Monday, April 25, 2011

Menanam Cip Dalam Otak Manusia...Boleh Ke?!!

Assalamualaikum,
Ustaz, apa hukumnya menanam cip dalam otak manusia untuk meningkatkan kadar keupayaan berfikir manusia?


Jawapan:
Alhamdulillah dan solawat serta salam atas junjungan Baginda SAW. Wa ba’du
(Soalan ini dilontarkan dan sudahpun dijawab oleh seorang Ustaz mengatakan ia adalah harus. Berikut adalah pandangan saya)

Sunday, April 10, 2011

Sanggahan Terhadap Pandangan Tun Dr Mahathir Berkenaan Judi Bola

TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini adalah  untuk membuat penilaian semula terhadap pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan judi bola. Adakah pandangan beliau selari dengan Islam atau sebaliknya.

LATARBELAKANG ISU

Tun Dr Mahathir berpandangan bahawasanya judi ini hanyalah dilarang untuk orang Islam sahaja namun tidak dilarang dalam agama lain. Dari itu, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia haruslah  meraikan kepelbagaian ini. Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh seorang yang berugama Islam tidak boleh untuk mengharamkan judi bola ini hanya kerana Islam mengharamkan perjudian. Maksud kenyataan ini boleh didapati dalam akhbar The Sun bertarikh 1 Jun 2010 pada halaman 2 atau boleh melayari laman sesawang http://www.thesundaily.com pada carian bertajuk Haram only applies to Muslims: Dr M.