Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0: DEMONSTRASI DALAM STADIUM




‘Demo dalam stadium? Apa barang” kata anak muda yang berselisih dengan saya semalam.

Pelbagai respon yang diberikan oleh rakyat kebanyakan berkenaan isu di atas. Ada yang bersetuju, ada yang membangkang , adajuga  yang buat protes dalam diam (silent protest), ada yang tersenyum lebar, perang psikologi akhirnya berjaya dan ada yang sedang merancang menabur racun seterusnya.

NAJIB DAN BERSIH
Laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2011 menyebutkan kenyataan Najib seperti berikut[1]:

Kerajaan boleh menyediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kumpulan itu enggan mematuhinya dan memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyedari ia bakal mengundang risiko amat bahaya kepada negara.

''Kalau mereka hendak kemukakan memorandum, cakap baik-baik dengan pihak berkuasa, KITA SANGGUP SEDIAKAN TEMPAT UNTUK MEREKA BERKUMPUL tetapi kenapa pilih demonstrasi jalanan, mesti ada nawaitu yang lain.


''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapi jangan buat demonstrasi jalanan,"
''Melalui demonstrasi jalanan ramai orang akan tumpang semangkuk, langsung tiada jaminan ia akan berlangsung secara aman. Kalau ada (perhimpunan), orang yang suka pada rusuhan dan yang suka buat kekacauan akan tumpang sekaki dan berlakulah keadaan yang kita sukar hendak elakkan.
''Kita mesti beringat sebelum terlambat, janganlah kita buat sesuatu dalam keadaan emosi kerana sebenarnya ada cara dan pendekatan yang lain,"
 
Ini pula kenyataan menteri-menteri beliau setelah BERSIH setuju untuk buat di stadium[2].

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek[3]
Tidak akan membenarkan perhimpunan haram 9 Julai diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jika penganjurnya meminta berbuat demikian.

Wakil Perbadanan Stadium Merdeka[4]
Mana-mana pihak yang menggunakan stadium kelolaan Perbadanan Stadium Malaysia untuk sebarang acara perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu, demikian dinyatakan di sini hari ini.
 
Mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium, kata wakil perbadanan itu yang dihubungi Bernama. 

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat satu kumpulan untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini, wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
"Kami juga sedang menunggu keputusan kabinet (mengenai perkara itu),” katanya. 

Wakil itu berkata, bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim[5]
Kabinet tidak akan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia bukan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang, selain atas faktor ketenteraman awam.
"Kabinet berpandangan bahawa Bersih bukan pertubuhan sah dan perkara itu turut diperakukan oleh Pejabat Peguam Negara.
"Kami mengambil kira keselesaan dan ketenteraman awam kerana Bersih bukan pertubuhan sah dari segi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein[6]
Bersih mesti memohon permit polis sekiranya mahu mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.
Selain itu, katanya, mereka juga tidak harus meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan.
“Keputusan untuk pergi ke stadium merupakan suatu pilihan yang rasional tetapi janganlah pula letak syarat-syarat lain seperti tak mahu memohon permit, hendak pilih stadium dan sebagainya.
“Kita tidak boleh pertimbangkan (syarat-syarat ini) sekarang kerana ia mesti bergantung kepada permohonan mereka, lagi cepat mereka memohon lagi cepat polis boleh memproses,” katanya.
Hishammuddin bagaimanapun berkata, perhimpunan akan dibenarkan di stadium sekiranya pihak penganjur memenuhi semua kriteria permohonan.
“Jika permohonan diluluskan maka mereka boleh berhimpun dan menjalankan aktiviti selagi (ketenteraman) orang ramai tidak terjejas,
 
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar[7]
Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.
Apabila wartawan mengingatkan Khalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit, Khalid hanya mengangguk.

Pembaca nampak sekarang apa motif sebenarnya UMNO buat perang psikologi supaya tidak berdemonstrasi di jalanan? Lalu mereka mencadangkan agar dibuat di stadium. Sewaktu mencadangkan untuk diubah tempat demonsrtasi ke stadium, mereka katakan akan menyediakan tempat untuk BERSIH meluahkan perasaan mereka, sekarang mereka mengatakan sebaliknya.
Akhirnya, tiada BERSIH.
Itu tujuan sebenarnya. Bagi orang yang tidak memahami bahasa politik, penulis ingin memaklumkan itulah tujuan mereka sebenarnya.  

Dahulu mereka membenarkan buat demonstrasi tetapi biarlah di stadium, apabila BERSIH menolak, mereka katakan BERSIH ada niat yang lain, nak menyusahkan rakyat dan membantutkan ekonomi. Maka, rakyat pun akan berfikir sama lalu akan menyalahkan BERSIH.

“Apa masalahnya? Kerajaan pun dah setuju dan nak bantu lagi buat di stadium, terima je la”
Sekarang, apabila kita bersetuju buat di stadium, dengarlah kata-kata orang yang bertanggungjawab di atas. Lalu, apa pula kata orang awam
“Ala, biasa la…kena la buat ikut prosedur”

Orang stadium kata kena dapatkan keizinan cabinet. Kabinet tidak akan benarkan walaupun ada permohonan. Menteri Dalam Negeri lebih lembut kenyataannya, kena dapatkan permit polis terlebih dahulu, kata Timbalan Polis Negara, tidak akan berikan permit pada BERSIH.
Ini semua perangai kartun. BERSIH telah ditendang bagai bola sekarang.
Pembaca nampak  sekarang ilmu seni politik yang sedang digunakan oleh BN sekarang?

INSIDE OUT
Cuba pembaca amati hadis Nabi SAW di bawah, ia berbentuk inside out, bukan inside in. (pembaca boleh dapati matan dan syarah hadis ini dalam artikel sebelum ini di sini[8])
 Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada rasulullah tentang jirannya (yang menyakitinya), lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu setelah kata Baginda SAW“Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu datang dan berkata “Marilah pulang, aku tidak akan menyakitimu lagi”
 Sahabat Nabi SAW ini tidak berpuas hati dengan jirannya (inside) lalu Nabi SAW menasihatinya supaya bersabar sebanyak tiga kali (inside in). Namun, oleh kerana jirannya itu masih tidak berubah, rasulullah mencadangkan agar menggunakan kaedah yang baharu inside out iaitu keluar berdemonstrasi di jalanan. Biar semua orang tahu sikap sebenar jirannya itu.

Penulis tidak pasti apakah tindakan inside in (buat demonstrasi di dalam stadium) akan lebih berkesan berbanding inside out (demonstrasi di jalan raya). Namun, kami akan tetap mendengar arahan pimpinan kami.

ALTERNATIF
Pastikan konsep inside out tetap akan berlaku walaupun dilakukan di dalam stadium.
Semua ahli di semua peringkat, rakamkan semua peristiwa yang berlaku dan muatnaik di laman youtube, picasa atau mana-mana laman sesawang yang punyai ramai pengikut agar semua rakyat tahu apa yang berlaku.
Jangan yang itupun kerajaan sekat sudah la.

Mohamad Ridhauddin


[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
[2] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
[3] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_42.htm
[4] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
[5]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rais-kabinet-tak-benar-bersih-2.0-guna-stadium-merdeka/
[6]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
[7] http://malaysiakini.com/news/169143
[8] http://ulamakselangor.blogspot.com/2011/07/bersih-20-berdemonstrasi-adalah-bidah.html#more

No comments:

Post a Comment