Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: POLIS MEMBUAT TANGKAPAN

Hari ini saya dan saudara mara seramai 3 orang bertolak awal untuk ke Masjid Negara. Kami sampai berhampiran kawasan Muzium Negara dalam jam 10  pagi.

Seramai 10 orang lebih polis wanita mendekati kami dengan diperhatikan orang seorang polis trafik.Mereka meminta untuk diserahkan kad pengenalan setiap seorang. Kami setelah mengesahkan status mereka adalah polis menyerahkan kad pengenalan dan menjawab soalan-soalan yang ditanya mereka.

BERSIH 2.0: GAMBAR SEKITAR BERSIH



Gambar sekitar BERSIH yang diambil dari Malaysiakini.

https://picasaweb.google.com/104201905154669598873/Bersih2Rally090711?authkey=Gv1sRgCN2Bo8PKqdzNIQ#slideshow/5627221174632150834

Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0: MENGHITUNG SAAT


Hanya ada 27 jam sahaja lagi untuk berjumpa semua pencinta keamanan dan keadilan.

Selamat datang ke Kuala Lumpur dengan hati yang BERSIH.

Jangan membuang sebarang sampah dan kotoran kerana kita memang pemBERSIH.


Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0: DEMONSTRASI DALAM STADIUM




‘Demo dalam stadium? Apa barang” kata anak muda yang berselisih dengan saya semalam.

Pelbagai respon yang diberikan oleh rakyat kebanyakan berkenaan isu di atas. Ada yang bersetuju, ada yang membangkang , adajuga  yang buat protes dalam diam (silent protest), ada yang tersenyum lebar, perang psikologi akhirnya berjaya dan ada yang sedang merancang menabur racun seterusnya.

NAJIB DAN BERSIH

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0: HANYA GURAUAN

Hanya sekadar gurauan setelah minda kuat diasak dengan penulisan yang berat.




                                                   (Sila klik untuk bacaan yang lebih jelas)

Berehat sebentar sebelum terus melangkah untuk memBERSIH.

BERSIH 2.0: LIM GUAN ENG MENDISKRIMINASI MELAYU MUSLIM


Berikut adalah sebahagian dari isi buku PAS BUKAN KHAWARIJ.

Artikel ini dikeluarkan rentetan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pendemonstrasi UMNO (walaupun mereka menafikannya) ketika berdemonstrasi di Komtar Jumaat, 1 Julai 2011 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Julai 2011 yang lalu. Kenyataan itu menyatakan kerajaan DAP telah mendiskriminasi orang melayu di negeri itu.

Sebagaimana biasa, penulis akan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber utama, bukan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh musuh kepada sumber tersebut. Sekiranya kenyataan itu daripada UMNO, penulis akan merujuk kepada sumber-sumber UMNO, begitu juga sebaliknya agar dapat berlaku adil.

1.         PAS menyokong diskriminasi ekonomi Melayu dan India Muslim Pulau Pinang.
Manakala di Malaysia, semenjak 2008 gologan khawarij yang terdiri dari PAS dan PKR semakin menganas setelah menakluk beberapa negeri. Kita menyaksikan berbagai masalah yang berlaku di Penang, umat islam yang terdiri daripada melayu dan india muslim di tindas dan diruntuhkan perniagaan mereka satu demi satu yang akhirnya sekirannya berterusan pulau pinang akan menjadi seperti pulau singapura....pusat Dajjal dan maksiat.[1]

JAWAPAN

Sunday, July 3, 2011

BERSIH 2.0: BERDEMONSTRASI ADALAH BID’AH


SEKAPUR SIRIH

Untuk penulisan ini, penulis akan memfokuskan berkenaan dengan dalil larangan berdemonstrasi yang digunakan oleh segelintir golongan agamawan  yang cenderung kepada mengharamkan demonstrasi. Penulisan ini bertujuan bagi memberikan pandangan kedua dalam meneliti dalil keharaman yang digunakan oleh segelintir ulama’ ini.
 Insyaallah, penulisan-penulisan akan datang akan menjawab satu persatu dalil yang digunakan bagi mengharamkan demonstrasi. Penulisan ini akan menjadi agak separa akademik dengan laras bahasa orang awam agar ia dapat difahami dengan mudah.

METOD PENULISAN 

  1. Untuk makluman pembaca sekalian, fokus penulisan ini hanya akan tertumpu kepada dalil utama sahaja. Adapun hadis-hadis atau dalil-dalil lain yang berkaitan hanyalah sekadar menjadi bacaan atau makluman tambahan sahaja. Dari itu, penulis tidak akan menumpukan kepada perbahasan dalil-dalil yang lain, tetapi hanya akan menumpukan penulisan kepada dalil utama sahaja.