Hukum Demonstrasi Bersih 2.0 : Antara yang Mengharuskan dan Mengharamkan
PENDAHULUAN
Untuk makluman pembaca semua, ini adalah penulisan separa ilmiah dengan hanya sekadar menjawab ringkas beberapa tohmahan dan pandangan yang penulis rasakan kurang tepat,lalu penulis memberikan pandangan penulis beserta hujah untuk pertimbangan pembaca. Sekiranya ingin dibuat perbandingan secara ilmiah dari kalangan ahlinya, penulis mengirakan tulisan ini bukanlah gambaran yang tepat untuk maksud yang tersebut.
Penulis bagi setiap kenyataan akan berusaha untuk memberikan rujukan dan informasi daripada sumbernya yang utama..[1]
Penulis menfokuskan penulisan ini hanya pada perkara yang berkait dengan BERSIH sahaja. Sungguhpun begitu, masih banyak lagi tohmahan dan pandangan di luar sana yang penulis rasakan perlu untuk dijawab, namun untuk keperluan yang mendesak dan segera, penulis luncurkan terlebih dahulu untuk bacaan awal pembaca sekalian. Sekurang-kurangnya hanya untuk mengubat kerisauan di hati terhadap pandangan yang tidak pasti berkenaan dengan demonstrasi ini.
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Tuesday, June 21, 2011
Monday, June 20, 2011
ADAKAH ADUAN ORANG YANG DI ROGOL DI ANGGAP QAZAF?
Semata-mata mengadu bahawa dia di rogol tidak boleh di anggap qazaf, kerana antara syarat menjatuhkan hukuman qazaf, mestilah terdapat aduan daripada pihak yang di dakwa berzina (maqzuf). Maka dalam kes ini, pendakwa yang mendakwa dia dirogol tidak boleh di anggap qaazif قاذف kerana tidak terdapat pengaduan (دعوى) daripada pihak maqzuf. – fiqh islami wa adillatuh. J 6 m/s 84.
Oleh itu, perbicaraan dalam kes dakwaan rogol ini mestilah melalui perbicaraan biasa, iaitu البينة على المدعي واليمين على من أنكر, bukan berkehendakkan kepada empat orang saksi sebagaimana penyaksian kes zina dan qazaf. Ini kerana, dakwaan zina tertumpu kepada si penzina (dan tiada kes penganiayaan), sedangkan dakwaan rogol adalah untuk menuntut hak yang di rogol kerana melibatkan penganiayaan. Nas mengsabitkan saksi seramai empat orang hanyalah dalam kes zina dan qazaf. Dan kedua-duanya berkehendakkan empat orang saksi kerana ia tidak melibatkan penganiayaan kepada si pendakwa. Berlainan dengan dakwaan mencuri, merompak dan lain-lain yang memadai dua orang saksi atau bukti-bukti lain seperti sumpah, pengakuan dan qarinah kerana ia melibatkan penganiayaan bagi pihak pendakwa.
Jadi dalam kes aduan rogol ini, ia melibatkan dua perkara: 1: aduan dia di aniayai, jadi ia memerlukan kepada bayyinah biasa (saksi @ pengakuan @ qarinah). 2. tuduhan berzina kepada si perogol, jadi ia memerlukan kepada 4 orang saksi yang adil. Jadi aduan terhadap penganiayaan ini mesti di dahulukan kerana ia merupakan hak hamba, sedangkan dakwaan qazaf, merupakan hak allah dan hamba secara bersama, dan ulama khilaf samada ia hak hamba melebihi hak allah atau sebaliknya. Dalam masalah qadha’, hak hamba mesti di dahulukan berbanding hak allah secara mutlak.
Jadi berpandukan kepada ini, saya berpandangan, dalam kes aduan rogol ini tidak memerlukan kepada empat orang saksi sebagaimana dakwaan zina dan qazaf. Oleh itu, saya melihat terdapat perbezaan dalam kes “seseorang yang menuduh seseorang lain berzina dan si pendakwa tidak teraniaya” (kes qazaf) dan “seseorang yang menuduh orang lain berzina dan si pendakwa teraniaya” (dalam kes aduan rogol). Dalan kes pertama, yang menuduh bukan bertujuan menuntut hak pembalasan terhadap penganiayaan keatasnya, dan kes kedua si pendakwa ingin menuntut hak pembalasan tersebut.
Oleh itu, kes rogol ini boleh di buktikan melalui dua orang saksi atau pengakuan daripada si perogol, atau qarinah. Dan dalam kes ini, qarinah adalah perkara penting kerana ia melibatkan kesuburan syara’ itu sendiri. Si pendakwa mesti di periksa samada ia masih dara atau tidak, bila kali terakhir ia melakukan persetubuhan (melalui pemeriksaan doctor), melalui DNA (jika ia dianggap bukti di sisi islam) dan seumpamanya. Jika segala dakwaan bergantung kepada saksi tanpa melihat kepada qarinah, maka banyak kes penganiayaan akan berlaku sebagaimana kata Ibnu qayyim
من أهدر الأمارات والعلامات في الشرع بالكلية، فقد عطل كثيرا من الأحكام، ووضع كثيرا من الحقموق. –الطرق الحكمية صـ 100.
Untuk membuktikan qarinah, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan harus tahanan reman dan mengirhab si tertuduh supaya mengaku. (Fikru al sami j 1 m/s 160.)
Terutamanya jika kita melihat, yang mengadu adalah seseorang yang pemalu dan seorang yang iffah, jauh untuk melakukan dakwaan kerana ia melibatkan maruah dan harganya dirinya sendiri. Berlainan jika yang mendakwa seorang yang sebaliknya. Dan yang menentukan semua ini adalah qadhi yang bijaksana. Oleh itu, taqnin lebih baik bersifat umum daripada di perincikan (kecuali dalam keadaan tertentu).
Jika terbukti ia di rogol, maka tertuduh samada di hokum sebat @ rejam kerana berzina, atau ta’zir kerana melakukan kekerasan dan paksaan (jika zina tidak dapat di sabitkan kerana ia memerlukan empat orang saksi.) atau di kenakan bayaran (mahar) kepada yang di rogol.
Jika dalam masa yang sama (masa pendakwaan rogol di jalankan), tertuduh membuat dakwaan bahawa ia di tuduh berzina (dakwaan qazaf), maka perbicaraan qazaf mesti di tangguhkan sehingga perbicaraan kes dakwaan rogol selesai. Ini kerana, syarat bagi yang di tuduh dalam kes qazaf mesti seorang yang muhsan. Dan ini tidak dapat di buktikan sehingga kes dakwaan rogol ini selesai. Jika dia di dapati bersalah dalam kes rogol ini (walaupun bukan melalui empat orang saksi), maka ia di anggap tidak muhsan dan aduan qazafnya tertolak. Jika tidak akan berlaku sebaliknya, iaitu jika dia di dapati tidak bersalah, kemudian ia membuat aduan qazaf, maka jika sabit kesalahan, orang yang di dakwa di rogol tersebut akan menerima hukuman qazaf (samada dengan dakwaan sarih atau ta’ridh).
Disini juga timbul beberapa perkara yang perlu di lihat secara lebih teliti, adakah Rasulullah saw menjatuhkan hukuman qazaf kepada Hilal b. Umayyah ketika dia menuduh isterinya berzina dengan Syarik b. Samha’? Jika di lihat kepada tuduhannya kepada isterinya, mungkin ia boleh di anggap sebagai lia’n (di syariatkan bersempena ayat yang di turunkan selepas peristiwa ini). Tetapi jika di lihat kepada tuduhan zina yang di lemparkan kepada syarik (secara tidak langsung, kerana aduan adalah antara hubungannya dan isterinya), sepatutnya ia di kenakan hokum had qazaf. Adakah di jatuhkan hukuman qazaf kepadanya? Saya tidak pernah menemui hadis yang menunjukkan ia di kenakan hukuman qazaf kerana tuduhan zina kepada syarik. Ini boleh di andaikan samada: kerana tidak ada aduan daripada syarik sendiri, atau kerana yang di tuduh secara langsung adalah isterinya, atau kerana tuduhan itu ialah kerana pencerobohan terhadap haknya (isterinya). Jadi berbeza dengan tuduhan dua orang yang berzina atau orang lain berzina tanpa ada kaitan dengan haknya.
Jika di lihat kepada andaian pertama, maka yang mendakwa di rogol tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf, sebagaimana dalam kes ini, semata-mata aduan rogol tanpa ada empat saksi tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf. Jika di lihat kepada andaian kedua, maka ia tidak boleh di jadikan hujah, kerana qazaf samada secara sarih atau ta’ridh. Jika di lihat kepada andaian ketiga, maka ia mempunyai persamaan dengan aduan rogol, iaitu kerana aduan terhadap pencerobohan haknya. Maka ia tidak memerlukan kepada 4 orang saksi sebagai mana aduan kes zina yang membawa kepada hukuman kerana ia melibatkan dakwaan dan pengaduan terhadap haknya sendiri. Maka andaian pertama dan ketiga lebih dekat kepada qias. Ini adalah qaedah sibr wa taqsim yang masyhur. Jika di sana terdapat dalil dan nas lain yang menyatakan Hilal bin Umayyah di jatuhkan hokuman qazaf kerana menuduh Syarik sama, maka sibru wa taqsim ini terbatal.
Oleh itu, pengtaqninan perlu di lihat daripada sudut yang banyak, supaya berada pertengahan antara ifrat dan tafrit. Atau dengan kata lain, supaya perempuan yang di rogol akan terbela, dan perempuan yang tidak bertanggungjawab tidak mudah melakukan tuduhan untuk pekenakan mana-mana lelaki yang tidak di sukai. Sebagaimana ijtihad sahabat tentang tasyrik antara adik beradik sebapa dan seibu sebapa adalah bercanggah dengan harfiyyah al-nas, tetapi ia bertepatan dengan maslahah syara’ dan maqasid syariyyah. Begitu juga kes ini, walaupun pada zahir nas menunjukkan bahawa si pendakwa rogol boleh menerima hokuman qazaf, tetapi ia juga mesti di lihat daripada maslahah syara’ dan maqasid syariyyah sendiri di dalam pengsyariatan qazaf.
Zaharuddin Mohamad
Thursday, June 16, 2011
Kiamat Sudah Dekat?
Ini bukan berkenaan dengan filem tetapi berkenaan persoalan yang dilontar dan dipanjang-panjangkan dalam internet. Begini bunyi persoalannya:
Cuba kira… 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
Dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika dok bagi tahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…
Friday, June 10, 2011
Jawapan Kepada Khalid Nordin Isu Kafir Mengkafir
KAFIR-MENGKAFIR: DIA
DATANG LAGI
![]() |
| Kafir-mengkafir. Gambar hiasan. |
“Keluar lagi isu kafir mengkafir nie”
“Itulah letihnya berlawan dengan UMNO ni. Pimpinannya pun,
rasanya……. Ish malas nak sebut la. Takde sesiapa pun yang meniupkan api
kekafiran. Tiba-tiba sendiri mengaku ni apa ke hal?” Saya membebel sendirian.
Bermonolog.
“Rasa kalau nak menjawab secara ilmiah pun, rasa tak
berbaloi. Tak jawap, ramai pembaca baca suratkhabar ni. Hadooiii…… UMNO UMNO”
mengeluh sendirian.
Hari ini (10 Jun 2011) keluar muka hadapan suratkhabar
perdana berfikrah UMNO, Berita harian bertajuk “PAS kena minta maaf”
Berikut adalah antara isi ucapan Ketua UMNO Bahagian Pasir
Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada
sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej
Komuniti Wilayah Pantai Timur pada 9 Jun 2011[1]:
1. PAS
yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi menggantikannya
kepada negara kebajikan sewajarnya meminta maaf kepada UMNO kerana sering
menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk
mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.
2. PAS
patut minta maaf kepada UMNO sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam
menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan
perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara
kebajikan.
3. Malah,
selama ini pun mereka menyerang UMNO dengan mengatakan semua yang kita buat
tidak betul dan siapa yang tidak ikut mereka adalah kafir.
4. Rakyat
jangan sesekali terpedaya kerana sudah jelas PAS adalah sebuah parti politik
yang akan menghalalkan apa saja cara untuk kepentingan politiknya.
Gelihati pun ada. Geram pun ada.
Dalam banyak-banyak ahli politik UMNO, penulis merasakan Datuk
Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Temerloh
merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi[2]
adalah ahli politik bijak berbanding semua yang lain.
Walaupun berlainan ideologi, walaupun ada yang penulis tidak
bersetuju dengan beliau tetapi penulis melihat beliau berpolitik berasaskan hujjah, berdasarkan
kualiti produk dan tawaran…barulah ada kualiti memimpin.
Ini dok main politik mengungkit, politik mengugut, politik
lucah…….
Tuesday, June 7, 2011
Bersenilah dalam Rejab
Sebagaimana yang dijangka, dengan
kedatangan bulan ini maka pastilah frequent asked question (FAQ) samada berbentuk verbal ataupun bertulis
akan memenuhi ruang soalan selepas kuliah ialah
“Ustaz, boleh tak puasa bulan ni?”Tanya
si A.
“Ustaz, ada ustaz tu kata puasa
penuh pada bulan ini bid’ah dan berdosa, betul ke? Tanya
si B
“Pelik
ye, sudah hampir berpuluh tahun kita hidup tetapi setiap kali tibanya Rejab,
persoalan boleh tak puasa bulan ini, bid’ah ataupun tidak dan pelbagai lagi
masih lagi ditanya. Pelik bin ajaib lagi, setiap tahun soalan itu akan timbul
di tempat yang sama dan orang yang sama” jawab saya sambil
menggaru kepala yang tidak gatal.
Samada
kita menjadikan ia agenda adat untuk bertanya sebab tidak ada orang bertanya
dalam sesi soal jawab kuliah atau semasa sesi santai selepas kuliah, tetapi
perbuatan ini perlu diberikan perhatian sewajarnya.
“Bagus
untuk bertanya, sangat digalakan, silakan.. tetapi sekiranya soalan itu soalan
yang sama dari orang yang sama hampir setiap tahun, ia bukanlah tindakan yang bijak”
Namun,
tidak mengapa..tanyalah, insyaallah akan
dijawab oleh para ustaz dengan kadar ilmunya.
Pada
pertanyaan itu barangkali akan memberikan ketenangan.
Meraikan
Setiap
individu bernama muslim sewajarnya menjadikan dirinya sebagai penda’wah dalam
menangani sebarang perkara, bukan sebagai hakim yang hanya membetulkan dirinya
sahaja, orang lain semua disalahkannya.
“Bid’ah
dan berdosa sekiranya puasa bulan ini secara berterusan. Nabi tidak pernah
puasa macam tu. Dosa-dosa ini boleh bawa ke neraka” pesan seorang ustaz ini.
Kuat
nadanya.
‘Sentot’
(bahasa kampung penulis yang
bermaksud terasa lemah secara mengejut) mak cik pencen yang baharu bersemangat
untuk upgrade ibadatnya. Sebelum ini seorang manusia yang bergelumang
dengan maksiat dan kemungkaran, hari ini aku nak puasa pun tak boleh.
“Habis
tu macamana?” seorang datin mengeluh. Rambutnya mengembang di hadapan dengan
tudungnya di bahagian belakang kepalanya.
Ala-ala
seorang menteri gitu….
Dalam
situasi masyarakat yang semakin kurang untuk berpuasa sunat, dalam atmosfera
hiburan adalah kiblat kehidupan… tiba-tiba ada individu yang mengenepikan seni
dalam menyampaikan hukum, dalam berda’wah. Kekhuatirannya ialah kebanggaan
individu tersebut menyampaikan hukum tetapi masyarakat terasa gundah dengan
jawapannya.
Bersenilah.
Bersenilah
dalam berda’wah.
Pada
seni itu ada tarikan.
Pada
seni itu boleh memberikan ketenangan.
Berapa
ramai manusia tanpa mengira agama dan latarbelakang boleh bersatu pada titik MAHER ZAIN.
Kerana
seni suaranya dan lagunya.
Berapa
masyarakat dunia boleh melekat dan bersatu pada titik IMAM MUDA terbitan ASTRO
Kerana
pendekatan kemodenannya.
Dan
berapa ramai pula orang boleh melekat dan bersatu pada titik seorang ustaz,
penyampai agama?
Ada
jawapan……?
Kerana
kehilangan seni itu…
Teranglah
agama dengan penuh kesopanan dan kelembutan.
Penanya
soalan itu adalah pelanggan bagi seorang penda’wah. Justeru, untuk mendapatkan
pengi’tirafan MQA, ISO dan pelbagai lagi, bagaimanakah cara yang sepatutnya
kita menyantuni pelanggan?
Hati
yang diisi dengan keinsafan agama itu sukar menerima ‘kekerasan’ dan hukuman
tanpa alasan.
Adakah
sukar untuk mengatakan
“Makcik,
larat ke makcik nak puasa penuh 3 bulan berturut-turut. Kesian makcik nanti.
Kalau makcik nak puasa juga, saya ada cadangan untuk puasa yang lebih baik dari
itu, mak cik puasa sehari dan berbuka sehari…buatlah macam tu. Nabi Daud puasa
macam tu..ok tak”
Berikan
informasi yang pelanggan perlu, bukan apa yang kita tahu semuanya dimuntahkan.
Pandangan
Ketua Ulama’ Sedunia
Penulis
luncurkan untuk bacaan pembaca sebagai makluman asas berkenaan hukum berpuasa
pada bulan Rejab. Metod terjemahan yang penulis buat adalah terjemahan bebas
(yang bermaksud tidak terjemah setiap perkataan, hanya menterjemah
maksud-maksud utama sahaja)
Puasa
pada bulan Rejab ini sah bahkan digalakan. Tetapi tidak ada dalil yang
menyatakan Nabi SAW berpuasa penuh sebulan. Paling banyak Nabi SAW berpuasa
selain bulan Ramadhan ialah bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa penuh.
Bulan-bulan
yang lain Nabi SAW berpuasa dan berbuka. Maka yang terbaik, ikutilah sunnah
ini. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.
Dilampirkan
matan Sheikh Qaradawi yang penulis rujuk.[1]
لم
نتعرض لصيام رجب في الحديث الذي سمعه الأخ منا، وإنما قلت فيه بأنه من الأشهر
الحرم، والصيام في الأشهر الحرم مقبول ومستحب، على كل حال. ولكن لم يرد عن النبي
صلى الله عليه وسلم أنه صام شهرا كله، سوى رمضان. وكان أكثر ما يصوم في شهر شعبان،
ولكن لم يكن يصومه كله، وهذه هي السنة النبوية في ذلك… فإنه كان يصوم ويفطر في
سائر الشهور، وكما ورد "كان يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا
يصوم" فما يفعله بعض الناس من صيام رجب كله، كما كنا نرى ذلك في الأرياف من
قبل، فقد رأيت بعض الناس يصوم رجب وشعبان ورمضان والأيام الستة من شوال، ويسمونها
"الأيام البيض" وبعد ذلك يفطر، ويكون عيده في اليوم الثامن من شوال…
وتكون حصيلة صيامه هذه الشهور الثلاثة والأيام الستة المتواصلة، لا يفطر إلا يوم
العيد. وهذا لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة ولا عن السلف
الصالح. فالأولى صيام أيام وإفطار أيام، لا التتابع في الصيام.
وكل
خير في اتباع من سلف وكل شر في ابتداع من خلف
فمن
أراد الاتباع، وأراد الثواب الكامل، فليتبع النبي صلى الله عليه وسلم، ولا يصم رجب
كله ولا شعبان كله. فهذا هو الأولى. وبالله التوفيق
[1]http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=8247&version=1&template_id=225&parent_id=17
Sunday, June 5, 2011
Professional Menang, Ulama Tersingkir
PROFESIONAL
MENANG, ULAMA’ TERSINGKIR
Itu
adalah tajuk utama berita Mingguan Malaysia hari ini.
“kumpulan
Pro Anwar kuasai PAS”…. Tajuk kecilnya.
Barangkali
juak-juak UMNO sekarang bersukaria meraikan kejayaan mereka membuat reverse
psychology kepada penyokong dan
pendokong PAS sudah berjaya.
Akhirnya
Ulama’ tidak dilantik lagi.
Huh…Jauh
panggang dari api.
Tak
perlulah berangan anda berjaya. Kami punyai sikap yang jelas terhadap kamu.
Sudah
terang lagi bersuluh apakah sikap UMNO terhadap Ulama’, namun kenapakah
menghampiri Muktamar PAS kali ini UMNO
begitu ghairah menyokong kepimpinan Ulama’?
Megambil
semua kenyataan-kenyataan untuk menyokong supaya kepimpinan Ulama’ (dengan
maksud UMNO) dikekalkan…
MENARI
MENGIKUT TARIAN MUSUH
Namun,
tidak dinafikan di peringkat segelintir ahli yang menari dengan tarian UMNO.
Kedengaran..
“Eh,
takpe ke Abang Mat naik Jadi Timbalan Presiden? Nanti kalau Tok Guru Haji Hadi keluar negara
sapa yang akan ganti untuk menjawab bagi pihak PAS?” Bunyi si A yang tidak
beriman dengan UMNO.
“Abang
Mat memang la diakui dia tu hebat, aktivisme dia tu memang dahsyat la…. Itu
memang tiada keraguan…. Tapi, boleh ke dia bagi pengisian agama kat kita?
Dalil-dalil dia ingat ke?” Kata si B yang bermusuh dengan Utusan Malaysia.
“Naib-naib
Presiden semua bukan Ulama’? Aduhh…. Macamana nie? Betul la diorang tu menerima
tarbiah dari PAS, dari ulama’-ulama’ kita, tapi….. aduuuhh. Takpe, nanti kita
minta supaya Presiden menggunakan kuasa yang dia ada untuk melantik
pemimpin-pemimpin yang berstatus ulama’” Kata si D yang sangat anti dengan
perangai UMNO yang suka mengadu domba tu….
Thursday, May 26, 2011
PENILAIAN TERHADAP KENYATAAN IBRAHIM ALI
Ibrahim Ali, Presiden PERKASA (NGO berfikrah UMNO) merangkap Ahli Parlimen bebas Pasir Mas ketika menyampaikan ceramah di Kampung Changkat, Gombak ada membuat pengisytiharan seperti berikut:[1]
- Akan melancarkan “perang jihad” jika mereka (komuniti Kristian )meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
- “Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan. “Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi, jika mereka adakan perang salib, kami boleh.
- “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,”[2]
Thursday, May 5, 2011
MENENTANG PENGGABUNGAN PAS DAN UMNO IALAH KHAWARIJ?
Berikut adalah sebahagian
daripada isi buku “PAS BUKAN KHAWARIJ” (masih dalam penulisan).
Penulis luncurkan awal untuk bacaan semua pihak memandangkan ia memerlukan
penjelasan segera. Sebarang komentar
samada kesilapan atau kelemahan mohon dipanjangkan kepada ulamakselangor@gmail.com
"Menentang perpaduan UMNO PAS ialah pengkhianat Islam..."
Hal ini boleh dilihat dalam kenyataan yang dibuat
oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Mat jaya sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan
Malaysia 4 Mei 2011. Berikut adalah laporan tersebut:
Selain itu beliau berkata, ."..mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam..."
“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






