Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0: LIM GUAN ENG MENDISKRIMINASI MELAYU MUSLIM


Berikut adalah sebahagian dari isi buku PAS BUKAN KHAWARIJ.

Artikel ini dikeluarkan rentetan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pendemonstrasi UMNO (walaupun mereka menafikannya) ketika berdemonstrasi di Komtar Jumaat, 1 Julai 2011 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Julai 2011 yang lalu. Kenyataan itu menyatakan kerajaan DAP telah mendiskriminasi orang melayu di negeri itu.

Sebagaimana biasa, penulis akan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber utama, bukan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh musuh kepada sumber tersebut. Sekiranya kenyataan itu daripada UMNO, penulis akan merujuk kepada sumber-sumber UMNO, begitu juga sebaliknya agar dapat berlaku adil.

1.         PAS menyokong diskriminasi ekonomi Melayu dan India Muslim Pulau Pinang.
Manakala di Malaysia, semenjak 2008 gologan khawarij yang terdiri dari PAS dan PKR semakin menganas setelah menakluk beberapa negeri. Kita menyaksikan berbagai masalah yang berlaku di Penang, umat islam yang terdiri daripada melayu dan india muslim di tindas dan diruntuhkan perniagaan mereka satu demi satu yang akhirnya sekirannya berterusan pulau pinang akan menjadi seperti pulau singapura....pusat Dajjal dan maksiat.[1]

JAWAPAN
Memandangkan tohmahan yang diberikan oleh penulis blog terbabit menfokuskan isu penindasan perniagaan yang berlaku di Pulau Pinang,maka sewajarnyalah kita mengambil pandangan daripada pihak yang terbabit berkenaan isu ini. Bagi mengukuhkan lagi perbincangan ini, penulis akan mendapatkan sebarang fakta dari sumber utama bagi menyokong tohmahan tersebut dan menjawabnya.

Antara isu yang berlaku di Pulau Pinang (selepas ini disebut PP) ialah berkenaan tender Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak adil. Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.[2]
Kenyataan daripada individu yang sama juga pernah berkumandang di PP berkenaan isu yang sama pada bulan 2 Febuari 2010 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada keesokannya.[3]
Namun, akhirnya individu yang sama yang mentohmah Lim Guan Eng meminta maaf atas kapasitinya sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, terhadap kenyatan beliau kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, termasuk bekaitan dengan isu 46 kontraktor Melayu telah disenaraihitamkan oleh Kerajaan Negeri PP.[4]

Walau bagaimana pun, kenyataan permohonan maaf terhadap Ketua Menteri ini berkenaan salahtanggapan beliau kepada Kerajaan Negeri telah dinafikan oleh Datuk Mohamed Fadzill Hassan dalam kenyataan beliau pada akhbar Utusan Malaysia pada 9 Januari dengan mengatakan:

"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.[5]

Ketua Menteri Pulau Pinang keesokan harinya membuat kenyataan dengan menyatakan kekesalan beliau terhadap Datuk Mohamed Fadzill Hassan.[6]

Pada hemat penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan tidak wajar membuat kenyataan kedua yang dilihat akan merosakan reputasi beliau sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang. Berdasarkan penelitian penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan jelas memohon maaf kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kenyataan beliau di akhbar sebelum ini. Perkara ini para pembaca boleh dapati di laman Youtube dengan carian “Maaf Mohamed fadzill” dengan tajuk Kontraktor Melayu tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng pada minit 1:24 hingga minit 2: 01. Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawasanya Kerajaan Negeri menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor boleh didapati pada sesi yang sama pada minit 2:10 hingga 2:50. [7]

Berikut adalah rekod projek yang didedahkan oleh Ketua Menteri yang membawa kepada permohonan maaf Datuk Mohamed Fadzill Hassan (walaupun dinafikan oleh beliau)

Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) dan
98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)

Di samping itu, ketika menyampaikan perutusan Hari Raya ‘Aidilfitri 1431H/9 September 2010 yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang ada memberikan penjelasan berikut:

Di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2010. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah:
a) mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender. Jelas hanya kontraktor UMNO sahaja yang tidak dapat berdaya saing.
b) menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi; dan
c) memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz;
d) menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;
e) memberikan bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.[9]

Selain itu sewaktu membuat ucapan sempena Hari Kemerdekaan Negara pada 21 Ogos lalu, beliau ada menyebutkan seperti berikut:

Begitu juga dengan kemampuan kerajaan negeri untuk menyampaikan dana sebanyak RM11.3 juta kepada sekolah-sekolah bantuan separuh dan mampu menggandakan peruntukan untuk hal-ehwal Islam kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding RM13.5 juta di bawah BN pada 2008.[10]

Selain itu, sewaktu memberikan ucapan di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama Di Komtar, George Town Pada 21 November 201o, Ketua Menteri Pulau Pinang menitipkan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Pualau Pinang seperti berikut (yang berkaitan dengan isu-isu kemelayuan dan keislaman):

Rakyat akan teringat juga urustadbir baik kewangan negeri sehingga Pulau Pinang dipuji 2 tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan Belanjawan dan asset yang paling tinggi dalam sejarah sebanyak RM 1.1 bilion. Lebihan kewangan inilah yang membolehkan kerajaan negeri menjalankan program rakyat seperti berikut:-
4) memperluaskan pemberian bantuan pembangunan kepada sekolah bantuan Cina, Tamil, mubaligh, sekolah menengah bebas Cina dan sekolah agama rakyat sebanyak RM RM12 juta;
5) menambahkan bantuan untuk hal ehwal agama Islam baik dalam bentuk ex-gratia[11] kepada guru KAFA dan huffaz mahupun projek-projek pembangunan berlandaskan “amar maaruf nahi mungkar” sebanyak RM 63 juta;
17)Mengurangkan lessen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;
Itu juga sebabnya kerajaan negeri berani memartabatkan usahawan Bumiputera adalah tender terbuka melalui e-perolehan di mana kabel politik tidak diperlukan lagi sebaliknya hanya perlu kabel computer. Kontraktor Kelas F tidak perlu hanya datangnya daripada UMNO. Malah, kesungguhan kontraktor Melayu memenangi sebahagian besar kontrak kerajaan negeri(leboh 70%) sungguhpun melalui tender terbuka membuktikan bukan kontraktor Melayu yang tak mampu bersaing, hanya kontraktor UMNO yang lembik dan dayus.[12]

Artikel ini bukan bermakna penulis bersama dengan Lim Guan Eng dalam segenap perkara termasuk perkara agama. Perlu jelas, Islam menitikberatkan aspek keadilan terhadap sesiapa sahaja, walaupun bukan Islam. Sekiranya dia benar dalam pengurusannya, maka dia benar. Sekiranya orang melayu muslim melakukan kesalahan, maka ia adalah salah.

Islam datang dengan keadilan tanpa mengira bangsa.
Begitulah juga kami dalam PAS.



[1] http://insanberdakwah.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-orang-khawarij-mengikut-hadis.html
[2] Utusan Malaysia 30 November 2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
[3]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
[4] http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persatuan-kontraktor-melayu-dilapor-minta-maaf-pada-guan-eng/
[5]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
[6] http://www.harakahdaily.my/kontraktor-melayu-minta-maaf-ada-rakaman-video
[7] Setakat akses penulis pada tarikh 27 April 2011 pada jam 5.45 petang.
[8] http://limguaneng.com/index.php/2010/12/15/isu-kontraktor-melayu-di-pulau-pinang/
[9] http://limguaneng.com/index.php/2010/09/09/perutusan-hari-raya-aidilfitri-1431h/#more-1080
[10] http://limguaneng.com/index.php/2010/08/31/perutusan-kemerdekaan-di-pulau-pinang/#more-1069
[11] Ialah diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. Lihat kamus Dewan Edisi Empat, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ex-gratia+
[12] http://limguaneng.com/index.php/2010/11/16/kerajaan-berjiwa-rakyat-yang-memartabatkan-rakyat/#more-1151

No comments:

Post a Comment