Saturday, July 2, 2011

BERSIH 2.0: MANA WATER CANNON?


Laporan suratkhabar hari ini, Utusan Malaysia 2 Julai 2011[1] bertajuk Demo bantah kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lebih 1,500 orang berarak dan berhimpun di beberapa jalan utama dan hadapan Komtar bagi membantah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menindas orang Melayu dan rakyat negeri itu.

Mereka yang memakai lilitan kain berwarna merah di kepala memenuhi jalan-jalan raya menyebabkan beratus-ratus kenderaan terpaksa berhenti.
Mereka yang merupakan pemimpin serta ahli dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai berarak selepas solat Jumaat sejauh enam kilometer bermula dari Masjid Melayu Lebuh Acheh menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Sambil berarak, mereka merentang sepanduk-sepanduk dan melaungkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Guan Eng.

Itik tersebut pada mulanya mahu diserahkan kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim sebagai simbolik bahawa pemimpin PKR itu hanya pandai bercakap tetapi hakikatnya tidak langsung mahu membela orang Melayu.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila kedua- dua itik itu dirampas polis.
Para peserta perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian dan meneruskannya di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang dengan kira-kira 20 orang berdiri sambil memegang kain rentang termasuk dalam bahasa Cina hampir setengah jam.
Kehadiran mereka di atas jambatan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing- masing menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari bahagian pulau menuju ke Seberang Prai.

Kemudiannya pada tarilh yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menafikan keterlibatan UMNO Pulau Pinang dengan mengatakan[3]:

Kita sedia maklum anggota UMNO di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau UMNO yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang.

Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terbabit dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri.

Sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

Tidak lama selepas itu, dalam laman web Utusan Malaysia bertarilkh 2 Julai 2011 jam 7.44 malam, melaporkan seperti berikut[4]:

Polis Pulau Pinang hari ini telah membebaskan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Penulis tertanya-tanya, adakah Ezam Mohd Noor itu, bukan UMNO ke? Katanya UMNO tak terlibat dengan demonstrasi itu….
Hmmm….

DEMONSTRASI AMAN?

Sekiranya ada orang mengatakan ini adalah demonstrasi aman, sila amati laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) berkenaan sikap menghina dan kekerasan yang diamalkan oleh para pendemonstrasi.[5]
Respon polis setakat artikel ini ditulis…belum ada.

FATWA DAN WATER CANNON

Penulis menantikan fatwa-fatwa yang akan keluar dari mulut para agamawan UMNO. Sebelum ini, acap benar penulis dengar hujah pengharaman demonstrasi BERSIH 2.0 melawan kerajaan persekutuan, sekarang penulis menantikan fatwa untuk UMNO pula yang melawan kerajaan Pulau Pinang, adakah ia harus.
Juga fatwa berkenaan dengan hukum menghina pemimpin. 

Eh, satu lagi…boleh tahan juga demo ini ye…..
Ada nampak water cannon tak?
Oooo kalau UMNO buat demonstrasi, tiada water cannon, kalau orang lain buat berpuluh water cannon beratur.
Menantikan 9 Julai nanti,
Kalau benar tiada halangan, tangkapan dan water cannon, memang penulis respect la UMNO….
Ada kebarangkalian ke UMNO buat macam tu?
Barangkali kiasan ini tepat untuk kamu.


JOM MEMBERSIH!!!





[1]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
[3] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOPulauPinangnafiterbabitdalamdemonstrasidiKomtar/Article
[4] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm
[5] http://www.malaysiakini.com/news/168704

No comments:

Post a Comment