KAFIR-MENGKAFIR: DIA
DATANG LAGI
Kafir-mengkafir. Gambar hiasan. |
“Keluar lagi isu kafir mengkafir nie”
“Itulah letihnya berlawan dengan UMNO ni. Pimpinannya pun,
rasanya……. Ish malas nak sebut la. Takde sesiapa pun yang meniupkan api
kekafiran. Tiba-tiba sendiri mengaku ni apa ke hal?” Saya membebel sendirian.
Bermonolog.
“Rasa kalau nak menjawab secara ilmiah pun, rasa tak
berbaloi. Tak jawap, ramai pembaca baca suratkhabar ni. Hadooiii…… UMNO UMNO”
mengeluh sendirian.
Hari ini (10 Jun 2011) keluar muka hadapan suratkhabar
perdana berfikrah UMNO, Berita harian bertajuk “PAS kena minta maaf”
Berikut adalah antara isi ucapan Ketua UMNO Bahagian Pasir
Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada
sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej
Komuniti Wilayah Pantai Timur pada 9 Jun 2011[1]:
1. PAS
yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi menggantikannya
kepada negara kebajikan sewajarnya meminta maaf kepada UMNO kerana sering
menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk
mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.
2. PAS
patut minta maaf kepada UMNO sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam
menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan
perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara
kebajikan.
3. Malah,
selama ini pun mereka menyerang UMNO dengan mengatakan semua yang kita buat
tidak betul dan siapa yang tidak ikut mereka adalah kafir.
4. Rakyat
jangan sesekali terpedaya kerana sudah jelas PAS adalah sebuah parti politik
yang akan menghalalkan apa saja cara untuk kepentingan politiknya.
Gelihati pun ada. Geram pun ada.
Dalam banyak-banyak ahli politik UMNO, penulis merasakan Datuk
Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Temerloh
merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi[2]
adalah ahli politik bijak berbanding semua yang lain.
Walaupun berlainan ideologi, walaupun ada yang penulis tidak
bersetuju dengan beliau tetapi penulis melihat beliau berpolitik berasaskan hujjah, berdasarkan
kualiti produk dan tawaran…barulah ada kualiti memimpin.
ISU KAFIR MENGKAFIR
Isu ini menjadi modal UMNO semenjak zaman
Parameswara menemui pokok Melaka lagi….
Bermulatahun itulah, setiap tahun, secara konsisten mereka akan
menggoncangkan sendiri isu kekafiran itu… Kenapa?
Isu ini sangat berbahaya. Biarkan
golongan agamawan menanganinya.
Penulis dengan rendah diri tanpa
mengira latarbelakang fikrah dan pegangan politik menyeru semua pihak agar
jangan terlalu suka membangkitkan perkara ini lagi.
Jangan membangkitkan fitnah
yang sedang tidur ini. Sekiranya tiada siapa yang mengkafirkan kita secara
jelas, dan terang, jangan digoncangkan pokok itu.
Sekiranya ada orang yang berbuat
begitu, dapatkan penjelasan daripadanya secara matang. Isu kafir mengkafir
implikasinya syurga dan neraka. Hanya orang yang tidak beriman dengan Allah dan
hari akhirat sahaja yang sanggup bermain dengan isu ini.
Dari itu,bertaqwalah kamu kepada
Allah.
JAWAPAN
Selain daripada kenyataan Bapak
Menteri di atas, ia juga boleh didapati dalam satu kenyataan yang dibuat oleh
bekas ahli PAS, Aziz Jusoh kepada pemberita dalam satu “Majlis Selamat
Tinggal Pas” di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut
dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek
Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Kenyataan ini boleh
dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 3 April 2011[3].
Beliau mengatakan:
“Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO,"
Ia juga boleh didapati dalam kenyataan yang dibuat oleh Exco
Pergerakan Pemuda UMNO Shamsul Najmi Shamsudin dalam Wacana Pemuda bertajuk “Fatwa
Politik:
Antara Persoalan Akidah dan Kepentingan Politik Kepartian” yang
diadakan pada 18 September 2002 di Kuala Lumpur dengan mengatakan
…penyelewengan yang dilakukan oleh Pas telah berada pada tahap parah apabila ia sanggup mengkafirkan ahli UMNO.
"Sifat mengkafirkan orang Islam lain bukanlah amalan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebaliknya amalan puak penyeleweng seperti Khawarij,'' jelasnya.[4]
PENJELASAN
Kenyataan-kenyataan berkenaan mengkafirkan musuh politik
khususnya UMNO telah dijawab oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagaimana
yang dilaporkan oleh Harakah bertarikh 3 April 2011. Kenyataan itu berbunyi:
PAS mengakui pernah ada satu ketika
dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan
memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.
Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.[5]
Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.[5]
Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS
lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana.[6]
Selain itu, tidak ada mana-mana kenyataan rasmi daripada
mana-mana pimpinan PAS yang mengatakan bahawasanya UMNO itu kafir. Hal ini
pernah dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 18 Febuari 2011 dengan menyatakan:
Kenyataan ini adalah rentetan daripada kenyataan yang dibuat
oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya bertarikh 16 Febuari 2011 yang mengatakan
Tuan Guru Nik Aziz telah mengkafirkan orang-orang UMNO. Hal ini boleh dilihat
dalam perenggan-perenggan berikut:
3. Sehingga kita diadili
di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan
orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang
dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya
beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai
tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan
Nik Aziz yang dianya beriman.
7. Orang UMNO adalah orang yang
beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak
sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan
ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO
sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga
16. Sebaliknya apa yang keluar dari
bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan
menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka
sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan
syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak
perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat
tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran
agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan
Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan,
bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.[8]
Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan respon awal kepada
Harakah bertarikh 17 Febuari 2011 dengan mengatakan :
“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk
mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka
hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar
Kelantan di laman Twitter.
“Cukuplah saya berkata, saya simpati
dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,”[9]
Namun, pada 24 Febuari 2011, Tun Dr Mahathir sekali lagi
membangkitkan isu yang sama sebagai respon kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan bukti kepada tohmahan beliau.
Tun menyatakan bukti seperti berikut:
3. Kepada soalannya, dia
sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini".
Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya,
"apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz
tuduh UMNO kafir.
5. Tetapi sebelumnya dia
mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah
mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan
Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".
6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.
7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.
8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.[10]
ANALISA
Sekiranya dianalisa, tidak ada satu pun kenyataan Tuan Guru
Nik Abdul Aziz yang mengkafirkan UMNO. Adapun bukti-bukti yang dinyatakan oleh
Tun Dr Mahathir hampir semuanya berbentuk telahan sendiri.
Secara analoginya, dalam hukum perkahwinan Islam apabila
seorang suami melafazkan perkataan yang tidak jelas seperti
“Pergi balik la ke rumah mak bapak engkau, jangan engkau
balik ke sini lagi”
kepada isterinya selepas mereka bergaduh, maka menurut Islam
kenyataan suami tersebut haruslah mendapatkan pengesahan daripadanya terlebih
dahulu.
Adakah beliau memang memaksudkan cerai?
Atau memaksudkan tak suka tengok muka isterinya sahaja?
Atau satu lafaz yang tiada maksud (terhasil kerana sangat
marah)?
Maka, semua kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua Tuan
Guru (SEKIRANYA BENAR ADA )haruslah mendapat pengesahan daripada mereka terlebih dahulu.
Apakah mereka memaksudkan mengakfirkan?
Atau mereka memaksudkan menfasiqkan?
Atau mereka memaksudkan memunafiqkan?
Sekarang, kedua-dua Tok Guru MENAFIKAN pegangan PAS
mengkafirkan orang, maka tidak timbullah isu tersebut.
Kenapa….
UMNO
teringin sangat nak kena cerai ke?
[1]
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASkenamintamaaf/Article/
[2]
http://www.saifuddinabdullah.com.my/
[3]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
[4]
http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=140695&tid=45&cid=3
[5]
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29315:tangan-nik-aziz-tangan-syaitan-mohd-nor-idris&catid=1:utama&Itemid=50
[6]
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31650:yang-kafirkan-umno-sudah-tinggalkan-pas&catid=1:utama&Itemid=50
[7]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
[8]
http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html#more
[9]
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30906:semoga-mahathir-dapat-hidayah&catid=1:utama&Itemid=50
[10]
http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/bukti-mengkafir-umno.html#more
No comments:
Post a Comment