Hari
ini saya dan saudara mara seramai 3 orang bertolak awal untuk ke Masjid Negara.
Kami sampai berhampiran kawasan Muzium Negara dalam jam 10 pagi.
Seramai
10 orang lebih polis wanita mendekati kami dengan diperhatikan orang seorang
polis trafik.Mereka meminta untuk diserahkan kad pengenalan setiap seorang.
Kami setelah mengesahkan status mereka adalah polis menyerahkan kad pengenalan
dan menjawab soalan-soalan yang ditanya mereka.
Dalam
10 meter, dari tempat kami dilepaskan kami mendapati polis berpakaian preman
menangkap 2 orang wanita dan seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan menuju
ke KL sentral. Betul-betul berhadapan dengan Muzium Negara (seberang jalan).
Berikut
adalah video yang sempat saya rakamkan berkenaan insiden tersebut.
Saya
mendapati polis ini bertindak kasar terhadap mereka. Dari itu, saya mengambil
tindakan untuk merakamkan insiden tersebut walaupun menyedari tindakan tersebut
bakal mengundang padah diri.
Pembaca
boleh dapati, di penghujung rakaman tersebut, polis menyedari yang saya
merakamkan tindakan mereka. Lalu, mereka dalam 5 orang anggota menyerbu kami
untuk mendapatkan rakaman tersebut. Antara butir perkataan yang saya dengar
ialah
“Jangan
rakam” sambil menjerit.
“Padam
cepat.”
Tetapi
saya berjaya mengalihkan perhatian mereka untuk tidak mengambil rakaman
tersebut.
Pegawai
polis yang bernama Norhaslina Mat Jusoh menengking kami untuk tetap menyerahkan
rakaman tersebut. Tetapi saya tetap enggan.
Ketika
ini sebuah helicopter sudah mula berlegar-legar di atas kami. Tidak kurang dari
3 buah kereta peronda polis, tidak kurang dari 5 buah motosikal (dinaiki oleh
polis berpakaian preman) dan sebuah trak polis. Kiraan kasar saya barangkali hampir
70 orang polis berada di sekeliling kami.
“Ini
tangkapan pertama ke?” Tanya saya kepada Haslina.
“Bukan,
dah beratus dah kena tangkap”
Akhirnya
kami dibiarkan oleh pegawai tersebut kerana menguruskan 3 orang yang ditangkap
tadi. Kami ketika itu diperhatikan dengan ketat oleh seorang polis berpakaian
preman bernama Suhana (selepas ini akan dipanggil Suhana).
Kami
bertanyakan sebab mereka ditangkap. Berikut adalah isi perbualan kami
“Sebab
diorang bawa perkara-perkara yang diharamkan” kata Suhana
“Diorang
bawa apa?” Saya bertanya lagi.
“
Bawa barang yang ada kaitan dengan BERSIH”
“
Owh, diorang bawa baju BERSIH ke? Saya mengasak lagi.
“
Diorang bawa GARAM (ulang suara GARAM),”
Saya
sangatlah terkejut.
“Takkan
bawa garam pun salah? You ikut akta mana? Perlembagaan mana?” saya mula
meninggi suara.
“
Garam ni digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dia boleh buat ubat…… (terhenti).
Nanti la bos saya datang, awak tanya dia”
“
Apa fungsi garam waktu demo ni” saya mengasak (ketika ini hanya ada seorang
sahaja polis bersama kami)
“Nanti
la, ketua saya datang awak tanya dia”.
Tak
lama selepas itu, ketua diorang datang dan menghalau kami dari mendekati Muzium
Negara.
Kami
setelah itu berpatah balik menuju ke KL Sentral.
BERSAMBUNG….
No comments:
Post a Comment