangan hanya yang akan menganggung kos tersebut hanya rakyat, manakala pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sedap menikmati gaji hasil dari duit kami dan hasil bumi.

Mari perhatikan gaji pemimpin-pemimpin besar kita.

Sabah

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh, ketika membentangkan rang 
undang-undang itu, berkata penyelarasan gaji itu 
(kenaikan gaji pokok bulanan dari 10 hingga 61 peratus)
berpatutan dan wajar dengan mengambil kira kenaikan 
kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggung jawab yang dipikul (rakyat?-komen penulis).

Ketua Menteri                                      :  daripada RM14,300.00  kepada RM15,730.00, 
Timbalan Ketua Menteri                         :  daripada RM9,900.00   kepada RM10,890.00
Speaker                                               :  daripada RM9,900.00   kepada RM10,890.00
Timbalan Speaker dan pembantu menteri :  daripada RM7,700   kepada RM8,470.00 
Dewan Undangan Negeri                        :  daripada RM3,300      kepada RM5,300 
Setiausaha politik                                 :  daripada RM3,300      kepada RM3,630.00.[13]

Melaka
Ketua Menteri                                      :  Daripada  RM12,886.50   kepada RM14,175.15 
Exco kerajaan negeri                             :  Daripada  RM5,553.90    kepada RM6,109.29 
Anggota Dewan Undangan Negeri           :  Daripada RM3,738.90     kepada RM4,112.79 
Speaker Dewan Undangan Negeri            :  Daripada  RM5,553.90    kepada RM6,109.29  
Timbalan Speaker                                 :  Daripada  RM2,420       kepada RM2,662[14] 
 
 Negeri Sembilan
Menteri Besar                                      :  Daripada  RM12,886.50   kepada RM14,175.15    
Speaker DUN dan Exco                          :  Daripada RM5,533.90     kepada RM6,109.29
Adun                                                  :  Daripada RM3,738.90     kepada RM4,112.79[15]

Kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri                                  :    RM22,826.65
Timbalan Perdana Menteri                    :    RM18,168.15
Menteri                                              :    RM14,907.20
Setiausaha politik                                :    RM5,709.99
Anggota Kabinet (bagi tahun lepas)       :    RM5,470,942.40 & RM5,783,993.60 (pada 2008)[16]

Itu masih belum dikira elaun yang mereka akan dapat.
Cukuplah secara ringkas sedikit info yang diberikan menceritakan betapa 
pemimpin-pemimpin kita daripada Barisan Nasional punyai wang yang lebih 
dari mencukupi berbanding rakyat. 

Dan,

Lihat pula kepada kenyataan-kenyataan menteri-menteri Barisan Nasional yang kononnya berjuang untuk rakyat ini.

Untuk syarikat

Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.[17]

Semakan tarif elektrik ini akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.[18]

Keputusan kerajaan mengenai struktur harga baru bagi gas yang yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri. 

"Langkah menyemak semula harga gas ini dibuat secara berperingkat bertujuan menangani isu herotan dalam pasaran serta mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS,"

Kenaikan secara berperingkat ini memberi kepastian kepada sektor industri dalam merangka perbelanjaan operasi syarikat.[19]

"Menanggung subsidi gas akan membataskan keupayaan Petronas untuk menyumbang dari segi dividen dan cukai korporat serta mengehadkan kelebihannya untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pendapatan masa depan,"[20]

Kerajaan dan PETRONAS pada 2011 masih lagi menanggung subsidi harga gas yang dianggarkan berjumlah RM25.64 bilion.[21]
Petronas masih perlu menanggung RM25.64 bilion dalam subsidi. "Ini merupakan pengurangan sebanyak RM1.58 bilion,"[22]

Untuk rakyat

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.[23]

Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu.[24]

TNB perlu memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.[25]


ISU 2

Kerajaan Barisan Nasional selalu sangat menyebut
“ini ialah sumbangan subsidi kerajaan menunjukan keprihatinan kerajaan”
Kerajaan terpaksa menanggung beban yang banyak dengan memberikan subsidi
“ Dalam keadaan kenaikan harga pasaran dunia, kerajaan masih lagi berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat dengan memberikan subsidi

Dan banyak lagi ayat-ayat yang menggelikan dan memualkan.

Para pembaca pandingkan pula dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Kerajaan PAS pula.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak , Menteri  Besar Kedah (PAS)

Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar.

Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,”[26]

Islam mengajarkan kepada pemerintah bahawasanya tanggungjawab kerajaan itu bukanlah mengambil untung daripada rakyat. Itulah pegangan PAS.

Allah menukilkan dalam Surah al-Kahf ayat 94-98 kisah seorang 'Perdana Menteri yang bernama YAB Dato’ Seri' Dzulqarnain ketika menghadapi ancaman musuh untuk mengganggu rakyatnya yang berbunyi.






Untuk semua rakyat Malaysia, BERIKAN KAMI PELUANG untuk mentadbir negara. KIRANYA BENAR kita sangat terdesak untuk mengatasi kenaikan harga bahan api, maka kami akan PASTIKAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN MENTERI-MENTERI KAMI DAHULU AKAN DIPOTONG.

Kerana itulah Islam mengajarkan kami.
Kepimpinan itu bukan untuk bersenang lenang,
tetapi berkorban segala yang kami untuk kemudahan rakyat.

Mohamad Ridhauddin







[1] http://malaysiakini.com/news/165528
[2]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[3] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita
[4] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tarifbaruelektrik/Article/
[5] http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=590287
[6] http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=590291
[7] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
[8] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita
[9] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tarifbaruelektrik/Article/
[10] http://www.ram.com.my/
[11] Penulis mengirakan walaupun kenyataan itu menyebut petrol, tetapi dengan kenaikan tariff elektrik, kesannya tetap sama.
[12] http://malaysiakini.com/news/165543
[14] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=62896&tid=61&cid=2 . Setakat infiormasi 9 Ogos 2005.
[16] http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
[17]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[18] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita
[19] Ibid.
[20] http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=590287
[21] Ibid.
[22] http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=590287
[23] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tarifbaruelektrik/Article/
[24] Ibid.
[25] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530171743&sec=mstar_berita
[26] http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=4138

Thursday, May 26, 2011

PENILAIAN TERHADAP KENYATAAN IBRAHIM ALI


Ibrahim Ali, Presiden PERKASA (NGO berfikrah UMNO) merangkap Ahli Parlimen bebas Pasir Mas ketika menyampaikan ceramah di Kampung Changkat, Gombak ada membuat pengisytiharan seperti berikut:[1]

  1.  Akan melancarkan “perang jihad” jika mereka (komuniti Kristian )meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
  2.  “Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan. “Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi, jika mereka adakan perang salib, kami boleh.
  3. “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.  
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,”[2]

Hukum Memberi Salam dalam Lafaz "Salam" dan ucapan "BYE"

LATARBELAKANG ISU


Kebelakangan ini isu email berantai berkenaan larangan pengucapan salam kerana ia bukan daripada ajaran Islam, bye bye adalah salah satu daripada jarum Pope untuk mengkristiankan umat Islam, a’kum dan banyak lagi kelihatannya semakin menimbulkan kegusaran umat Islam.
Kesan daripada email berantai ini sehingga menimbulkan kegusaran sesama muslim bahkan bukan islam. Antara respon yang diperolehi ialah seperti berikut:

Thursday, May 5, 2011

MENENTANG PENGGABUNGAN PAS DAN UMNO IALAH KHAWARIJ?


Berikut adalah sebahagian daripada isi buku “PAS BUKAN KHAWARIJ” (masih dalam penulisan). Penulis luncurkan awal untuk bacaan semua pihak memandangkan ia memerlukan penjelasan segera.  Sebarang komentar samada kesilapan atau kelemahan mohon dipanjangkan kepada ulamakselangor@gmail.com



 "Menentang perpaduan UMNO PAS ialah pengkhianat Islam..."

Hal ini boleh dilihat dalam kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Mat jaya sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 4 Mei 2011. Berikut adalah laporan tersebut:

"Pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam..." 


Selain itu beliau berkata, ."..mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam..."


“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.