SEKAPUR
SIRIH
Untuk
penulisan ini, penulis akan memfokuskan berkenaan dengan dalil larangan
berdemonstrasi yang digunakan oleh segelintir golongan agamawan yang cenderung kepada mengharamkan demonstrasi.
Penulisan ini bertujuan bagi memberikan pandangan kedua dalam meneliti dalil
keharaman yang digunakan oleh segelintir ulama’ ini.
Insyaallah, penulisan-penulisan akan datang
akan menjawab satu persatu dalil yang digunakan bagi mengharamkan demonstrasi. Penulisan
ini akan menjadi agak separa akademik dengan laras bahasa orang awam agar ia
dapat difahami dengan mudah.
METOD
PENULISAN
- Untuk makluman pembaca sekalian, fokus penulisan ini hanya akan tertumpu kepada dalil utama sahaja. Adapun hadis-hadis atau dalil-dalil lain yang berkaitan hanyalah sekadar menjadi bacaan atau makluman tambahan sahaja. Dari itu, penulis tidak akan menumpukan kepada perbahasan dalil-dalil yang lain, tetapi hanya akan menumpukan penulisan kepada dalil utama sahaja.
- Penulis hanya akan membataskan berkenaan pandangan pihak yang berkenaan yang mengatakan bahawasanya penganjuran BERSIH 2.0 adalah haram berdalilkan kepada dalil utama di bawah. Dari itu, dalam isu bid’ah ini penulis hanya pusatkan pada perkara adakah BERSIH 2.0 adalah bid’ah ataupun tidak. Penulis tidak akan memanjangkan kalam pada ta’rifannya, pembahagiannya dan lain-lain.
- Penulis juga tidak akan membahaskan kesan kepada bid’ah, tetapi hanya membataskankepada kayu ukuran bid’ah sahaja. Apakah perkara yang akan menentukan sesuatu perkara baharu itu bid’ah. Selain itu, penulis juga tidak akan membahaskan perbezaan pada lafaz matan hadis, mahupun pada sanadnya. Penulis mengirakan, ia tidak sesuai untuk dipanjangkan di sini kerana ia agak berat untuk bacaan umum.
- Penulis dengan sengaja memasukkan satu topic berkenaan seni i’rab yang kurang mendapat perhatian oleh sesetengah orang. Penulis akui mengalami kesukaran untuk menterjemahkan beberapa istilah tertentu dari bahasa arab ke bahasa melayu. Dari itu, para pembaca yang tiada asas dalam bahasa arab boleh skip (tinggalkan) bab yang tersebut.
DALIL
UTAMA
SUMBER HADIS
Hadis
sahih ini diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis antaranya seperti berikut:
1. Sahih
Bukhari jilid
9 mukasurat 201 hadis
bernombor 2499
2. Sahih
Muslim jilid
9 mukasurat 118 hadis
bernombor 3242
3. Musnad
Ahmad jilid
52 mukasurat 497 hadis
bernombor 24840
4. Sunan
as-Soghir lil Baihaqi jilid 8
mukasurat 447 hadis
bernombor 3280
5. Sunan
al-Kubra lil baihaqi jilid 10
mukasurat 119 hadis
bernombor 20870
6. Sunan
Abi Daud jilid 12
mukasurat 210 hadis
bernombor 3990
7. Sunan
Ibn Majah jilid 1
mukasurat 17 hadis
bernombor 14
8. Sunan
ad-Daaruquthni jilid
4 mukasurat 224 hadis
bernombor 78
9. Sahih
Ibn Hibban jilid 1
mukasurat 208 hadis
bernombor 26
10. Musnad
Abi ‘Uwanah jilid 4 mukasurat
170 hadis bernombor 6407
11. Musnad
Abu Ya’la jilid 8
mukasurat 70 hadis
bernombor 4594
12. Musnad
asy-Syihab jilid 1
mukasurat 231 hadis
bernombor 359
13. Mu’jam
Ibn ‘Asakir jilid 2
mukasurat 199 hadis
bernombor 1495
HADIS-HADIS LAIN YANG BERKAITAN
HADIS 1
عَنْ عِرْبَاضِ بْنِ
سَارِيَةَ قَالَ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْفَجْرَ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ
لَهَا الْأَعْيُنُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ قُلْنَا أَوْ قَالُوا يَا رَسُولَ
اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَأَوْصِنَا قَالَ أُوصِيكُمْ
بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا حَبَشِيًّا
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى بَعْدِي اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ
بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ وَعَضُّوا
عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ
كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
SUMBER HADIS
Hadis
sahih ini diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis antaranya seperti berikut:
1. Musnad
Ahmad bin Hanbal
jilid 4 mukasurat 126 hadis bernombor
17184
2. al-Mustadrak
‘ala as-Sohihain lil al-Hakim jilid
1 mukasurat 174 hadis bernombor 329
3. al-Mu’jamu
al-Kabir lil ath-Thabrani
jilid 18 mukasurat 245 hadis bernombor
617
4. Sunan
Ibn Majah
jilid 1 mukasurat 49 hadis bernombor 42
5. Sunan
al-Baihaqi al-Kubra
jilid 10 mukasurat 114 hadis
bernombor 20125
6. Sunan
ad-Daarimi jilid
1 mukasurat 57 hadis bernombor 95
7. Musnad
al-Bazzar jilid
2 mukasurat 124 hadis bernombor 4201
HADIS 2
عَنْ جَابِرٍ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ
بِمَا هُوَ لَهُ أَهْلٌ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ أَصْدَقَ
الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَإِنَّ أَفْضَلَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرَّ
الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَرْفَعُ
صَوْتَهُ وَتَحْمَرُّ وَجْنَتَاهُ وَيَشْتَدُّ غَضَبُهُ إِذَا ذَكَرَ السَّاعَةَ
كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ قَالَ ثُمَّ يَقُولُ أَتَتْكُمْ السَّاعَةُ بُعِثْتُ
أَنَا وَالسَّاعَةُ هَكَذَا وَأَشَارَ بِأُصْبُعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
صَبَّحَتْكُمْ السَّاعَةُ وَمَسَّتْكُمْ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ
تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ وَالضَّيَاعُ يَعْنِي وَلَدَهُ
الْمَسَاكِينَ
SUMBER HADIS
Hadis
sahih ini diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis antaranya seperti berikut:
1. Musnad
Ahmad bin Hanbal jilid 3
mukasurat 310 hadis bernombor 14373
2. Jaami’
as-Soghir jilid
1 mukasurat 224 hadis bernombor 2233[1]
PERBEZAAN LAFAZ MATAN HADIS UTAMA
LAFAZ MATAN 1
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا
لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
LAFAZ MATAN 2
عَنْ عَائِشَةُ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ
عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ[2]
I’RAB DALIL UTAMA[3]
مَنْ
Kata
syarat yang jazam yang mabni (tetap) dengan baris bawah (kasrah)
pada kedudukan marfu’ (baris hadapan).
أَحْدَثَ
Fi’il Maadhi (past tense) yang tetap (mabni)
pada baris atas (fathah) pada kedudukan jazam merupakan perbuatan
kepada syarat di atas. Pelakunya pula tersembunyi yang membawa maksud ‘dia’.
فِي
Merupakan
huruf jar (huruf yang menyebabkan perkataan selepasnya berbaris kasrah
(bawah))
أَمْرِ
Ism yang
dikasrahkan (baris bawah) oleh فِي dan
tandanya ialah baris bawah yang dapat dilihat.
نَا
Dhamir yang
bersambung dengan أمر yang mabni (tetap)
berbaris sukun pada kedudukan kasrah kerana menjadi mudhaf ilaih.
هَذَا
Merupakan sifat kepada أمر yang mabni (tetap) berbaris
sukun pada kedudukan kasrah(baris bawah).
مَا
Ism yang mabni (tetap) berbaris sukun pada kedudukan
baris atas maf’ulum bih.[4]
لَيْسَ
Fi’il maadhi (past tense) naaqis yang menyebabkan ism berbaris
depan (dhammah) dan khabar berbaris atas (fathah). Ism kepada
fi’il ini tersembunyi yang membawa maksud ‘dia’.
فِيهِ
في ialah huruf jar dan
huruf ه menjadi majrur (berbaris bawah)
فَهُوَ
ف menjawab ism syarat yang
di awal tadi. Dan هو merupakan dhamir yang terpisah
yang mabni (tetap) berbaris fathah (atas) pada kedudukan marfu’
(hadapan) subjek.
رَدٌّ
Predikat
yang berbaris dhammah (hadapan) yang dapat dilihat. Dan jumlah subjek dan
predikat ini merupakan jawab kepada syarat.
SYARAH DALIL UTAMA DI SISI ULAMA’ HADIS
مَنْ أَحْدَثَ
‘Man’ bermaksud
sesiapa, yang merangkumi samada orang perseorangan ataupun organisasi.
‘Ahdatha’ pula bermaksud mereka-reka sesuatu[5]
atau berbuat perkara baharu[6].
Ahdatha secara lebih tepat membuat sesuatu yang belum ada, lalu
diadakannya.
فِي أَمْرِنَا
هَذَا
Di dalam agama Islam[7]
مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ
رَدٌّ
Iaitu tiada sandaran daripada dalil-dalil agama
ataupun kaedah-kaedah umum agama. Tetapi sekiranya perkara tersebut mempunyai
sandaran dalam agama maka ia diterima.[8]
Al-Imam asy-Syafie mengatakan bahawasanya sekiranya
perkara baharu (bid’ah) tersebut menepati sunnah maka ia adalah terpuji, tetapi
sekiranya ia bercanggah dengan sunnah, maka ia adalah dikeji. Dalam kenyatan
yang lain, al-imam Baihaqi dalam kitab Manaqib asy-Syafi’e menyebutkan
al-Imam asy-Syafi’e mengatakan
bahawasanya sekiranya perkara baharu (bid’ah) tersebut bercanggah dengan al-Quran, Sunnah, athar
atau ijma’ maka ia adalah bid’ah yang sesat. Tetapi sekiranya perkara tersebut
(bid’ah) daripada perkara-perkara kebaikan yang tidak bercanggah dengan
dalil-dalil agama,maka ia bukanlah perkara yang dikeji.[9]
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab
masyhurnya Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari menyebutkan sekiranya seseorang
itu melakukan sesuatu perkara yang baharu dalam agama yang tidak ada
sandarannya dalam agama, maka ia tertolak.[10]
Begitulah juga pandangan dalam Mazhab Maliki
sebagaimana yang disebut oleh Allamah Ali ibn Khalaf al-Manufi al-Maliki
al-Misri dalam kitabnya Kifaayatu
ath-Thalib ar-Rabbani Li Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairuwani. Sekiranya
perkara baharu tersebut selari dengan al-Quran, Sunnah, Ijma’ atau qias,maka ia
diharuskan.[11]
Pengarang kitab al-Mufassal Fi Syarh hadis Man
Baddal Diinahu Faqtuluh mensyarahkan berkaitan hadis di atas sebagai
berikut:
Antara perkara thawabit (tetap) yang tidak
berubah dan tidak menerima perubahan, hukum hakam berkenaan ibadat
keseluruhannya, hudud, hubungan jantina (seperti kekeluargaan, perkahwinan,
perceraian, harta pusaka dan lain-lain)
Hukum hakam ibadat ini thabit berdalilkan kepada
wahyu Allah. Allahlah yang menyusun atur bagaimanakah cara manusia
menyembahnya, dan Baginda SAW yang mengajarkannya kepada manusia cara-cara beribadah
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT . Baginda SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membuat perkara-perkara baharu
dalam agama yang tiada sandarannya maka ia tertolak”.
Maka, amalan ibadat telah dispesifikasikan oleh
Allah dan RasulNya. Tidak boleh sesiapapun menambah cara pengibadatan atau
menguranginya sesuka hatinya.[12]
Ringkasnya, isu membuat perkara-perkara baharu dalam
agama ini adalah berkait dengan perkara ibadah sahaja.
BERSIH 2.0:IBADAH ATAU MUAMALAT
Kalau sebegitu, mari kita telusuri, adakah BERSIH
2.0 adalah termasuk dalam perkara-perkara ibadah atau tidak.
Dalam hal ini Sheikh Yusuf Qaradawi berpandangan bahawasanya
bukanlah semuanya amalan yang tidak dilakukan Nabi SAW adalah bid’ah secara
mutlak. Beliau juga menolak hadis ini untuk digunapakai dalam perkara yang
melibatkan muamalat dan adat. Padahal hadis itu tertumpu kepada perkara ibadat.[13]
Sekarang,sekiranya kita sudah jelas bahawasanya
BERSIH 2.0 bukanlah berada di bawah perkara ibadah maka ia juga tidak
termasuk dalam perkara bid’ah. BERSIH 2.0 ini adalah berkait dengan perkara
muamalah. Maka ia tidaklah termasuk dalam hadis di atas.
PENENTUAN DEMONSTRASI ADA DALAM QURAN, SUNNAH, IJMA’
ATAU TIDAK ADA
Sekarang, setelah kita jelas, apakah konteks hadis
di atas, mari pula kita amati, adakah BERSIH 2.0 ada di dalam hadis.
Jelas, dan
semua orang bersetuju, BERSIH 2.0 tiada di dalam hadis, namun adakah
demonstrasi ada di dalam hadis?
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-
يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ
ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ
مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ
خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ
فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا
تَكْرَهُهُ.[14]
Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada
rasulullah tentang jirannya (yang menyakitinya), lalu Baginda SAW berkata
“Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu setelah kata
Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki
tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya,
lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu
di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu
datang dan berkata “Marilah pulang, aku tidak akan menyakitimu lagi”
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya I’lam
al-Muwaqqi’in menyebutkan seperti berikut berkenaan hadis ini:
لأبأس للمظلوم أن يتحيل
على مسبة الناس لظالمه والدعاء عليه والأخذ من عرضه وإن لم يفعل ذلك بنفسه إذ لعل
ذلك يردعه ويمنعه من الإقامة على ظلمه وهذا كما لو أخذ ماله فلبس أرث الثياب بعد
أحسنها وأظهر البكاء والنحيب والتأوه أو آذاه في جواره فخرج من داره وطرح متاعه
على الطريق أو أخذ دابته فطرح حمله على الطريق وجلس يبكي ونحو ذلك فكل هذا مما
يدعو الناس إلى لعن الظالم له وسبه والدعاء عليه...[15]
Tidak mengapa orang yang dizalimi untuk menyebabkan
cercaan dan doa manusia ke atas orang yang menzaliminya walaupun tidak dilakukannya
sendiri. Semoga dengan tindakan tersebut akan menghalangnya daripada melakukan kezaliman
seterusnya. Sebagai contoh, jirannya yang zalim itu merampas hartanya, lalu dia
keluar dari rumahnya sambil mengeluarkan semua perkakas rumahnya dan meletakkannya
di jalanan dengan berpakaian buruk, berteriak menangis supaya mendapat
perhatian semua manusia tentang kezaliman jirannya itu dan mendoakan kecelakaan
baginya.
Nah, sekarang adakah pembaca nampak gambaran BERSIH
2.0 dalam maksud hadis dan syarah di atas?
JIRAN SAHAJA
Sekiranya ada orang mengatakan “ Owh, itu untuk
jiran sahaja, tak boleh untuk negara”
Katakan padanya “Islam sangat menitikberatkan adab
dan penghormatan kepada jiran tetapi sekiranya kezaliman sudah tidak dapat
dibanteras lagi, harus dibuat begitu sebagai jalan terakhir untuk mencegah
kezalimannya. Kalau dalam bab jiran pun Islam izinkan cara begini, maka apatah lagi kezaliman yang
berlaku dalam negara.”
Pembaca yang boleh berbahasa arab boleh membaca bab qias
aula dalam ilmu usul fiqh. Contoh ringkas seperti berikut:
Islam tidak membenarkan untuk berkata “Uh”
kepada ibu bapa berdalilkan surah Isra’ ayat 23.
Maka adakah bermaksud kita boleh tengking mereka? Ini
kerana tidak ada ayat yang melarang tengking mereka.
Jawapannya lagi tidak boleh. Ini kerana dalam bab qias
aula, sekiranya berkata “Uh” pun tak boleh, apatah lagi tengking.
Begitu juga dengan dalil di atas.
IA BUKAN DEMONSRTASI
Sekiranya ada orang mengatakan “itu bukan
demonstrasi, itu adalah luahan perasaan seorang sahaja”
Katakan padanya “Apakah yang dimaksudkan dengan
demonstrasi?” Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka demonstrasi ialah
1.
Penerangan, peragaan dan lain-lain
tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain.
Maka, demonstrasi adalah berkenaan TUNJUK PERASAAN dan beramai-ramai
adalah metod. Dalam hadis di atas, bukankah pendemonstrasi tersebut menunjukan
perasaannya dan diikuti dengan cercaan orang yang lalu di laluan itu.
Maka, secara asas HARUS untuk menunjukan
protes kita kepada kerajaan.
KONKLUSI
Setelah panjang membahaskan berkenaan hadis utama
di atas, maka berikut adalah konklusi perbahasan:
Kayu ukuran bid’ah : Perkara ibadah sahaja
BERSIH 2.0 : Perkara mumalat (bukan ibadah)
Konklusi : BERSIH bukan bid’ah. Ia adalah harus
(bacaan artikel berkaitan di sini[17])
Apa lagi…….
JOM MEMBERSIH!!!
Mohamad Ridhauddin
[1]
Dengan penambahan و كل ضلالة في النار
. Sheikh Albani mengatakan hadis ini juga sahih.Sila lihat Sahih
Wa Dha’if al-Jaami’ as-Soghir 6/180 nombor 2233.
[2]
Sahih: Sahih Muslim 9/119 hadis nombor 3243.
[3]
Lihat I’rab al-Arbai’en an-Nawawiah oleh ‘Umar bin ‘Abdullah al-‘Umari
1/24-25
[4]
Ia juga boleh menjadi ism nakirah yang membawa maksud ‘sesuatu’
atau menjadi kata penyambung yang membawa maksud ‘yang’.
[5]
Lihat at-Tuhfatu ar-rabbaniah Syarh al-Arba’ien an-Nawawiah oleh Ismail
bin Muhammad al-Ansori (merupakan seorang penyelidik di Daar al-Ifta’ Saudi),
6/1.
[7]
Tuhfatu ar-Rabbniah, ibid.
[8]
Tuhfatu ar-Rabbniah, ibid. Hakikatnya penulis kitab ini mensyarahkan
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang ada sedikit perbezaan dengan
Bukhari pada perkataan فيه (lihat hadis ke 2499) dan Muslim pada
perkataan منه (lihat hadis ke 3242) tetapi penulis
mengirakan maksudnya hampir sama.
[9]
Lihat Fathul Baari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani 13/253, I’anatu
ath-Thalibin ‘Ala halli Alfazh fathul Mu’in oleh Abu Bakr ibn Muhammad
Shatha ad-Dimyathi, 1/271.
[10]
5/302.
[11]
1/157-158. Lihat juga syarahnya Haashiah al-Adawi ‘al Syarh Kifayatu
ath-Thalib ar-Rabbani oleh Abu al-hasan ‘Ali bin Ahmad bin Mukrim
ash-Sho’idi al-Adawi, 1/377.
[12]
Oleh ‘Ali bin Naif asy-Syuhud, 3/206.
[13]http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6701&version=1&template_id=232&parent_id=17
[14]
Hasan sahih: Lihat Sunan Abi Daud 4/504 nombor 5155. Sheikh
Albani mengatakan hadis ini hasan sahih.
[15]
4/16 pada perkara yang ke 85.
[16]
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=demonstrasi
No comments:
Post a Comment