Thursday, May 26, 2011

PENILAIAN TERHADAP KENYATAAN IBRAHIM ALI


Ibrahim Ali, Presiden PERKASA (NGO berfikrah UMNO) merangkap Ahli Parlimen bebas Pasir Mas ketika menyampaikan ceramah di Kampung Changkat, Gombak ada membuat pengisytiharan seperti berikut:[1]

  1.  Akan melancarkan “perang jihad” jika mereka (komuniti Kristian )meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
  2.  “Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan. “Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi, jika mereka adakan perang salib, kami boleh.
  3. “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.  
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,”[2]

ANALISA

Sumber Berita

Ibrahim Ali memberikan respon melancarkan perang jihad sekiranya menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia hasil daripada laporan berita yang dibuat oleh Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011. Laporan Utusan ini diambil dari dua blog individu-individu tertentu.[3]

Memandangkan Ibrahim Ali merupakan orang yang sangat mempercayai laporan Utusan Malaysia[4],maka berita itu diterima bulat-bulat tanpa ada usul periksa bahkan sanggup untuk menumpahkan darah untuk mempertahankannya. Tidak perasankah beliau kenyataan yang dibuat dalam akhbar utusan tersebut yang berbunyi:
"Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.[5]"

Dan Utusan Malaysia bukan merupakan pendedah utama, tetapi mengambil dari blog individu-individu tertentu yang tidak dapat dipastikan tahap kebenarannya.

Ajaran Islam

Islam mengajarkan apabila berlaku situasi seperti ini :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ[6]

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu PEMBERITA YANG TIDAK JELAS STATUS KEBENARANNYAmembawa sesuatu berita, maka SELIDIKILAH (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

PERANG SALIB

Tiada sesiapa pun yang mengisytiharkan untuk melancarkan perang salib kecuali beliau sendiri.

Perang salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Misi asal tentera salib adalah menawan Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain dari matlamat sampingan seperti menawan Kota Constantinople.[7]

Maka secara asasnya, perang salib ialaah peperangan yang melibatkan pertumpahan darah. Dengan mengqiaskan semangat Solahuddin al-Ayyubi pada diri beliau sangatlah tidak tepat…Lihat sahaja sumber maklumat yang beliau perolehi. Itu sahaja sudah cukup untuk menolak qias beliau dari kacamata Islam. Ditambah lagi dengan kenyataan beliau untuk sanggup bermandikan darah dalam peperangan ini menunjukan kedangkalan beliau dalam memahami fiqh jihad.

Namun, beliau akhirnya malu dengan kenyataannya sendiri. Beliau dilihat cuba untuk mengalih maksud jihad itu kepada maksud yang lain. Lihat kenyataan beliau di bawah dalam akhbar Utusan Malaysia (22 Mei 2011):

Jihad dalam Islam membawa pengertian yang amat luas dan bukan sahaja berperang mengangkat senjata.

Kenyataannya mengenai jihad sebelum ini telah disalahtafsirkan oleh pihak tertentu dengan hanya melihat dalam ruang yang sempit iaitu berperang sahaja, semata-mata untuk mencapai matlamat politik.

"Cuma ada orang keliru dengan pengertian jihad, ia bukan semata-mata berperang tumpah darah. Dalam konsep Islam jihad ada banyak bentuk melalui lisan, tulisan dan banyak lagi, menyatukan umat Islam juga satu jihad,"[8]

Penulis tidak bercadang untuk menghurai panjang. Pembaca yang budiman boleh membandingkan sendiri semua kenyataan yang dibuat olehnya. Terang lagi bersuluh yang beliau menyeru kepada jihad qital pada awal kenyataannya. Ludah sendiri terpaksa ditelan semula.

RESPON (daripada pihak kerajaan)

Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Menteri Dalam Negeri
Tidak menganggap Ibrahim seorang ekstremis tetapi merupakan pemimpin yang mempunyai tahap pemahaman yang berlainan[9]

Lim Swee Guan, TIMBALAN Pengarang Sin Chew Daily
Sebelum ini beliau (Datuk Seri Nazri Aziz) mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan sekeras-kerasnya, tetapi sekarang apabila Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menganjurkan ‘perang jihad’, beliau menganggap itu adalah kebebasan bersuara dan dibolehkan.[10]

AJARAN ISLAM.

1.      Jihad qital (perang) memang ada di dalam Islam. Ia akan berlaku sekiranya Islam diancam secara kekerasan. Ia adalah common sense. Semua orang sekiranya agamanya diancam secara  kekerasan, maka mereka akan bertindak mempertahankan agamanya. Jihad perang ini boleh berlaku jika sumber maklumat ancaman tersebut konkrit (beyond reasonable doubt), bukan dengan sumber yang tidak pasti. Jihad perang merupakan jalan terakhir untuk mempertahankan agama. Islam amat menekankan perbincangan, diskusi, seminar dan lain-lain  untuk mencari penyelesaian yang bersifat menang-menang (dengan tidak menggadaikan prinsip-prinsip Islam). Dari itu, para sahabat bukan Islam di Malaysia, JANGANLAH terpengaruh dengan pemahaman Islam seperti ini.

2.      Sebenarnya isu ini tidak perlu untuk diulas pun, apatah lagi untuk ditulis makalah ilmiah untuk menolaknya kerana semua rakyat tahu ia tidak benar dan tindakan itu salah, bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Cuma, penulis khuatir dalam jutaan rakyat Malaysia, ada beberapa orang khususnya bukan Islam akan percaya bahawasanya ajaran Islam adalah seperti tindakan puak-puak ini.

PAS sebagai Parti Islam di Malaysia membawa pendekatan sederhana seperti ini. Ia bersifat menang-menang. Kami akan menyantuni semua rakyat di Malaysia sebagai saudara kami seinsan, semua rakyat mempunyai hak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing akan kami pertahankan. 
Dari itu, izinkan kami untuk membuatkan anda terasa aman dan harmoninya berada di bawah pemerintahan mengikut acuan Islam.

BERIKAN KAMI PELUANG

Al-Faaqir fi al-'ilm
Mohamad Ridhauddin

[1] http://www.pribumiperkasa.com/?p=5556
[2][2] http://malaysiakini.com/news/165153
[3]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[4] http://www.pribumiperkasa.com/?p=5596
[5]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[6] Al-Hujurat: 6
[7] http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib
[8]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm
[9]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
[10]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

No comments:

Post a Comment