PROFESIONAL
MENANG, ULAMA’ TERSINGKIR
Itu
adalah tajuk utama berita Mingguan Malaysia hari ini.
“kumpulan
Pro Anwar kuasai PAS”…. Tajuk kecilnya.
Barangkali
juak-juak UMNO sekarang bersukaria meraikan kejayaan mereka membuat reverse
psychology kepada penyokong dan
pendokong PAS sudah berjaya.
Akhirnya
Ulama’ tidak dilantik lagi.
Huh…Jauh
panggang dari api.
Tak
perlulah berangan anda berjaya. Kami punyai sikap yang jelas terhadap kamu.
Sudah
terang lagi bersuluh apakah sikap UMNO terhadap Ulama’, namun kenapakah
menghampiri Muktamar PAS kali ini UMNO
begitu ghairah menyokong kepimpinan Ulama’?
Megambil
semua kenyataan-kenyataan untuk menyokong supaya kepimpinan Ulama’ (dengan
maksud UMNO) dikekalkan…
MENARI
MENGIKUT TARIAN MUSUH
Namun,
tidak dinafikan di peringkat segelintir ahli yang menari dengan tarian UMNO.
Kedengaran..
“Eh,
takpe ke Abang Mat naik Jadi Timbalan Presiden? Nanti kalau Tok Guru Haji Hadi keluar negara
sapa yang akan ganti untuk menjawab bagi pihak PAS?” Bunyi si A yang tidak
beriman dengan UMNO.
“Abang
Mat memang la diakui dia tu hebat, aktivisme dia tu memang dahsyat la…. Itu
memang tiada keraguan…. Tapi, boleh ke dia bagi pengisian agama kat kita?
Dalil-dalil dia ingat ke?” Kata si B yang bermusuh dengan Utusan Malaysia.
“Naib-naib
Presiden semua bukan Ulama’? Aduhh…. Macamana nie? Betul la diorang tu menerima
tarbiah dari PAS, dari ulama’-ulama’ kita, tapi….. aduuuhh. Takpe, nanti kita
minta supaya Presiden menggunakan kuasa yang dia ada untuk melantik
pemimpin-pemimpin yang berstatus ulama’” Kata si D yang sangat anti dengan
perangai UMNO yang suka mengadu domba tu….
Sahabat-sahabat,
Bukankah
saudara sedang termakan suapan musuh.
Saudara
mengatakan tidak percaya kepada UMNO, Utusan Meloya, Berita Hairan dan yang
seangkatan dengannya…. Tetapi anda bersetuju dengan label-label tersebut?
Saudara
tidak bersetuju dengan lidah, tetapi bersetuju dengan pemikiran dan hati.
Reverse Psychology
Dengarlah
apa yang Adolf Hitler kata:
"Tell
a lie often enough, loud enough, and long enough, and people will believe
you."[1]
(Tipulah
dengan kerap, secara jelas dan ulangkan dalam tempoh yang lama… MAKA ORANG AKAN
MEMPERCAYAIMU)
Nah,
sudah berapa lama UMNO memainkan isu Edogan tidak Erdogan, Ulama’ bukan Ulama,
professional bukan profesional’? Bertahun bukan. Isu ini dimainkan di semua
akhbar perdana negara yang menjadi bacaan utama penduduk Malaysia.
Minggu pertama
Kita mengatakan “ Istilah itu
diperkenalkan oleh UMNO. PAS tidak akan terperangkat dengan istilah-istilah
tersebut”
Minggu kedua
“ Di dalam PAS kami menggabungkan
antara professional dan ulama.”
Minggu ketiga
“ Atas apa latarbelakangpun kita
akan meraikan sesiapa sahaja untuk
memberi sumbangan kepada PAS samada professional, ulama’ mahupun kelompok
Erdogan”
Minggu keempat
“ Kami mahu Ulama’ dikekalkan
memimpin PAS. Ulama’ lebih utama memimpin berbanding professional kerana
sekiranya Tuan Guru Presiden tiada di dalam negara, maka timbalan presiden yang
akan mewakili PAS. Bagaimana mungkin dia akan dapat menjawab sekiranya bukan
dari latarbelakang agama”
Nah,
saudara bandingkan semua kenyataan-kenyatan di atas. Adakah ia konsisten dengan
kenyataan lalu yang kita ‘tidak termakan’ hasutan UMNO?
Amati
kenyataan Adolf Hitler.
Berhati-hati.
LAWAN
BERCAKAP DENGAN NAFSU
Lihatlah
kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh media UMNO. Lihat juga bagaimana mereka
menggunakan istilah-istilah dan perkataan-perkataan yang menimbulkan kebencian,
kerisauan atau kepuakan …
Pemimpin-pemimpin bukan ulama
yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang
diadakan semalam. [2]
Antara golongan ulama yang memenangi kerusi tersebut ialah Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Mohd. Amar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor,
Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali.
Sementara itu antara golongan profesional yang menang
ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Ahli Parlimen
Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Zulkefly Ahmad
dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.[3]
Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini
melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.[4]
Beliau (Zulkifli Nordin) berkata demikian ketika mengulas
mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam
Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas
Ke-57 semalam.[5]
Zulkifli menambah, apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali
ini juga adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon
pada pilihan raya umum akan datang.[6]
Kemenangan calon profesional membuktikan bahawa era kepimpinan
ulama di dalam PAS sudah berakhir dan tidak lagi dilihat relevan.Ia kata
beliau (Nakhaie Ahmad), mungkin ada kaitan dengan kemasukan kumpulan
profesional dan liberal dalam PAS yang mengharapkan satu tindakan konkrit
berbanding retorik yang sinonim dengan kumpulan ulama.[7]
Cukuplah
dibentangkan beberapa kenyataan untuk menunjukan hanya dengan menggunakan
istilah atau perkataan tertentu, ia boleh mewujudkan segmentasi dalam pemikiran
kita.
Samada
benci, gusar, keraguan kebarangkalian ia
berlaku atau pembentukan sikap kita terhadap pimpinan yang difikirkannnya tidak
sealiran denganya mudah terhasil hanya dengan kenyataan seperti ini. Ditambah
lagi dengan sikap tidak memahami seni berpolitik, hanya memahami bahasa
tersurat.
Kita
akan menafikan pada peringkat awal, tetapi sekiranya diulang-ulang (dalam
keadaan semua media negara milik UMNO) secara konsisten, apakah kita masih
boleh bernada yang sama.?
Berhati-hati
PENTING
PERKATAAN MEMATIKAN MUSUH
Janganlah
diingat bahawasanya ilmu reverse psychology ini hanya berlaku pada
zaman-zaman kebelakangan ini sahaja. Bahkan ia pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW.
Kejadian
1
‘Aisyah
isteri Nabi SAW menceritakan “ ada beberapa orang Yahudi masuk berjumpa Nabi
SAW lalu berkata “السام عليكم (celaka
ke atas kamu)”, maka ‘Aisyah yang mendengari dan memahami perkataan tersebut
berkata “عليكم السام واللعنة (dan
ke atas kamu juga berserta laknat). Baginda SAW bersabda “Sabar wahai ‘Aisyah,
Allah suka pada kelembutan pada semua keadaan”.
Kata
Aisyah, Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak mendengari perkataan mereka?”
Baginda
bersabda “ Aku sudah membalasnya dengan
mengatakan وعليكم (ke atas kamu juga kecelakaan itu)[8]
Pastinya
orang yahudi itu gembira sekiranya Rasulullah SAW membalas sebagaimana biasa,
tetapi rasulullah juga mematikan reverse psychology mereka dengan
penuh kelembutan. Perkataan itu kadangkala bunyinya baik, tetapi sekiranya kita
lemah memahami maksud lawan, kita akan tersungkur.
Kelembutan
yang psycho kadang-kadang boleh membunuh….. betul kan?
Kejadian
2
YAB
Dato’ Seri Abdullah bin Ubai bin Salul,
Presiden United Munafiqin Nation Organization (UMNO)[9]
dengan segala kelengkapan teknologi semasa memberikan ucapan di hadapan
pengikutnya
Presiden
UMNO ketika itu memberikan kenyataan media bahawasanya golongan yang hina itu
adalah Baginda SAW dan golongan yang mulia ialah mereka. Maka,
berbondong-bondonglah pengikut kumpulan itu bersemangat untuk menjatuhkan Nabi
SAW. Secara reverse psychologynya
semua pengikutnya akan merasa mulia kerana tiupan semangat tersebut.
Namun,
apakah itu hakikatnya? Allah jawab di hujungnya
“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Kejadian
3
Maka
Allah melarang para sahabat Nabi SAW untuk menggunakan perkataan raaina bermula
saat itu. Padahal para sahabat Nabi SAW sudah menggunakan perkataan itu
semenjak lama iaitu bermaksud “perlahan-lahanlah wahai rasulullah supaya kami
dapat memahaminya dan menghafaznya”. Rupa-rupanya di sisi orang Yahudi raa’ina
merupakan istilah dengan maksud yang hampir sama tetapi penggunaannya
berbeza,untuk menghina.
Dengan
menggunakan semua media massa yang mereka ada, mereka menggunakan istilah
tersebut untuk menghina rasullah SAW[10].
Lalu, Allah berpesan supaya jangan lagi menggunakan perkataan raa’ina tetapi
gunakan perkataan undzurna.
Nah,
Allah telah menunjukan jalan agar:
1. Jangan menuruti jejak langkah dan
istilah-istilah musuh. Profesional, Erdogan merupakan istilah dan nama tokoh
yang amat baik dan berjasa. Apatah lagi istilah ulama’. Tetapi ia dimainkan
musuh agar dilihat buruk.
2. Sungguhpun barangkali kita kebal
daripada terpengaruh dengan istilah-istilah ini, penulis tetap berpesan agar
jangan gunakan istilah ini secara umum berdasarkan dalil tadi.
3. Berhati-hati dengan perkataan
lawan.
HAKIKAT
KEMULIAAN
Dari
itu, untuk semua pejuang,mulakan derapan langkahmu….
Malaikat
penghitung sudah siap dengan penanya untuk menulis amanahmu atau khianatmu
untuk diganjari atau dihina di padang mahsyar nanti.
Jangan
digusarkan hinaan golongan yang menghina, jangan dibangga dengan pujaan sang
pemuja. Kerana hanya Allah yang tahu siapa yang selayaknya dihina dan dipuja.
سيروا
على بركة الله
Mohamad
Ridhauddin.
[1]
http://www.choice101.com/19-lies.html#CaughtInTheirOwnLies
[2]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
[3]
Ibid.
[4]
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm.
Nah, apa kaitan muktamar PAS dengan pengaruh DAP? Secara minda separa sedar
kita akan mengimbaukan Abang Mat Sabu
kita yang berbangga dengan Lim Guan Eng dan
amat rapat dengan Lim Guan Eng. Kemudiannya kita akan menepis dan
menafikan dengan mengatakan Abang Mat merupakan ‘otai’ PAS, takkan punyalah dia
terpengaruh dengan DAP(suara hati). Kaitkan dengan topics reverse psychology
tadi. Sekiranya lawan ulang-ulang banyak kali secara konsisten beserta
bukti-bukti yang dikatakan boleh menyokong hujah mereka…apakah kita masih akan
bernada yang sama? Berhati-hati….
[5]
Ibid.
[6]
Ibid
[7]
Ibid.
[8]
Sahih: al-Adab al-Mufrad oleh Imam Bukhari 1/164 hadis nombor
462.
[9]
Apa yang terlintas di minda pembaca sekarang? UMNO ini sama dengan UMNO
Malaysia bukan?
Itulah minda
separa sedar. Tanpa kita sedari kita menyamakan kedua-dua UMNO tersebut.
Sedangkan penulis memaksudkan UMNO yang diketuai oleh ‘Abdullah bin Ubai.
Penulis mengatakan United (pada istilah United Munafiqin Nation Organization-UMNO) ialah kerana mereka bersatu untuk
menentang Nabi SAW, Munafiqin pula kerana Allah yang berkata begitu dalam ayat 8 Surah al-Munafiqun, Nation
pula kerana antara sebab orang yahudi menolak Nabi SAW menjadi Nabi kerana
tidak berbangsa Yahudi (ta’asub bangsa) dan Organization adalah kerana
mereka bergerak dalam organisasi.
[10]
Tafsir al-Kasyyaf oleh az-Zamakhsyari 1/117.
No comments:
Post a Comment