Hari
Ini saya membaca suratkhabar Utusan MelaNO (Melalut UMNO).
Loya
ada, menyampah ada.
Sakit
hati ada, geram pun ada.
Yang
pastinya sedetik gembira pun tidak menyinggah di hati saya apabila membacanya.
MUHYIDDIN
YASSIN DAN PERANG PSIKOLOGI.
Menarik.
1.
Kerajaan
Barisan Nasional (BN) tidak akan terjebak dengan perang psikologi yang
dilancarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memenuhi impian pembangkang
ke Putrajaya.
2.
Tindakan
Kit Siang menguar-uarkan kononnya pembangkang akan menguasai 11 negeri dalam
pilihan raya umum akan datang, sebenarnya hanya permainan psikologi untuk
membentuk fikiran rakyat agar menyokong mereka.
3.
“Itu
perang psikologi. Mereka mahu membentuk persepsi dalam fikiran rakyat bahawa
tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia mainkan psikologi
menang...sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan.
“Kita tidak akan terjebak kerana yang penting kita harus
percaya pada rakyat bahawa dasar perjuangan BN masih relevan.
‘‘Kita telah mula sejak sekian lama dan melangkah ke depan
dengan transformasi politik dan ekonomi, ini semua akan memberi impak yang
besar... ini yang dibimbangi oleh Kit Siang,”
4.
Hakikatnya
pembangkang yang merasa bimbang bahawa peluang untuk menawan Putrajaya akan
terbantut kerana trend pilihan raya kecil menunjukkan kemenangan akhir-akhir
ini mula berpihak kepada calon BN.
5.
“Mereka
(pembangkang) menang di beberapa tempat tetapi kalah di beberapa tempat. Mereka
rasa bimbang “laluan ke Putrajaya” ini akan terbantut, jadi mereka buat perang
psikologi, yakin rakyat tidak akan terjebak dengan dakyah dilemparkan namun tidak akan mengambil mudah terhadap pelbagai andaian yang dibuat oleh ahli politik veteran itu.
6.
PERANG
PSIKOLOGI MEDIA
Saya
pernah menulis dalam artikel yang lalu[2]
bagaimana dengan menggunakan perkataan tertentu boleh mengubah cara
memahaminya.
Nah,
sekarang, lihat pula bagaimana Utusan dan akhbar UMNO menggunakan perkataan
yang negatif atau konotasi yang akan menakutkan pembaca bagi
memahamkan kepada mereka bahawasanya memang pembangkang ini jahat atau maksud
yang seangkatan dengannya.
Saya
hanya akan menggunakan berita hari ini sahaja (29 Jun 2011) bagi menunjukan
peperangan tersebut.
UTUSAN
MALAYSIA 29 JUN 2011
Polis menyiasat sekiranya wujud
pembabitan unsur luar dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dipercayai
cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.
Polis kesan PSM sudah lama merancang
perkara tersebut. Tindakan boleh mengkucar-kacirkan negara itu perlu
disiasat mengikut undang-undang dan berlandaskan keperluan semasa.
2.
85 penyokong Bersih ditahan[4]
Seorang Senator dan dua warga
asing antara 85 individu yang ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti mempromosi
perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 di
seluruh negara sejak Jumaat lalu.
Selain itu, ada juga yang ditahan
kerana mengadakan perhimpunan haram, melakukan hasutan dan bertindak
mencetak risalah mengenai Bersih 2.
Jumlah tangkapan berkenaan
termasuk sekumpulan 31 penyokong Bersih yang ditahan di Pulau Pinang
kerana cuba menghidupkan fahaman komunis.
Berdasarkan pengalaman, Ahli
Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yakin kekecohan akan sengaja
ditimbulkan pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih) 9 Julai ini.
..kekecohan sememangnya
dirancang dalam perhimpunan-perhimpunan seperti itu bagi membolehkan dunia
memandang serong terhadap Malaysia.
…Datuk Zulkifli Noordin semalam
menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan haram tersebut bakal bertukar
menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.
“Keluar saja video yang
dikatakan mirip dirinya, Anwar terus minta diadakan perhimpunan ini.
Bersandarkan pengalaman, memang saya tahu ia melibatkan Penasihat PKR itu
termasuklah tarikh ia dilangsungkan.
..PSM[7]
dikesan bersekongkol dengan Castillo, 59, dan Young Song yang menjadi ejen
antarabangsa untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.
Castillo mempunyai kaitan dengan Parti
Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan
bersenjata manakala Young Song pula merupakan ahli pertubuhan 18 Mei di
Korea dan hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang
berpangkalan di Amerika Syarikat.
BERITA
HARIAN 29 JUN 2011
1.
Anasir asing meresap[8]
Penahanan dua warga asing di
Johor pada Sabtu lalu kerana disyaki ada kaitan dengan penganjur perhimpunan
haram pada 9 Julai ini menunjukkan anasir asing sudah meresap masuk
dalam kumpulan pengacau itu untuk kepentingan peribadi dan menyebarkan
ideologi politik tertentu.
Beliau turut memberi amaran
supaya jangan membuat provokasi[9]
seolah-olah sengaja memaksa kerajaan menahan mereka mengikut Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian mengkritik kerajaan kerana
menggunakan akta itu.
MSTAR
29 JUN 2011
1.
Polis Serbu Sekretariat Bersih
Polis Selangor pada Rabu menyerbu
sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di sini, yang dipercayai dijadikan
tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.
Polis merampas beratus-ratus
helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.
Pemandu-pemandu teksi di ibu kota
dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya
Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini, kata Pengerusi Persatuan Teksi
Eksekutif Malaysia, Azmi Mohd Yatim.
..memberi amaran, tindakan
akan diambil kepada ahli-ahli persatuan jika berdegil dan menyertai perhimpunan
haram berkenaan.
..pengalaman pahit pemandu teksi
pada tahun 1998 dan 2007 ekoran demonstrasi jalanan di ibu kota seharusnya
dijadikan tauladan oleh semua pihak terbabit kerana pendapatan mereka
terjejas teruk.
"Malah sudah tentu polis
akan buat sekatan jalan keluar dan masuk ke ibu kota, dan ini menyukarkan kami
untuk membawa penumpang,[11]
Rosnah berkata sebarang usaha
untuk melakukan demostrasi haram haruslah disekat dan pihak berkuasa perlu
mengambil tindakan tegas terhadap dalang disebalik penganjuran itu.
Malah penganjuran demonstrasi
jalanan terbukti tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada negara
sebaliknya ia akan mendatangkan kesan kepada pemandu teksi dan peniaga lain.
- Ramai
Bantah Perhimpunan Haram 9 Julai[12]
Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak
sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak
bersih.
"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan
berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
(Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan
kegiatan 9 Julai ini. "Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat
dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang
melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Bersih dipergunakan
oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan
tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.
Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM)
Datuk Yusuf Hamdain Diego
"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal
menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang
selama ini menyerlah di mata dunia.
Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan)
Syed Anuar Syed Mohamad Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain
harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan
dan ekonomi sesebuah negara
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee
"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan
kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang
kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat
seperti peniaga kecil dan pemandu teksi"
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul
Aziz Abdul Rahman
"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun,
malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian
orang awam.
Seramai 14 orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pakatan Rakyat ditahan, Rabu selepas didapati mempromosikan
perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai
ini selain mendesak pembebasan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar.
Lapan daripada mereka didapati memakai kemeja-T Bersih manakala
enam lagi memakai kemeja-T Ubah .
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan
berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 25 Akta Polis dan Seksyen 511 Kanun
Jenayah.
Cukuplah
saya kirakan…
Tak
larat lagi dah nak cari, sebab terlalu banyak perang psikologi yang dilancarkan
oleh UMNO dan Barisan Nasional ini.
Dengan
pembaca harus membaca bersekali dengan artikel saya yang lalu dalam
http://ulamakpelapis.blogspot.com pada tajuk professional menang, ulama’
tersingkir, fokuskan kepada kenyataan Adolf Hitler.
Sekiranya
setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan ancaman ketakutan dan kebencian
keapda pembangkang, pastinya itu yang akan berlaku.
Sekiranya
saya seorang rakyat Malaysia yang tidak kisah sangat apa yang berlaku kepada pemimpin
saya, yang penting saya dapat hidup dengan aman, dapat bekerja dan
berkeluarga…. Dengan membaca semua ayat-ayat di atas, sudah pasti saya akan
ketakutan dan seterusnya akan menyalahkan pihak BERSIH 2.0.
Nah, siapa yang agresif mempromosi perang psikologi sekarang
ini?
PERANG
PSIKOLOGI GAMBAR
Pembaca
sekalian lihat sahaja suratkhabar Utusan edisi cetak hari ini, 29 Jun 2011.
Gambar yang digunakan untuk melaporkan tentang Anwar Ibrahim digunakan gambar
yang memperlihatkan beliau seorang yang sangat tidak mesra. Apabila pembaca
membaca cerita dan ayat-ayat yang diolah bagi menggambarkan kejahatan beliau,
ditambah lagi dengan gambar beliau yang tidak mesra, maka lengkap pakej pembunuhan
karektornya.
Pembaca
pernah menonton Winter Sonata? Hehe
Apakah
lengkap pakej heronya Bae Yong Joon ketika melakonkan babak sedih tanpa ada
muzik latarnya. Pastinya kelihatan janggal bukan?
Apakah
cukup hanya dengan gaya wajah yang sedih dan muzik yang mendodoi jiwa tanpa ada
props yang membantu menghidupkan suasana tersebut?
Pastinya
tidak bukan?
Maka,
utnuk kes Anwar ini, apakah cukup hanya dengan ayat yang power yang boleh
membunuh karektor tetapi menggunakan gambar seperti ini
Gambar
ini ditambah dengan ayat yang membunuh karektor akan melengkapkan apa yang
diinginkan oleh UMNO.
Pembaca
apabila membaca, dengan adunan semua di atas akan membina persepsi tersendiri.
Mengiyakan
tuduhan UMNO.
JANGAN
LUPA
Wahai
UMNO, Allah juga membuat perang psikologi kepada kamu.
Sekiranya
ada rakyat yang terpedaya dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang engkau
doktrinkan kepada mereka sehingga mereka menerima selapangnya, ini ayat Allah
untukmu
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا
أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada
masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan
sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada
Allah serta taat kepada Rasul Allah.
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Dan
mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi
kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami
dari jalan yang benar.
رَبَّنَا آَتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا
كَبِيرًا
"Wahai
Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah
mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Kami
percaya hari akhirat….Kamu?
Psycho
tak…
Mohamad
Ridhauddin
[1]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
[2]
http://ulamakselangor.blogspot.com/2011/06/professional-menang-ulama-tersingkir.html#more
[3]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
[4]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
[5]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
[6]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
[7]
Dan PSM adalah antara organisasi yang terlibat dengan BERSIH 2.0. Dengan
mewujudkan persepsi PSM cuba menghidupkan komunisme, maka semua organisasi
dalam BERSIH 2.0 akan dipercayai bersekongkol dengan komunisme. Dengan ini,
rakyat akan rasa terancam dengan kewujudan BERSIH 2.0 ini.
[8]
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anasirasingmeresap/Article/
[9]
Pembaca sila amati sorotan peristiwa ini. Ancaman dimulakan oleh Perkasa,
diikuti ramai menteri dan Pemuda UMNO dan terkini persatuan silat.
[10]
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_berita/20110629122531&sec=mstar_berita
[11]
Kerajaan berjaya mengunci persepsi rakyat
iaitu punca kesesakan ini ialah demonstrasi, bukan polis yang sengaja
membuat sekatan jalanraya. Padahal sewajarnya polis yang membantu para rakyat
menyampaikan hajat kepada Agong dengan mengawal jalanraya.
[12]
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_berita/20110629112318&sec=mstar_berita.
Tetapi melihat kepada undian di thestar beberpa hari yang lalu menunjukan lebih
sejuta pengundi di laman berkenaan (milik MCA) bersetuju diteruskan. Saya cuba
untuk akses semula kepada informasi tersebut, tetapi saya tidak lagi ketemu
maklumatnya, yang penulis ketemu hanyalah penafian oleh mereka http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/22/nation/20110622071603&sec=nation.
Namun pembaca boleh melihat di harakah edisi cetak terbaharu (ketika artikel
ini ditulis 29 Jun 2011) atau melayari http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/41305-missing-the-stars-poll-showing-99-support-for-bersih.
[13]http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_jenayah/20110629155824&sec=mstar_jenayah
No comments:
Post a Comment