Tuesday, June 7, 2011

Bersenilah dalam Rejab


Sebagaimana yang dijangka, dengan kedatangan bulan ini maka pastilah frequent asked question (FAQ)  samada berbentuk verbal ataupun bertulis akan memenuhi ruang soalan selepas kuliah ialah
“Ustaz, boleh tak puasa bulan ni?”Tanya si A.
“Ustaz, ada ustaz tu kata puasa penuh pada bulan ini bid’ah dan berdosa, betul ke? Tanya 
si B
“Pelik ye, sudah hampir berpuluh tahun kita hidup tetapi setiap kali tibanya Rejab, persoalan boleh tak puasa bulan ini, bid’ah ataupun tidak dan pelbagai lagi masih lagi ditanya. Pelik bin ajaib lagi, setiap tahun soalan itu akan timbul di tempat yang sama dan orang yang sama” jawab saya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Samada kita menjadikan ia agenda adat untuk bertanya sebab tidak ada orang bertanya dalam sesi soal jawab kuliah atau semasa sesi santai selepas kuliah, tetapi perbuatan ini perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Bagus untuk bertanya, sangat digalakan, silakan.. tetapi sekiranya soalan itu soalan yang sama dari orang yang sama hampir setiap tahun, ia bukanlah tindakan yang  bijak”

Namun, tidak mengapa..tanyalah, insyaallah  akan dijawab oleh para ustaz dengan kadar ilmunya.

Pada pertanyaan itu barangkali akan memberikan ketenangan.

Meraikan

Setiap individu bernama muslim sewajarnya menjadikan dirinya sebagai penda’wah dalam menangani sebarang perkara, bukan sebagai hakim yang hanya membetulkan dirinya sahaja, orang lain semua disalahkannya.

“Bid’ah dan berdosa sekiranya puasa bulan ini secara berterusan. Nabi tidak pernah puasa macam tu. Dosa-dosa ini boleh bawa ke neraka” pesan seorang ustaz ini.

Kuat nadanya.

‘Sentot’ (bahasa kampung penulis yang bermaksud terasa lemah secara mengejut) mak cik pencen yang baharu bersemangat untuk upgrade ibadatnya. Sebelum ini seorang manusia yang bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran, hari ini aku nak puasa pun tak boleh.

“Habis tu macamana?” seorang datin mengeluh. Rambutnya mengembang di hadapan dengan tudungnya di bahagian belakang kepalanya.

Ala-ala seorang menteri gitu….

Dalam situasi masyarakat yang semakin kurang untuk berpuasa sunat, dalam atmosfera hiburan adalah kiblat kehidupan… tiba-tiba ada individu yang mengenepikan seni dalam menyampaikan hukum, dalam berda’wah. Kekhuatirannya ialah kebanggaan individu tersebut menyampaikan hukum tetapi masyarakat terasa gundah dengan jawapannya.

Bersenilah.

Bersenilah dalam berda’wah.

Pada seni itu ada tarikan.

Pada seni itu boleh memberikan ketenangan.

Berapa ramai manusia tanpa mengira agama dan latarbelakang boleh bersatu pada titik MAHER ZAIN.

Kerana seni suaranya dan lagunya.

Berapa masyarakat dunia boleh melekat dan bersatu pada titik IMAM MUDA terbitan ASTRO
Kerana pendekatan kemodenannya.

Dan berapa ramai pula orang boleh melekat dan bersatu pada titik seorang ustaz, penyampai agama?

Ada jawapan……?

Kerana kehilangan seni itu…

Teranglah agama dengan penuh kesopanan dan kelembutan.
Penanya soalan itu adalah pelanggan bagi seorang penda’wah. Justeru, untuk mendapatkan pengi’tirafan MQA, ISO dan pelbagai lagi, bagaimanakah cara yang sepatutnya kita menyantuni pelanggan?

Hati yang diisi dengan keinsafan agama itu sukar menerima ‘kekerasan’ dan hukuman tanpa alasan.

Adakah sukar untuk mengatakan

“Makcik, larat ke makcik nak puasa penuh 3 bulan berturut-turut. Kesian makcik nanti. Kalau makcik nak puasa juga, saya ada cadangan untuk puasa yang lebih baik dari itu, mak cik puasa sehari dan berbuka sehari…buatlah macam tu. Nabi Daud puasa macam tu..ok tak”

Berikan informasi yang pelanggan perlu, bukan apa yang kita tahu semuanya dimuntahkan.


Pandangan Ketua Ulama’ Sedunia

Penulis luncurkan untuk bacaan pembaca sebagai makluman asas berkenaan hukum berpuasa pada bulan Rejab. Metod terjemahan yang penulis buat adalah terjemahan bebas (yang bermaksud tidak terjemah setiap perkataan, hanya menterjemah maksud-maksud utama sahaja)

Puasa pada bulan Rejab ini sah bahkan digalakan. Tetapi tidak ada dalil yang menyatakan Nabi SAW berpuasa penuh sebulan. Paling banyak Nabi SAW berpuasa selain bulan Ramadhan ialah bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa penuh.

Bulan-bulan yang lain Nabi SAW berpuasa dan berbuka. Maka yang terbaik, ikutilah sunnah ini. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.

Dilampirkan matan Sheikh Qaradawi yang penulis rujuk.[1]

لم نتعرض لصيام رجب في الحديث الذي سمعه الأخ منا، وإنما قلت فيه بأنه من الأشهر الحرم، والصيام في الأشهر الحرم مقبول ومستحب، على كل حال. ولكن لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه صام شهرا كله، سوى رمضان. وكان أكثر ما يصوم في شهر شعبان، ولكن لم يكن يصومه كله، وهذه هي السنة النبوية في ذلك… فإنه كان يصوم ويفطر في سائر الشهور، وكما ورد "كان يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم" فما يفعله بعض الناس من صيام رجب كله، كما كنا نرى ذلك في الأرياف من قبل، فقد رأيت بعض الناس يصوم رجب وشعبان ورمضان والأيام الستة من شوال، ويسمونها "الأيام البيض" وبعد ذلك يفطر، ويكون عيده في اليوم الثامن من شوال… وتكون حصيلة صيامه هذه الشهور الثلاثة والأيام الستة المتواصلة، لا يفطر إلا يوم العيد. وهذا لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة ولا عن السلف الصالح. فالأولى صيام أيام وإفطار أيام، لا التتابع في الصيام.
وكل خير في اتباع من سلف  وكل شر في ابتداع من خلف
 فمن أراد الاتباع، وأراد الثواب الكامل، فليتبع النبي صلى الله عليه وسلم، ولا يصم رجب كله ولا شعبان كله. فهذا هو الأولى. وبالله التوفيق




[1]http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=8247&version=1&template_id=225&parent_id=17

No comments:

Post a Comment