Thursday, June 9, 2011

PAS dan Negara Berkebajikan

PAS DAN NEGARA BERKEBAJIKAN (Siri 1)



“Tak habis-habis lagi UMNO ni. Ada jer yang tak kena. Bila nak buat hudud, dikatanya tak boleh buat sebab ini hudud ala PAS bukan ajaran Islam[1], bila kita nak bincang, duduk bermuzakarah pasal isu hudud ni…tak nak pulak[2]” seorang sahabat saya, Asri membebel. Sambil tangannya membelek-belek suratkhabar UtusanMalaysia.

“Aku tak faham la dengan UMNO ni. Diorang nak apa sebenarnya?” tambahnya lagi. Sambil menghempas suratkhabar yang dibacanya.
Dia ni memang panas baran sikit orangnya.

“Hang tak faham?...Tak faham?.... Aku…..lagi tak faham.” Sabri, rakan sepengajian dari utara mengajuk salah satu dialok dalam rancangan Senario.
“Bila PAS nak buat Negara Islam, bising juga, tak izinkan buat[3] disuruhnya gugurkan[4], tak mampu buat la[5],[6], diperalat la[7], memperalat la[8], mengarut la[9] tak relevan la[10], nanti hak orang melayu akan dinafikan la[11] Bila nak bincang[12], tak nak pulak[13]buat muzakarah pula sesama diorang je[14] pastu kata PAS tersepit la[15], keseorangan la… Hai… gegham aih . Kalau dah UMNO, memang UMNO juga” Sabri yang duduk di sebelah kiri saya membuat luahan rasa.

“Sekarang ni bila nak buat negara berkebajikan,bising juga” tambahnya lagi sambil menghirup air kopi Radix yang ditempahnya.



RESPON UMNO BERKENAAN NEGARA BERKEBAJIAN

1.       Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada 4 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia memberikan respon berikut:

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga prinsip untuk menubuhkan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sejak sekian lama kini ditukar kepada konsep negara berkebajikan.

Pas juga dilihat tidak tetap pendirian apabila mengubah prinsip daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana mahu merealisasikan hasrat DAP dan PKR untuk memperjuangkan rakyat berbilang kaum di Malaysia.[16]

2.      Anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 4 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia memberikan kenyataan berikut:

Tindakan Pas yang sanggup menukar matlamatnya daripada menubuhkan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan membuktikan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk terus mendapat kepercayaan pakatan pembangkang.

Pas nampak sangat menggadaikan prinsip mereka demi pakatan pembangkang, malah mereka kini tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud sebaliknya bercakap hendak buat negara berkebajikan yang sudah lama Barisan Nasional (BN) lakukan.

"Saya percaya tidak mustahil satu hari nanti Pas akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (Pas) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa.”[17]

3.      Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pada 4 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malayu berkata

Perubahan 360 darjah itu membuktikan Pas kini bukan lagi sebuah parti Islam sebaliknya sebuah parti yang mengejar kuasa demi kepentingan dunia.

"Abdul Hadi tidak sebut soal negara Islam kerana takut kepada pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Presiden Pas lebih nak jaga hati DAP. Ia satu tragedi dalam sejarah yang mana Pas kini tersungkur dan menyembah DAP.

"Namun, kuasa yang dikejar hanya menguntungkan DAP. Nyata politik Pas kini ibarat menang sorak kampung tergadai,"[18]

4.      Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada 5 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malayu berkata:

Pas sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.

Pas yang selama ini konsisten memperjuangkan penubuhan negara Islam, secara tiba-tiba sanggup mengetepikan prinsipnya semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.[19]

5.       Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 5 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan berkata

Manifesto Pas untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan hanyalah satu penipuan dan gimik politik bagi meraih sokongan masyarakat pada pilihan raya umum akan datang.[20]

6.      Naib Ketua Pemuda UMNO merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Razali Ibrahim pada 5 Jun sebagaimana dilaporkan akhabr Utusan Melayu berkata

Pas tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan konsep negara Islam kerana yang lebih penting bagi parti itu kini adalah menjaga hubungan dengan rakan pembangkang yang lain.

Tindakan Pas mengetepikan perjuangan penubuhan negara Islam, jelas menunjukkan agenda sebenar parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa.[21]

7.       Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pada 5 Jun 2011 sebagaimana  dilaporkan akhbar Utusan Malaysia berkata:

Tindakan menukar agenda itu dilihat usaha Pas untuk mendapat kuasa setelah matlamat menubuhkan negara Islam tidak memberikan keuntungan politik.

Katanya, perubahan dalam kepimpinan Pas yang baru menunjukkan parti itu sedang memasuki satu proses ke arah sebuah parti yang sederhana dan ia perlu dilakukan dengan mengetepikan ulama dan memasukkan golongan profesional.[22]

8.      Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat dan bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris pada 5 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan akhabr Utusan Malaysia berkata:

Pas kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.[23]

TABIAT NABI APABILA DITOHMAH

Kisah tohmah-mentohmah para penda’wah ni bukan perkara baharu dalam sejarah perjuangan mendaulatkan Islam. Bahkan semenjak Nabi Allah Nuh lagi dah.

Nuuu zaman Tok Nadhok nuuu (bahasa Kedah yang bermaksud dah lama dah… ada tak ayat ini mengingatkan pembaca kepada seseorang? hehe)
Namun, kegagalan memahami tabiat gerakan para Nabi ‘alihimussalam dalam menangani propaganda, kelemahan menjiwai metodologi menangani reverse psychology lawan berdasarkan kisah para nabi, kejumudan segelintir pejuang memahami maqasid taktikal da’wah nabi-nabi membuatkan tidak sedikit semangat pendokong perjuangan ini rebah, penyokong gerakan Islam ini beralih arah apabila ditohmah.

Cuba kita perhatikan bagaimanakan tabiah Nabi Nuh apabila kena psycho (meminjam bahasa orang muda) Yb-Yb di zamannya

Kata salah seorang Yang Berhormat yang memegang jawatan dalam Kabinet kaum Nabi Nuh berkata
قَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".

Maka apa respon nabi Allah Nuh, berdiam diri? Tidak. Baginda menafikan.
قَالَ يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلَالَةٌ وَلَكِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.


Ilmu pertama:

Kiranya ditohmah, penafian segera itu merupakan tindakan yang paling utama perlu dibuat. Berdiam diri bermaksud setuju. Lambat menafi difahami ramai orang, sedang merancang untuk menipu.

Namun, common sense apabila ditohmah, maka si mangsa akan menafikan. Mana mungkin orang akan mengaku kelemahan dan kesalahan diri. Maka, Nuh melanjutkan kenyataan medianya bahawasanya baginda boleh ‘tahu’ masa depan (kaumnya akan diazab dengan bah) kerana panduan wahyu daripada Allah.

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنْصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.


Ilmu kedua:

Penjelasan ‘kekeliruan’ pada kenyataan yang kita buat. Lihat Nabi Allah Nuh, dalam ayat 59 sebelumnya, baginda mengatakan
“Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari yang kamu akan ditenggelamkan[24])"

Dalam situasi kaum Nabi Nuh, sudah lah tak nak beriman dengan seruan dan da’wah agar beriman kepada Allah, kemudian beritahu sesuatu yang hampir mustahil akan berlaku, di tempat bukan kawasan tadahan hujan, akan berlaku banjir?……apa barang (sekali lagi meminjam perkataan orang muda)

Kemudian, Nabi Allah Nuh menjelaskan lagi tujuan ‘gagasan’Baginda
أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَلِتَتَّقُوا وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?”

Ilmu ketiga

Kekuatan mempromosi manifesto. Kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diyakini kecemerlangannya, bahkan dilihat dan dirasai kecemerlangannya. Kebaikan sesebuah organisasi da’wah itu bukan hanya perlu disimpan di dalam almari, tetapi haruslah ‘diriya’kan’ dan ditonjolkan. Kerana zaman ini ialah zaman bukti.

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.                                            
  (ad-Dhuha: 11)


[1] Sila lihat akhbar Utusan Malaysia 18 April 2002 bertajuk Shukri Jelaskan Hukum Hudu Ala PAS Zalim, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=248808&tid=45&cid=3. Lihat juga kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz bertarikh 18 Jun 2002 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk Hudud Ala PAS Antara Isu Utama Perbahasan, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=145041&tid=45&cid=3, lihat juga kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan dasar presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia bertarikh 20 Jun 2002 dengan tajuk HUDUD ALA PAS TIDAK ADIL, KATA DR MAHATHIR, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74266&tid=58&cid=2.
[2] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74516&tid=58&cid=2
[3] Naib Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bertarikh 15 julai 2001, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=52547&tid=57&cid=2, dan ketiak beliau menjadi Presiden MCA pun memberikan kenyataan yang sama http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=26623&tid=84&cid=2.
[4] Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bertarikh 26 Okt 1999, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=129358&tid=42&cid=3.
[5] Pengerusi Barisan Nasional KelantanDatuk Annuar Musa bertarikh 21 Nov 1999,lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=58344&tid=55&cid=2, 
[6] Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Yusof Noor bertarikh 7 Sept 1999, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=120665&tid=42&cid=3, 
[7] Ketua Penerangan Umno Kelantan merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir bertarikh 10 Julai 1999, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=45223&tid=55&cid=2, 
[8] Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Julai 2001,lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=170304&tid=44&cid=3.
[9] Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad bertarikh 25 Oktober 1999, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=60245&tid=55&cid=2, lihat juga kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bertarikh 1 Okt 2001,lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=91112&tid=44&cid=3. 
[10] Pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 29 Mac 2003, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=69958&tid=59&cid=2, 
[11] Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 14 November 2003, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=84048&tid=46&cid=3, lihat juga http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=94915&tid=42&cid=3. 
[12] Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertarikh 5 Okt 2001,lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=88656&tid=44&cid=3. 
[13] Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 7 Okt 2001, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=167041&tid=44&cid=3, lihat juga kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bertarikh 6 Okt 2001,lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=228114&tid=44&cid=3.
[14] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=160779&tid=44&cid=3
[15] Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Zambry Abdul Kadir bertarikh 6 Okt 2001, lihat http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=228112&tid=44&cid=3
[16] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm
[17] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_41.htm
[18] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
[19] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
[20] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm
[21] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm
[22] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm
[23] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm
[24] Maksud asas ialah berlakunya hari kiamat, namun boleh juga diertikan sebagai hari akan berlaku bah,. Lihat Tafsir asy-Sya’rawi 1/2916. Maksud ini juga dkirakan tepat dengan melihat kepada penjelasan berkenaan hari yang besar itu pada ayat 64 Surah al-A’raf.

No comments:

Post a Comment