LATARBELAKANG ISU
Kebelakangan ini isu email berantai berkenaan larangan pengucapan salam kerana ia bukan daripada ajaran Islam, bye bye adalah salah satu daripada jarum Pope untuk mengkristiankan umat Islam, a’kum dan banyak lagi kelihatannya semakin menimbulkan kegusaran umat Islam.

Kesan daripada email berantai ini sehingga menimbulkan kegusaran sesama muslim bahkan bukan islam. Antara respon yang diperolehi ialah seperti berikut:
Maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
KOMENTAR
Ayat al-Quran penuh untuk maksud di atas ialah seperti berikut
TAFSIRAN
Al-Imam Alusi dalam mengatakan maksud فَاصْفَحْ ialah فأعرض yang bermaksud berpalinglah, beredarlah atau tinggallah1
سَلَامٌ
Al-Imam Alusi menyatakan seperti berikut
AL-Imam Ibn Kathir menyebutkan dalam Tafsirnya
عَنْهُمْ
Menurut Ibn Kathir maksud فَاصْفَحْ عَنْهُمْ ialah orang musyrikin
AYAT YANG MEMPUNYAI MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
…dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Pengarang kitab al-Wasith ada menyebutkan seperti berikut:
Iaitu bermaksud apabila orang-orang jahiliah itu mencerca kamu dengan kebodohan dan kekasaran mereka, janganlah membalas seperti mereka, balaslah dengan cara yang paling baik
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
Imam Zamakhshari dalam kitabnya al-kasyaf ada mentafsiran ayat tersebut dengan mengatakan
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
Iaitu aku tidak akan menyakiti dan membencimu kerana perhormatan sebagai ayah.
Secara ringkas maksud dalam ayat-ayat di atas ialah sekiranya mereka semua mencaci kamu, janganlah membalas sebagaimana perkataan mereka, samada balaslah dengan cara dan perkataan yang lebih baik atau tinggalkan sahaja mereka.
ADAKAH سَلَامٌ SEMUANYA BERMAKSUD ‘TINGGALKAN’?
Tidak… bahkan salam merupakan kalimah yang mempunyai beberapa maksud seperti yang dibincangkan.
Antara contoh salam yang membawa maksud mendoakan dan ucapan salam ialah
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!.....
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu)…
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera!
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu"…..
"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
Mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".
Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
Semua ayat-ayat di atas membawa maksud samada lafaz salam (iaitu assalamualaikum) atau mendoakan kesejahteraan dan kebaikan.
RUMUSAN
Penulis mengirakan tidak perlu untuk diulas panjang kerana itulah ucapan salam yang terbaik.
KEMUSYKILAN KETIGA
Sekiranya berbahas berkenaan dengan antara dua di atas, yang manakah lebih baik, maka penulis kirakan yang pertamalah lebih utama. Ini kerana mengikut tulisan arab, huruf alif lam pada perkataan salam ialah alif lam asy-syamsiah
Namun, untuk mengatakan orang yang menjawab waalaikum salam (tanpa menyambung perkataan tersebut) adalah salah dan berdosa kurang tepat. Ini berdalilkan kepada ayat di bawah

Dan ayat di bawah

Boleh merujuk pada huraian sebelum ini.
KEMUSYKILAN KEEMPAT
Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.
KOMENTAR
Oleh kerana tidak dinyatakan asal bahasa perkataan tersebut, penulis tidak mampu untuk mendapatkan pengesahan maksudnya.
PENUTUP
Islam sangat cantik dan sempurna dalam menguruskan kehidupan. Di dalam Islam dilarang menyambung-nyambung cerita yang tidak pasti asal-usulnya, dilarang untuk menyakiti hati sesama manusia termasuk bukan Islam kerana mereka ialah saudara kita seinsan, dilarang juga untuk menimbulkan rasa gundah masyarakat kerana ialah akan membunuh semua jiwa.
Dengan sebab yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya…..24
- 1. maaf kalau saya mengganggu. kalau tak pernah belajar bahasa arab atau tak faham bahasa arab jangan main petik je. apa maksud salam sejahtera ? = selamat sejahtera. bukannya, selamat tinggal sejahtera...ini main ikut cakap orang je ni..maaf sekali lagi.
- 2. Do not use a public domain email such as this to touch on sentsitive issues. I am compelled to read your comments and response to the following
- Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope
- what are your sources??? When our PM is promoting the 1Malaysia concept and unity among races, your email such as this will surely hurt the feelings of many peace loving people like me.
- 3. Yes, i hv to agree with ###... this letter should not be posted here. I hv questions too... your sources- are they authentic?? Please dont write nonsense here, and it is very inappropriate. If you dont hv the authentic sources ( and you quote by hearssay- you are considered a liar... and a fasiq.
- 4. ta[pi...bagi saya ok jika benda ini ditujukan kepada yang beragama islam sahaja
- sebagai peringatan.....bukan diforwardkan kepada umum....kerana akan mengganggu perasaan dan sesitivity yang bukan islam...namun...sebagai orang islam...info ini amat berguna dalam kehidupan seharian.......bagi menjadikan diri lebih kenal kepada agama kita yang suci ini....
- namun, adalah lebih baik berhati2 dalam menuturkan kata-kata kerana perlu dihayati dulu kepada diri...dan diamalkan dulu....sebelum mengajar orang lain....kerana boleh jadi fasik jika disebarkan tanpa pengamalan terlebih dahulu....
- maaf...sekadar berkonsgi ilmu...dan diharap tidak menyinggung mana-mana pihak......
- 1. Untuk melihat adakah semua kenyataan-kenyataan di bawah (diambil dari email berantai ini) benar-benar mempunyai sandarannya dalam agama serta boleh dibuat hujjah. Penulis akan mengekalkan bentuk tulisan asal (kecuali nama-nama) tanpa melakukan sebarang perubahan dalam tulisan mahupun konteks :
- 1.1 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
- 1.2 Menurut ustaz #####, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
- Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
- 1.3 Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”
- 1.4 Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
- 1.5 Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
- 1.6 Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
- 1.7 Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
- Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi
- 1.8 Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
- 1.9 Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.
Maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
KOMENTAR
Ayat al-Quran penuh untuk maksud di atas ialah seperti berikut
{فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ}
Ayat di atas diambil daripada Surah az-Zukhruf ayat ke 89.TAFSIRAN
Al-Imam Alusi dalam mengatakan maksud فَاصْفَحْ ialah فأعرض yang bermaksud berpalinglah, beredarlah atau tinggallah1
سَلَامٌ
Al-Imam Alusi menyatakan seperti berikut
أي امرى سلام تسلم منكم ومتاركة فليس ذلك أمراً بالسلام عليهم والتحية وإنما هو أمر بالمتاركة
Yang dimaksudkan dengan salam itu bukanlah salam untuk memberikan perhormatan, tetapi perpisahan2AL-Imam Ibn Kathir menyebutkan dalam Tafsirnya
أي: لا تجاوبهم بمثل ما يخاطبونك به من الكلام السيئ، ولكن تألفهم واصفح عنهم فعلا وقولا
Iaitu janganlah membalas tohmahan dan cercaan mereka tetapi balaslah dengan baik atau tinggalkan mereka. 3عَنْهُمْ
Menurut Ibn Kathir maksud فَاصْفَحْ عَنْهُمْ ialah orang musyrikin
AYAT YANG MEMPUNYAI MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
{ وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلامًا}4
…dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Pengarang kitab al-Wasith ada menyebutkan seperti berikut:
أى : إذا خاطبهم الجاهلون بسفاهة وسوء أدب ، لم يقابلوهم بالمثل ، بل يقابلوهم بالقول الطيب
5
5
Iaitu bermaksud apabila orang-orang jahiliah itu mencerca kamu dengan kebodohan dan kekasaran mereka, janganlah membalas seperti mereka, balaslah dengan cara yang paling baik
{وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ}6
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
Imam Zamakhshari dalam kitabnya al-kasyaf ada mentafsiran ayat tersebut dengan mengatakan
توديع ومتاركة7
Ungkapan perpisahan
{قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا}8
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
يعني: أما أنا فلا ينالك مني مكروه ولا أذى، وذلك لحرمة الأبوة9
Iaitu aku tidak akan menyakiti dan membencimu kerana perhormatan sebagai ayah.
Secara ringkas maksud dalam ayat-ayat di atas ialah sekiranya mereka semua mencaci kamu, janganlah membalas sebagaimana perkataan mereka, samada balaslah dengan cara dan perkataan yang lebih baik atau tinggalkan sahaja mereka.
ADAKAH سَلَامٌ SEMUANYA BERMAKSUD ‘TINGGALKAN’?
Tidak… bahkan salam merupakan kalimah yang mempunyai beberapa maksud seperti yang dibincangkan.
Antara contoh salam yang membawa maksud mendoakan dan ucapan salam ialah
{ وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ...}10
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!.....
{وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ..}11
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu)…
{دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ...}12
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera!
{وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ...}13
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu"…..
{سَلَامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ}14
"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ}15}
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ}16}
Mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".
تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا}17}
Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ}18}
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ}19}
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
Semua ayat-ayat di atas membawa maksud samada lafaz salam (iaitu assalamualaikum) atau mendoakan kesejahteraan dan kebaikan.
RUMUSAN
- Sekiranya larangan untuk menaip ‘salam’ ketika menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) dilarang berdalilkan kepada ayat di atas, penulis mengirakan ia ijtihad yang kurang tepat (pada pandangan penulis) kerana ada banyak lagi ayat-ayat lain yang mengharuskannya.
- Sekiranya larangannya kerana ia adalah kerana perkataan nakirah (iaitu dalam isu ini tiada huruf alif dan laam pada awal lafaz salam itu), maka berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Imam Alusi ketika mentafsirkan ayat 79 Surah as-Soffat:
{ سلام على نُوحٍ } مبتدأ وخبر وجاز الابتداء بالنكرة لما فيه من معنى الدعاء20
- Ia adalah subjek dan predikat dan harus untuk memulakan percakapan dengan lafaz tersebut kerana ia adalah doa.
- Sangat penting apabila cuba untuk memahami al-Quran, hendaklah juga memahami konteks ayat tersebut. Ini kerana satu perkataan boleh membaca makna yang dilihat bercanggah (bagi orang awam). Sebagai contoh:
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ}21}
- Persoalan yang mungkin akan timbul ialah siapakah النَّاسَ yang pertama dan siapakah النَّاسَ yang kedua? Siapakah berada di posisi yang akan menyerang dan siapakah yang akan diserang. Maka, haruslah kita berhati-hati apabila menyebarkan perkara yang bersangkutan dengan al-Quran.
- Menurut ustaz #####, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
- Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Penulis mengirakan tidak perlu untuk diulas panjang kerana itulah ucapan salam yang terbaik.
KEMUSYKILAN KETIGA
- Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”
Sekiranya berbahas berkenaan dengan antara dua di atas, yang manakah lebih baik, maka penulis kirakan yang pertamalah lebih utama. Ini kerana mengikut tulisan arab, huruf alif lam pada perkataan salam ialah alif lam asy-syamsiah
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan dibalas dengan
وَعَلَيْكُمُ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Namun, untuk mengatakan orang yang menjawab waalaikum salam (tanpa menyambung perkataan tersebut) adalah salah dan berdosa kurang tepat. Ini berdalilkan kepada ayat di bawah
{وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ..}22
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu)…
Dan ayat di bawah
{ وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ...}23
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!.....
Boleh merujuk pada huraian sebelum ini.
KEMUSYKILAN KEEMPAT
- Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
- Penulis kirakan boleh bersetuju dengan kenyataan di atas. Kenyataan salam dalam al-quran mempunyai dua fungsi samada saranan untuk membalas sebarang tohmahan, dan cercaan dengan kebaikan atau mendoakan kebaikan. Adapun kenyataan kedua di atas bukanlah dari ajaran Islam.
- Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
- Penulis mengirakan persoalan ini sudah terjawab pada kemusykilah pertama. Secara ringkasnya tidak ada masalah untuk menulis as-salam atau salam.
- Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi
- Saya cuba untuk mencari kesahan kenyataan berikut daripada laman-laman sesawang terjemahan seperti berikut:
- Tetapi saya tidak menemui satu pun yang membawa maksud sedemikian. Sekiranya para pembaca menjumpai maksud sebenar perkataan tersebut, penulis amat berharap agar ilmu itu dapat dikongsi bersama pembaca yang lain.
- Ini tidak bermakna penulis bersetuju dengan penulisan sedemikian. Penulis tetap tidak bersetuju dengan cara penulisan sedemikian. Cara penulisan sedemikian hanya akan merosakan bahasa dan pemahaman sahaja. Namun, ia juga tidak member makna kita boleh mentohmah mereka dengan pelbagai tohamahan atau cerita yang tidak pasti. Kedua-dua situasi di atas adalah dilarang. Tulislah dengan penuh integriti kerana kita adalah umat islam yang mempunyai integriti.
- Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
- Memandangkan kenyataan di atas tidak menyatakan asal perkataan tersebut, penulis menjangkakan ia diambil daripada bahasa inggeris. Penulis merujuk dua kamus atas talian di bawah:
- dan berikut adalah penemuan penulis:
bye- in by- (also bye-)
- …subordinate; incidental; secondary…
bye1
- …the transfer of a competitor directly to the next round of a competition in the absence of an assigned opponent…
bye2
- …short for goodbye…
- Dan penulis tidak menemui terjemahan seperti di atas.
Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”
KOMENTAR
Oleh kerana tidak dinyatakan asal bahasa perkataan tersebut, penulis tidak mampu untuk mendapatkan pengesahan maksudnya.
PENUTUP
Islam sangat cantik dan sempurna dalam menguruskan kehidupan. Di dalam Islam dilarang menyambung-nyambung cerita yang tidak pasti asal-usulnya, dilarang untuk menyakiti hati sesama manusia termasuk bukan Islam kerana mereka ialah saudara kita seinsan, dilarang juga untuk menimbulkan rasa gundah masyarakat kerana ialah akan membunuh semua jiwa.
{مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا}
Dengan sebab yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya…..24
Mudahkanlah, jangan sukarkan
Berikanlah khabar gembira, jangan menakut-nakutkan
Kerana,
Itulah fitrah dalam beragama.
Sangat baik komentar anda.
ReplyDelete